"Leyla," aku menjawab gugup.
Hati kecil aku tertawa sendiri. Masakan aku boleh merasa segugup ini untuk satu watak rekaanku.
"Haah, Leyla. Leyla akan tunggu Latip kat sungai di hujung kampung. Sebab Latip pernah janji akan jumpa dia kat situ bila dia balik nanti. Mereka berdua memang saling mencintai tapi disebabkan fitnah yang direka ayah Leyla, Latip dikatakan tinggalkan Leyla. Betul tak, cik penulis?"
Aku yang sedari tadi merenung siling dalam bilik yang sudah ditutup lampu terus tersentak. Dapat aku rasakan Dahlia sedang mengubah posisinya untuk mengiring menghadap aku.
"Yup, betul. Dan Leyla terus menunggu dan tertunggu-tunggu kepulangan Latip. Dia nak tanya Latip sendiri adakah betul Latip dah curang dengan dia," aku menyambung.
"Walapun masa itu sebenarnya ...," Dahlia berjeda.
"Latip dah mati." Aku dan Feyya menyambung serentak.
Prang!
Bunyi tingkap kaca pecah seperti dibaling objek besar bergema dari bilik di aras atas.
Kami bertiga automatik terdiam sejenak.
"Bunyi apa itu?" Feyya menyoal.
Aku yang berada di tengah antara dua penghuni bilik ini sudah dihimpit dalam pelukan mereka berdua. Sesak nafas aku jadinya.
"Takkanlah budak bilik atas ini memberontak tengah malam buat ini? Merosakkan harta benda awam betullah. Terkejut aku. Tak pernah dia orang buat hal." Jelas aku dengar getaran suara Dahlia.
"Siapa pula yang nak buat hal kat bilik atas?"
Aku dapat merasakan lengan Dahlia yang melingkari pinggangku saat ini sudah ditampar kasar oleh Feyya. Efeknya, aku pun terasa sakit.
Mereka ini memang suka bergaduh ke?
"Budak bilik ataslah!" Jawab Dahlia yakin.
"Dah dua bulan bilik atas kosong, kan?"
Kata-kata Feyya langsung membisukan aku dan Dahlia. Aku yakin, Feyya sendiri sudah meneguk liurnya sendiri dek keceluparannya tadi.
Aku semakin erat dipeluk mereka. Rimas. Namun ketakutan yang turut menjalar dalam urat nadi tidak menggesa aku meronta untuk meleraikan dakapan.
"Tidur sajalah anak-anak. Sambung esoklah cerita si Leyla itu," pujuk aku.
"Haah. Elok juga itu," sokong Dahlia seraaya telapak tangannya naik menutup mata aku. Dia kemudiannya berbisik, "tidurlah, cik penulis. Tidur."
"Okey. Selamat malam semua." Feyya melentokkan kepalanya pada bahu aku.
Sunyi mengisi ruangan kamar. Dengkuran halus Dahlia menyapa telinga aku. Kemudian, di sebelah kanan aku Feyya pula yang menghela dengkurannya.
Dan seperti bermain badminton pula, mereka berbalas berdengkur. Kedengaran bersahutan. Pada waktu yang sama, aku mula berandaian bahawa peranan aku seperti jaring dalam gelanggang permainan.
Dan malam semakin larut dengan pandangan aku yang gelap kerana ditutup telapak tangan Dahlia namun kantuk belum juga menjengah. Masakan aku mampu boleh tidur jika kepala sedang mengira markah Dahlia dan Feyya dalam pertandingan yang semakin rancak ini.

YOU ARE READING
Rumah Puaka
HorrorKisah ini bermula setelah aku memilih untuk menginap di kampung untuk beberapa hari. Atau lebih tepatnya, bermalam sendirian di rumah pusaka peninggalan arwah atuk 15 tahun lalu. Niat mahu menjejak zon hijau di kampung berubah tragis apabila aku mul...