BAB 34

4K 351 30
                                    

Kau duduk menonton TV sendirian di ruang tamu. Sehun di biliknya entah apa yang dia buat pun kau tidak dapat mengenal pasti. Yang pastinya hubungan kau dengan sehun semakin hari semakin baik. Tiada lagi pergaduhan perang mulut antara satu sama lain.

"Y/N.."

Satu bisikan halus kedengaran dicorong telinga kau. Wajah kau dipusing menghadap kearah bisikan tersebut.

"Ahh... kau kenapa ?" Seperti acuh tidak acuh sahaja kau pada ketika itu, bagi kau bisikan tersebut benar-benar menganggu kau menghayati drama yang sedang bersiaran di kaca television.

Tempat disebelah kau diduduknya tanpa meminta kebenaran kau, keropok yang menjadi santapan kau ketika menonton drama dirampas dan dijamahnya, otaknya ligat menyusun ayat untuk memberitahu kau akan sesuatu khabar berita.

"Kau tengok drama apa ?" Permulaan yang agak bagus tetapi bengong buat dirinya. Tetapi dicuba sebaik mungkin untuk tidak kelihatan bengong dihadapan kau.

"Kalau aku cakap drama sinetron kau bebel aku sebab layan entah berapa episod nak habis.. ini ha aku layan drama 'It because a first time' .." mata kau masih lagi tertacap di kaca tv, tidak sedikit memandang wajah sehun disebelah.

"Esok kau pergi mana-mana tak ?" Soal Sehun dengan penuh tenang walhal jantungnya seakan-akan mahu meletop.

"Aha.. aku duduk rumah goyang kaki, masak bila lapar. Sebab manusia yang bernama Sehun tidak membenarkan aku keluar rumah katanya nanti aku SESAT !" perkataan SESAT ditekan, memang benar , sehun tidak membenarkan kau keluar dari rumah bila dia tiada . Hidup kau ibarat seorang puteri yang dikurung oleh seekor raksasa yang kacak .

"Cettt..." muncung ditarik apabila kau menuduhnya sebergitu. Akan tetapi senyuman yang tiada siapa perasan mekar di wajahnya. Hatinya bahagia apabila mendengar kau memerlinya, terasa seperti baru sahaja memenangi pingat emas dalam pertandingan 'Wajah paling kacak' .

"Kau pergi masuk bilik and kemas segala kain baju kau !" Kedengaran ayatnya seperti tegas dan membuatkan kau mengalihkan pandangan kau buat Sehun. Tergamam dengan ayat baru dikeluarkan oleh Sehun, gaya Sehun seolah-olah mahu menghalau kau sahaja dari rumah.

"Kau kenapa ?!"

"I said NOW ! letak baju untuk seminggu jangan lupa bawak passport kau."

Mata Sehun masih lagi memandang kearah television, dan kau hanya memandang Sehun dengan pandangan pelik, disuruh kau bawa baju untuk seminggu dan paling pelik sekali apabila diperingatkan kau jangan lupa membawa passport.

"Kau gila?"

"Okey aku yang letak baju kau" dengan itu Sehun pantas sahaja bangun dan menuju ke bilik kau.

Kau hanya memerhati tubuh sehun yang sudsh bangun dari tempatnya.

"Baju 'kecik' kau nak bawak berapa?" Bergitu naif sehun menanyakan kepada kau.

"Ehhh aku buat, okey sana-sana" wajah sudah merah dan ditolak tubuh sehun supaya jangan menghampiri bilik kau.

____________________________________________________

Wajah monyok kau dari tadi ditayangkan, dengan beg ditarik seperti kau baru sahaja tersingkir dalam audition .

"Yahh cepat lah !" sergahan Sehun membuatkan kau terkejut. Mulut sudah mengherot menyumpah si suami yang berjalan laju kehadapan. Bukan mahu menolong kau mengheret beg , tidak bergitu lelaki idaman langsung.

Cermin mata hitam yang masih tersarung di wajah Sehun menambahkan lagi elemen kekacakannya. Kau yang melihat hanya mampu mengamit sahaja wajah Sehun ketika itu.

15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now