P E R T E M U A N

1.2K 65 28
                                    

Aku mengurut dada perlahan melihat seorang perempuan tua menyeringai ke arah aku di sebalik pintu. Giginya putih seperti iklan Colgate. Salah satu gigi taringnya daripada emas. Di tangannya memegang lampu minyak tanah. Maklumlah, rumah ini tiada bekalan elektrik.

     Keluhan kasar aku lepaskan bagi membuang debaran di dada. Sudahlah dahi berpeluh dek mimpi ngeri yang aku alami. Air dalam gelas di tangan diteguk rakus. Dahaga aku tak hilang malah semakin haus.

     "Myra dah balik, ya?" Mak Nab yang terbongkok mendongak ke arah aku.

     Cuba untuk tidak menyombong, aku melemparkan senyum. Lampu telefon aku halakan ke jam yang digantung pada dinding di ruang tamu. Masih elok rupanya jam antik ini. Bentuknya seperti kotak. Separuh di atas merupakan jarum dan nombor. Dan separuh lagi di bawah ada bandul besi yang bergerak ke kiri dan kanan.

     Setiap kali tepat pukul 1, jam itu akan berdenting satu kali. Apabila tepat pukul 2, jam akan berdenting dua kali. Dan begitulah berikutnya.

     Aku berlagak tenang melihat arah jarum jam. 'Apa yang Mak Nab buat kat sini pukul 5 pagi?'

     "Aku memang selalu ke sini awal pagi. Tak sangka pula yang kau dah balik," ujar Mak Nab dengan matanya melilau ke sana sini. Serentak dengan itu, aku mengerutkan dahi mendengarkannya.

     Setelah menghabiskan air dalam gelas, aku mula bergerak ke bilik air yang terletak di sebelah dapur. Mak Nab pula ke ruang tamu.

     Lebih baik aku mandi dan bersedia untuk solat Subuh. Badan pun sudah melekit kerana bermandi peluh.

* * *

     Aku berbaring malas di atas kerusi kayu berkusyen di ruang tamu. Aku memerhati lama kepala kerbau yang dilekatkan pada bahagian atas salah satu bilik. Sungguh aku tak tahu apakah motif meletakkan benda pelik itu di situ.

     Kalau diperhatikan lebih lama, aku rasa macam kerbau itu kedip mata ke arah aku. Eh? Logikkah? Aku mengekek ketawa sendiri.

     Buat masa sekarang, aku masih liat hendak melakukan kerja pembersihan rumah. Badan pun masih dirasakan pegal. Mata aku katup. Lengan diletakkan atas dahi. Aku nak berehat meski dalam kepanasan tanpa kipas.

     Telinga lintah aku mula menangkap beberapa bunyi.

     Ada orang sedang menyapu sampah. Aku dengar bunyi penyapu bergeser pada lantai kayu. Rajinnya. Tapi aku tak suka. Mengganggu.

     "Diamlah! Senyap sikit boleh tak? Aku nak tidur. Kalau nak menyapu, pergilah sapu kat dapur ke, bilik ke. Ada juga faedahnya," aku membebel sendiri. Mulut saja yang becok tapi buka mata pun aku tak berani.

     Serta-merta ia berhenti bekerja. Aku tersenyum senang.

     Namun, tiba-tiba kayu kerusi pembaringan aku diketuk. Kuat pula tu.

     "Bisinglah. Pergi main jauh-jauh," aku memberi amaran lagi.

     Setelah disusuli beberapa ketukan, ia berhenti. Kemudian, lantai sedikit bergegar seperti ada yang menghentak kaki ke lantai. Lama-kelamaan bunyi tapak kaki itu semakin perlahan.

     Aku menghela nafas lega. Sudah merajuk barangkali.

     Untuk seketika, aku mendapat idea bernas. Mungkin aku boleh punggah air dari sungai sementara mengisi masa lapang. Mak Nab kata kalau di siang hari, air tak ada. Dan aku juga sudah mengesahkan pernyataan itu ketika mahu merebus air usai Subuh tadi. Memang sistematik catuan airnya.

     Setelah memakai tudung, aku lantas ke dapur dan ambil baldi. Kemudian menonong ke ruang tamu. Aku tak reti buka pintu zink di dapur. Jadi, aku ambil jalan jauh.

Rumah Puaka Where stories live. Discover now