BAB 1

16.2K 598 11
                                    

Lagu Go Crazy oleh 2PM berkumandang dengan kuat dan boleh mengakibatkan pekak secara tiba-tiba, mahu taknya hendak bercakap pun terpaksa menjerit di tepi telinga, bertapa kuatnya muzik itu dimainkan Bising!. Seorang jejaka sedang duduk dan memandang kearah sahabatnya yang sedang menari mengikut rentak lenggok bersama gadis-gadis yang berpakaian yg terlampau menjolok mata. Dia hanya memandang mereka dan masih lagi tidak berganjak walaupun seinci. Air yang berbaki dalam cawan itu, diteguk hanya dalam satu nafas. Dan dipesannya lagi air yang sama.

"Bro ! Asal monyok... aku ajak datang sini untuk hilangkan stress kau." Lelaki yang berpakaian kemaja biru datang duduk disebelahnya sambil menghirup air untuk menghilangkan rasa dahaganya.

"SeHun....kau kalau bab Club memang King.Tapi asal malam ni kau monyok?? Kau mengandungkan anak dara org ka?" Soalan yang kurang enak didengari itu dilepaskan dengan muka yang selamba dan tenang. Seolah-olah soalan itu memang enak untuk didengari dan tiada rasa bersalah sedikit dengan kata-katanya itu.

"Mulut...Hye...tk main ahh benda tuh ! Aku cuma..fikirkan tentang hyung aku ja. Minggu ni dia akan pulang dari China sana. Kau tahukan hyung aku tuh macam mana.." lelaki yang bernama Sehun itu menjawab sambil memandang kearah gadis-gadis yang sedang leka membiarkan tangan lelaki menjamah tubuh mereka. Dalam hati, Sehun sudah siap mengutuk dengan package mencarut.

"Mwo?! LuHan?!...LuHan Hyung nak balik?! Kau biar betul Sehun" tersembur air yang diminum oleh dua sahabat itu apabila mendengar yang Hyung kesayangan Sehun hendak pulang dari China. Kuss Semangat

Siapa tidak kenal Luhan, Hyung kesayangan Sehun yang sememangnya murah dengan senyuman, lemah lembut, penyayang, dan boleh di iktirafkan sebagai Angel. Luhan yang baik..Luhan yang penyayang dan Luhan yang anti club malam. Pernah juga dua sahabat itu berfikir, kenapa adiknya tidak ikut seperti Hyungnya...mesti hebat bukan? Tapi siapa tidak tahu Sehun si lelaki berhati dingin,Muka tidak pernah nak manis. kalau manis pun dengan mereka berdua sahaja dan keluarganya.

"Asal sebut nama Luhan Hyung, Korang berdua mesti tersembur...kenapa?" Akhirnya terluah juga kata-kata yang selalu menjadi soalan dalam fikiran dia.

Bukan apa, pelik.. asal sebut sahaja nama Luhan Hyung, mesti malaun dua orang tuh akan tersembur. Pernah sekali sehun menyebut nama Luhan Hyung.. disembur sehun dengan makanan. Kalau makanan tak ada, air dan paling kurang pun air liur. Seumpama mereka berdua takut dengan Luhan Hyung. Kali terakhir diaorang lepak dengan Luhan Hyung 6 tahun lepas. Elok ja. Setahu Sehun,Hyungnya bukanlah ahli kongsi gelap, kaki pukul, Ah Long ataupun banduan yang kejam membunuh orang dengan parang yang terlepas dari penjara.

"Hee..kau nak tahu sebab dia? Sebab dia..entah. Tapi yang ni, kami rasa macam tak percaya yang angel nak balik. Habis la devil sorang nih.  And satu lagi..jangan tanya sebab apa kami sembur kat kau kalau kau sebut nama Luhan Hyung dulu kan Jimin". Tersengih segih diaorang menceritakan sebabnya dekat sehun. Seperti biasa , sehun menayangkan muka pokernya.

"Yahh Hun, dari kau tayang muka poker tak laku lima juta tuh..baik kau cairkan hati perempuan yang sedang gelek macam Amoi tua buat senamrobik tu. Sangkut sorang.. macam biasalah kan Jungkook" Jimin mengangkat keningnya seperti Ziana Zain. Jungkook yang berada disebelah sudah tersenyum menampakan gigi putihnya hasil penggunaan ubat gigi Colgate Optic White yang Fazura promote.

Sehun tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya itu. Air yang baru dipesannya itu diminum dengan sekali teguk, Dia bangun membetulkan urat-urat yang tersimpul akibat duduk terlalu lama. JungKook dan Jimin sudah menjerit bagaikan orang gila apabila melihat Sehun berjalan ke lantai tari. Apabila Sehun naik sahaja diatas pentas,gadis-gadis yang lain mesti akan abaikan pasangan masing-masing dan menumpukan 100% perhatian kepada Sehun.

Senyuman sinis dihadiahkan khas buat gadis-gadis yang bakal menjadi mangsa Sehun pada malam itu. Lagu Beat  Maker dimainkan (Bayangkan sehun menari sama dekat exo planet),Sehun menari mengikut rentak sambil namanya di laungkan. Itu adalah salah satu bakat semula jadi Sehun.

_______________________________

Incheon International Airport  ketika itu tidak terlampau sesak. Seorang jejaka yang memakai baju kemeja putih, berseluar jeans , bercermin mata hitam sedang menunggu di tempat menunggu. Selang beberapa minit, jam di tangan di pandang. Hatinya berdebar debar menantikan seseorang. Sekejap bangun, sekejap duduk. Jika dipandang, dia seolah olah seperti suami menanti isteri sedang bersalin. Benda tu sekejap sahaja baginya. Matanya kini lebih tertumpu pada peramugari yang baru sahaja keluar dari balai ketibaan,dipandang setiap lenggok jalan peramugari itu.Tapi pandangannya kembali tertumpu pada jam ditangan.

1

2

3

4

5

Ketibaan penerbangan dari China Airlines.....

Pengumuman itu membuatkan jejaka tadi berdiri tegak seperti sedang menyanyi lagu kebangsaan. Pucat lesu mukanya, Dalam fikirannya sudah membayangkan macam-macam, entah apa yang di bayangkan pun tidak dapat di kenal pasti. Apabila lihat sahaja ramai yang sudah mula keluar daripada pintu ketibaan China Airlines. Dengan serta merta membuatkan jejaka itu berpeluh seperti baru sahaja dia lepas berlari keliling airport. Dibuka sedikit butang di baju kemeja putihnya itu. Tangan dikibas kibaskan dimuka untuk mengurangkan rasa panas.

Cermin mata hitamnya dipegang. Panas yang tadi membuatkan dia seperti di grill hilang dibawa angin yang datang dari mana pun tidak dapat dikenal pasti, mungkin dari penghawa dingin fikirnya. Badannya membelakangi pintu ketibaan itu. dan memandang kearah air-cond di syiling. Mulutnya terkumat kamit seperti menjampi sesuatu.

"Haishhh...lambatnya" rugutan mula terbit dari bibirnya. Muka seposen usaha dijemput , datang dengan pantas. Muncungnya kalau diletak bersama muncung itik.. sama panjang. Tangan di letak dalam poket seluar, dan menampkannya seolah-olah comel disitu.

"Sehunnie" Suara lembut dan ditambah dengan nada manja menyapa gegendang telinga lelaki yang muncungnya sama panjang dengan itik.

-To Be Continue-


15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now