OPS, TAK SENGAJA!

318 30 2
                                    

Sentap.

Barangkali itu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan emosi yang diolah oleh ekspresi wajahku kini.

Tangan bersilang ke dada. Tubuh aku henyak pada kerusi bas ini. Pandangan aku lempar ke luar. Cermin bas berwap tatkala pandanganku mahu menembus ke luar cuba menikmati pagi yang mataharinya masih malu di kaki langit.

Usai Subuh tadi aku hanya bertemu mak untuk meminta diri. Itupun ketika mengejutkannya untuk menunaikan solat. Fai memang langsung tak muncul di dalam bilik. Belum jauh dia mengenaliku dan mungkin belum dalam aku menyelami hati budinya.

Pada Fai, aku hanya insan yang suka meminta simpati.

Ya. Tak pernah aku ceritakan perihal alam ghaib yang menghendap realiti kehidupanku padanya. Sekalipun aku buka mulut, belum tentu dia percaya.

Ah, serabut!

Amirul pula, sudah ke masjid bersama walid. Bagus. Aku tak perlukan manusia yang bermuka-muka depan aku. Sekejap prihatin tetapi seketika kemudian membelakangkan aku.

Malas fikir.

"Sudah nak sampai. Tak payah datang ambil. Myra jalan kaki. Bukannya jauh."

Tubuhku menegak. Mata sedikit sepet memerhatikan jalan yang dilalui bas ini. Loceng aku tekan pantas. Rasanya memang kediaman along di kawasan ini.

"Sampai sudah. Kau tunggu depan pintu rumah. Mu tunggu aku datang."

Aku tersengih sumbing sendiri. Sekurangnya mood pagi ini tidak harus kucar kacir hanya kerana hal semalam. Mimpi malam tadi pun sudah aku benamkan jauh ke dalam fikiran.

Bas kemudiannya berhenti di sisi jalan. Tepat di hadapan sebuah perhentian bas. Bersama bagasi, aku turun dengan susah payah. Sebaik saja menjejak tanah, aku menggeliat dan menguap.

"Sejuk," omelku sambil memperbetulkan baju untuk mendapatkan kehangatan maksima.

Perjalanan aku teruskan.

"Mawarku merah. Mawarku berdarah. Cintaku mekar. Cintaku diselar. Hatiku merindu. Hatiku pilu."

Dan langkahku terhenti mendengarkan bait kata itu. Jantung semakin rancak degupnya. Telapak tangan naik menekup mulut yang hampir melopong.

Dia dekat. Terlalu dekat. Dan buat pertama kali, aku menghidu harumannya. Bauan manis itu mencucuk hidungku.

"Myra. Apakah kau tahu bicaraku yang selanjutnya?"

Air mataku bertakung. Aku menggeleng perlahan.

"Dua insan bertemu," ucapnya pada cuping telingaku. Aku merasakan jemarinya berlari menyelak rambutku. Dia masih cuba untuk menggamit lanjutan kata daripadaku. "Dua jiwa bersatu. Padaku, engkaulah ...."

Dan aku seakan termakan tarikannya.

"Engkaulah siang dan malamku. Hidup dan matiku."

Suara kami bersatu.

Duniaku gelap.

Hening pagi menimbus aku dalam nyamannya. Buat kali kedua hari ini, aku kembali buta.

Tempat pembaringanku bergegar. Dan bunyi lantai kayu berkeriuk semakin kuat.

"Apakah benar apa yang dikhabarkan padaku tadi?" Suara tua yang menjengah medan pendengaran sedikit panik.

"Benar, Inang Sari."

Kelunakan yang dipalit sayu itu, mencuit hatiku.

"Apakah kau sudah menjadi gila? Sejarah keluargamu tiada yang sejijik ini! Kau sudah menconteng arang pada wajah orang tuamu."

Rumah Puaka Where stories live. Discover now