BIARKAN AKU

235 26 0
                                    

Tali beg yang terpaut ke bahu aku genggam kemas. Mata berlari daripada jalan tar dan naik memandang laluan yang lurus ke hadapan. Keluhan panjang yang tertahan aku hela. Dada yang sesak menghentak jiwa.

Langkah yang berselisihan dengan angin sepoi bahasa aku ambil perlahan. Petang yang agak mendung seakan memimikkan perasaan yang bertamu dalam kalbu.

"Kamu baliklah dulu, Myra. Nampak pucat saja muka itu. Nanti minggu depan kamu datang jumpa saya untuk periksa beberapa bahagian. Selepas itu, rasanya sudah boleh bersedia untuk presentation."

"Baik. Terima kasih, Dr. Shaf."

Teringat pesan Dr. Shaf, buat aku terfikir akan ketara amat barangkali keadaanku.

Birai mata terasa hangat.

Hidung terasa pedih.

Kerongkong terasa kesat.

Aku berdehem sekejap sebelum menarik nafas dalam.

"Aina, Amirul ada kat rumah tak?"

Kepala memutarkan kembali soalan yang langsung aku ajukan kepada Aina sebaik sahaja panggilanku diangkat.

"Tak ada. Tiga hari lepas dia ke luar negeri untuk projek terbaru itu. Dia tak bagitahu kak Myra?"

Dan hanya ALLAH SWT yang tahu betapa rabaknya hatiku mendengarkan jawapan Aina.

"Ahh ... yang itu."

Aku terkedu. Mata yang berpinar aku urut sedikit.

"Ad ... ada. Lupa pula. Tak apalah, Aina. Terima kasih. Kirim salam pada mak dan walid."

Derapanku terhenti. Tubuh dengan perlahan layu. Lutut aku peluk seraya wajah aku sorokkan di sebalik pelipat siku.

"Myra."

Suara Fai ....

"Myra!"

... mendekat.

"Hei, kenapa ini?"

Belakang tubuhku digosok Fai perlahan dan rangkulannya mulai erat.

"Fai ...."

Aku tersedu.

"Ya, Myra."

"Fai, aku ...."

"Shhh."

Segala perasaan yang menebal dalam diri aku hamburkan dalam pelukan Fai. Kedua-dua lengannya aku cengkam.

"Fai ...."

Namanya aku panggil dalam esak tangisku.

"Shhh. Jangan cakap apa-apa. Kalau kau nak menangis, menangis saja. Aku ada, okey?"

Suara Fai juga sudah mula serak basah.

Aku tak biasa dengan keadaan ini.

Telefon sudah aku cuba untuk tidak selalu menggunakannya. Tidak mahu selalu menantikan notifikasi daripadanya.

Aku cuba sibukkan diri memandangkan semester akhirku bakal berakhir. Siang malam aku kurangkan waktu bersendirian. Jikalau tidak menempel dengan Fai, aku akan lepak bersama Dahlia dan rakan sekelas yang lain.

Secara tidak langsung, lagu kegemaranku juga mula berubah rentak daripada balada kepada rap dan rock.

Dua hingga tiga minggu kebelakangan ini, seringkali aku menelefon umi iaitu lebih kerap daripada biasa sehingga umi pun kehabisan idea untuk bercakap dengan aku.

Semuanya semata-mata aku ingin tahu jikalau pihak sebelah sana ada memohon untuk putuskan pertunangan. Tapi tiada pula khabar begitu.

Sudah gila agaknya aku.

Rumah Puaka Where stories live. Discover now