Ini adalah kisah pertama yang aku dapat daripada perspective non-Muslim iaitu workmate aku berbangsa India.
Believe it or not, makhluk tidak berjasad ini tidak hanya berada di Asia malah ia berada di mana-mana, cuma kau tak nampak saja. Tanpa mengira bangsa dan agama, ibarat virus yang secara senyap-senyap telah menjangkiti kau, hanya tunggu masa untuk segala simptom muncul secara tiba-tiba tanpa kau rela.
Aku namakan workmate aku sebagai Sonia (bukan nama sebenar), dan ini adalah daripada P.O.V. dia sebagai "Aku".
Timeline: somewhere around 2015
Location: Selangor
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.
Tengok lah bayi comel dalam dakapan aku ni. Anak sulung aku, perempuan. Seindah dan secomel aku, ceh. Aku tak tahu apa patut aku rasa sekarang.
Boyfriend aku, yang sekarang telah rasmi menjadi suami aku, setelah beberapa bulan dan tahun cuba pursue aku, akhirnya aku sah menjadi isteri dia. Segalanya kelihatan indah, saat bercinta, saat kami telah rasmi menjadi husband and wife, saat aku melahirkan bayi sulung kami yang comel, dan sekarang, saat aku melangkah masuk ke rumah sewa baru kami.
Rumah bersaiz sederhana yang cukup untuk keluarga kecil kami. Bare in mind, sekarang (2025) aku sudah mempunyai 3 orang anak perempuan yang cantik dan comel dan kisah yang aku tak dapat lupakan ini telah terjadi 10 tahun lepas di saat aku dalam pantang melahirkan anak sulung aku.
Ada beberapa perkara yang husband aku sembunyikan daripada aku. Dan kisah ini? Adalah salah satu daripadanya.
Pada suatu malam disaat aku sedang lena tidur dek kepenatan menjaga bayi sulung aku yang aku namakan Kirana (bukan nama sebenar), aku terjaga instantly apabila terdengar suara tangis si comel.
'Breastfeeding time..', monolog aku. Pada saat itu, Kirana tidak aku tidurkan di sebelah aku, tapi di katil bayi nya di dalam bilik yang sama. Jarak antara katil Kirana dan aku tidak lah begitu dekat dan tidaklah begitu jauh. Senang cerita, aku still kena bangun daripada tilam aku yang empuk dan berjalan dalam beberapa langkah untuk ke katil bayi Kirana.
Kirana aku ambil dan susu kan dia. Dalam masa sama suami aku juga belum tidur, menjaga dan memerhati cinta hati dia (aku dan Kirana of course).
Sambil aku termenung sewaktu menyusukan Kirana, aku perasan suami aku duk tenung memerhati kan aku. When I turn my head towards him, baru aku perasan dia bukan tenung aku, tapi belakang aku.
Lalu aku spontaneously turn my head, cuba untuk melihat ke arah tempat yang suami aku perhatikan. Aku dapat rasa tangan suami aku laju mencapai pipi aku lalu mengucup aku di dahi sambil berkata, "it's okay, sayang, it's okay" dan kembali menyuruh aku hanya memandang ke arah dia.
Aku yang masih mamai hanya menggangguk dan mendodoi Kirana yang disusukan sampai kenyang. Lalu aku kembali tidur selepas itu.
Tanpa aku tahu yang pada waktu itu, betul-betul di dinding belakang aku, kelihatan seorang gadis remaja, satu makhluk tak berjasad, berambut panjang, berbaju warna cerah dan lusuh, pressing her forehead against the wall, tanpa berkata apa-apa, dan hanya daripada sudut pandangan suami aku saja yang boleh nampak keberadaan makhluk itu pada masa itu.
~.~.~.~.~.~.~.
Hari berlalu, waktu itu Amma (emak) aku tidur beberapa hari di rumah sewa baru aku ni. Biasalah emak-emak yang sangat prihatin menjaga anak-anak perempuan yang baru melahirkan.
Aku terjaga di satu malam apabila terdengar suara Amma yang memanggil aku berkali-kali. Sambil terpisat-pisat aku cuba membuntangkan mata dek cengkaman alam separuh sedar yang memukau, suara tangis Kirana kedengaran makin kuat.
ANDA SEDANG MEMBACA
Intai Jagat
HorrorKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...
