Tuhan, dadaku sesak.
Nafasku tercungap.
Sakit.
Aku terbatuk-batuk.
Tangan meraba dinding tempat bersandar. Saluran nafas seakan tersekat.
Sakit.
Aku cuba untuk tidak panik.
Nafas aku atur-aturkan.
Saat mata dijamu pemandangan yang sama, aku tahan diri ini daripada menghamburkan tangis. Risau diri ini tidak mampu. Mata, aku pejam rapat.
"Apa yang terjadi, Myra?"
"Ja ... uhuk uhuk. Jangan ... ugh ... kacau aku."
"Katakan, Myra. Apa yang terjadi padaku? Apa yang terjadi pada cintaku?"
Aku buka mata dan ....
"Ahh!"
... dia sedang memandangku dekat secara songsang membiarkan rambutnya ditolak bayu malam menyentuh wajahku.
"Pergi!"
"Myra!"
"Kenapa kau tanya aku? Sedangkan kau yang bawa aku ke sana. Sebelum ini pun. Kau yang bawa aku."
Mata Leyla terbuntang. Dia merenungku dalam dengan mata hitamnya yang pekat.
Aku membalas tatapan itu dengan tubuh yang menggeletar. Cukuplah sisa tenaga yang aku ada untuk membantu aku terus hidup.
"Binatang!" Dia meluru ke arahku lalu memekik melolong di depan wajah ini. Pekikannya nyaring dan pilu.
"Ingatanku berakhir di situ. Binatang itu mempersendakan cintaku, Myra! Cinta yang aku genggam sehingga mati."
"Apa lagi yang kau nak ambil tahu. Kau manusia yang pentingkan diri sendiri."
Kepalaku memutarkan kejadian demi kejadian yang aku saksikan.
"Anak kau ...."
"Apakah Latip kembali padaku?"
Air mataku bertakung. Hanya nama itu yang tersemat dalam fikirannya. Aku menggeleng laju mengingatkan tangisan Merah.
"Myra, dijawab persoalanku!"
Belakang tubuhku dicakar pantas olehnya.
"Argh!"
Aku menggigit bibir menahan pedih.
"Apakah Latip akhirnya kembali padaku?"
Aku diam dan ....
"Arghhh."
Aku dicakar lagi pada tempat yang sama. Lebih dalam.
"Katakan padaku!"
Hatiku menjerit saat kukunya yang tajam aku lihat mampir ke wajah sebelum Leyla serta-merta lesap saat namaku diseru.
"Myra!"
Sebelum aku tertiarap di atas lantai berlumut itu, hujung mata menangkap susuk tubuh Amirul yang berlari ke arahku.
Dan kemudiannya, duniaku gelap.
Ah, dunia yang tidak lagi asing denganku. Dalam menyambut keakraban ini, aku merasakan tubuhku dicempung seseorang.
Aku selamat.
"Dia tidak akan melepaskanmu. Dia menantikanmu. Berdarahlah mawar merahmu."
Bisikan Leyla.
* * *
YOU ARE READING
Rumah Puaka
HororKisah ini bermula setelah aku memilih untuk menginap di kampung untuk beberapa hari. Atau lebih tepatnya, bermalam sendirian di rumah pusaka peninggalan arwah atuk 15 tahun lalu. Niat mahu menjejak zon hijau di kampung berubah tragis apabila aku mul...