S C A M M E R

292 30 2
                                    

'Rumah sewa. Konfem tak?'

Seminggu berlalu dan itu merupakan mesej pertama daripada Fai.

Tetapi masalahnya, mahukah dia sebumbung dengan aku. Kalau jumpa setiap hari dan bermasam muka, apa pula faedahnya.

Sedang aku menimbang tara keputusan yang berat ini, telefon bergetar sekali lagi.

'Jimat kos.'

Automatik objek segi empat itu aku baling ke sisi. Hati aku yang sedia mengecil kini dipijak henyak oleh Fai. Kapal persahabatan aku sudah bayangkan hampir karam. Tak pernah dalam sejarah pertemanan kami, bergaduh besar seperti ini. Jauh sekali mahu menyakiti sesama sendiri.

Fai lebih banyak beralah. Sewaktu aku hilangkan fail dokumen penting untuk permohonan bantuan pengajiannya dahulu pun, Fai tak menengking.

Ah, pokoknya Fai itu lemah lembut aja gitu orangnya!

Mod Bibik Aya merasuk sekejap. Aku menarik nafas panjang.

Seketika kemudian, pintu bilik diketuk sebelum terkuak sedikit. Along menjengulkan kepalanya.

"Boleh along masuk?"

Aku mengangguk kecil lalu menepuk katil mempelawanya mendekat.

"Apa itu?" Bibirku memuncung pada plastik di tangan along.

"Baju kurung. Nanti majlis aqiqah Syawal kau pakai."

Mulutku menggerenyot. "Kenapa tetiba ini? Aku dah angkut banyak tau baju kurung dalam peti besi aku itu. Tak payahlah."

"Along sayangkan kau. Kau pakai, eh. Kakak Ecah dengan abang Thariq pun pakai warna ini."

"Kau ingat hari raya, ke? Nak bertema bagai." Aku mencapai plastik itu lalu meletakkannya di kepala katil. Dalam kepala sudah membayangkan puluhan gambar aku dan dua anak saudaraku itu bergaya bagai nak rak. "Iyalah. Orang bagi, mana boleh tolak."

Along tersenyum simpul. Lengannya aku paut kemas sebelum melentokkan kepala ke bahunya.

"Along. Aku nak minta maaf. Aku buat kau sentap. Aku ... erm ... kecelaruan emosi sikit akhir-akhir ini."

"Mana ada. Aku tak ambil hati. Aku pun kena minta maaf. Ada menyinggung perasaan kau. Iyalah. Aku lupa yang sejak kejadian kat rumah pusaka atuk itu, kau memang kerap pengsan."

Aku memilih untuk diam. Kali ini tangan sudah merangkul pinggang along. Ibu kepada tiga orang anak pun masih mampu ramping sebegini. Tuan punya badan pun masih cantik walau lewat 30-an. Mengambil genetik awet muda umi barangkali. Aku memuji seikhlas hati.

Rambut yang dielus along jatuh penuh gemalai ke belakang. Aku layankan sahaja.

"Kau masih diganggu ke?"

"Hmm."

Malah semakin melarat, along. Hanya hati yang mampu mendesis.

"Umi dengan abah ada bawa kau pergi berubat?"

"Hmm."

"Ustaz cakap apa?"

"Aku ingat kau nak tanya aku semakin okey atau tak." Dakapan aku longgarkan. "Tapi kau macam lebih berminat dengan apa yang ustaz cakap apa."

"Samalah itu. Kalau ustaz cakap okey, kira kau makin okeylah itu."

"Itulah manusia zaman sekarang. Suka sangat dengar cakap orang luar. Tak percayakan ahli keluarga sendiri."

Pap!

Along menepuk pahaku kasar. "Apa yang kau melalut ini? Mestilah aku percayakan kau. Banyak cekadak pula nak bebel. Habis itu, kau okey tak ini?"

Rumah Puaka Where stories live. Discover now