Kosong

3 0 0
                                        

Hai Assalamualaikum, ahlan wasahlan, konichiwa dan selamat datang ke Intai Jagat channel (writing version) !

Kepada readers dan viewers yang tak tahu, aku ada buat channel Youtube untuk compile kan kisah-kisah seram yang terjadi kepada orang sekeliling aku termasuk aku sekali, juga beberapa email or cerita yang disampaikan kepada aku melalui mana-mana platform yang disediakan.

Dan di sini aku ceritakan semula melalui penulisan segala kisah yang sempat aku nukil kan. Which is, semuanya adalah 99% kisah benar daripada kejadian yang dialami tanpa menggunakan nama orang yang sebenar untuk mengelakkan fitnah dari mana-mana pihak.

Okay kisah seram kali ni baru sahaja terjadi kepada aku sendiri which is semalam bertarikh 03.06.2025 bersamaan hari Selasa.

Kisah akan dinukilkan dengan gaya novel Fixi (mix dwibahasa) dan agak bersahaja (santai) supaya readers boleh feel in the vibe.

Enjoy!

____________________________________________________

         Nampaknya aku sekarang berada di kawasan kampung aku. Lebih tepat, di lorong rumah nenek aku sebenarnya. To be honest aku tak tahu kenapa aku dekat sini.

Kalau ikut daripada teori aku selepas aku perhati keadaan sekitar, macam ada majlis which aku tak tahu majlis apa. It could be tahlil atau kenduri for someone or just majlis keramaian memandangkan keluarga belah bapa aku ni memang suka merewang.

Dalam kesibukan merewang, aku ternampak, more like terjumpa seorang lelaki yang aku kenal wajahnya. Dalam baya-baya aku juga. Somehow macam seorang lelaki, macam tiga orang. Sebab wajahnya asyik berubah-berubah mengikut keadaan. 

Total 3 wajah dengan 1 jasad. Atau adakah ia sebenarnya 3 jasad dengan 3 wajah berbeza? 

Atau mungkin memang ia tak ada jasad pun sebenarnya. 

Ya, aku sedang bermimpi dan aku sedar benda itu. Tapi kesedaran aku mungkin hanya berpihak pada aku di hujung-hujung mimpi ini. Kenapa?

Lelaki yang pada mulanya hanya stranger dengan wajah menyerupai  sahabat / kenalan aku di dunia sebenar itu mula bercakap dengan aku di awal mimpi sehingga akhir mimpi.

Pada awalnya aku hanya pandang sekilas as dia bukan family aku dalam ini (majlis keramaian). Entah siapa yang menjemputnya ke sini aku tak pasti, sedangkan hanya aku yang mengenali dirinya dan obviously aku tak pernah jemput dia kesini.

Throughout the dream, dalam kesibukan aku ulang-alik dari rumah ke rumah makcik pakcik aku dalam satu lorong kawasan rumah nenek aku ini, somehow dia sentiasa ada.

Benda ini makan masa beberapa hari. Digambarkan merewang kan beberapa hari, maybe dalam 3 hari macam itu untuk segala persiapan disediakan.

Within that time, aku perasan daripada aku abaikan si dia, aku mula bercakap dengan lebih banyak patah perkataan dari sehari ke sehari. Sehingga aku mula melalui jalan yang ada si dia untuk berjumpa dan bertemu dirinya.

Somehow, aku seakan mula merindui dirinya. Dia juga begitu. There is no physical contact between us but we both longing for each other.

Seolahnya, kami berdua tengah dalam tempoh talking stage, buat kata orang sekarang.

Ingat tak aku cakap tadi kesedaran aku hanya berpihak kepada aku di hujung mimpi? Semua yang jadi ini berlaku dalam satu malam. Yang aku rasa sangat lama.

Sewaktu perasaan aku tengah berbunga-bunga merindui dirinya, aku teringat akan sesuatu di dunia sebenar melalui kesedaran aku. 

'Kenapa aku tiba-tiba suka stranger ? In real life, he never been more in my life.'

Intai JagatTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang