Jam di dinding menunjukkan bahawa lagi beberapa minit akan menuju pada waktu tengah malam. Pada ketika itu kesemua manusia dimuka bumi sedang enak dibuai mimpi indah mahupun sedang menjalankan tanggungjawab yang amanah. Berlainan pula dengan kau, kau hanya mampu menopong dagu melihat jam berdetik tidak henti. Kadang kala kau rasa seperti mahu sahaja mencabut battery jam tersebut agar menghentikan masa buat sementara waktu. Impian kau mahu menghentikan masa hanya sia-sia sahaja takala mendengar loceng pintu ditekan beberapa kali juga termasuk ketukan pintu bertalu-talu.
Nafas kau mula turun naik apabila mendengar ketukan pintu serta loceng yang diteka seperti tiada hari esok. Kaki diatur malas menuju ke arah pintu, tanpa melihat siapa kau pantas memusing tombol pintu tersebut. Bau masam berjaya menusuk ke dalam rongga hidung kau, bau yang mampu membuat kau sendiri loya dengan serta merta itu.
"Kenapa kau buka pintu lambat haa?!" Dengan senang hati kepala kau ditunjai dengan selamba. Kau pula hanya mampu menahan geram takala diperlakukan sebergitu.
Tanpa ada belas kasihan tubuh kecil kau ditolaknya ketepi bagi tidak menghalang laluannya kedalam bilik. Kau hanya mampu melihat langkah kaki panjangnya itu terhuyung hayang , seperti susah benar dia mahu memasuki kedalam kamar tidurnya.
Selepas sahaja tubuh tersebut berjaya memasuki kamar biliknya, keluhan berat dilepas oleh kau dengan perlahan. Baju kau yang terherot sedikit dibetulkan. Berginilah nasib kau setiap malam. Menunggu sang suami pulang dari kerja tau lebih saintifiknya pulang dari berfoya-foya di luar. Bagaimana kau tahu suami kau berfoya-foya ? hanya kerana bau badan milik suami kau sahaja dapat mengenal pasti apa yang cuba dia lakukan diluar sana.
Dengan langkahan yang tanpa perasaan kau mula menapak memasuki kedalam bilik si jantan tersebut. Almari dibuka bagi mencari baju yang sesuai dipakai oleh suami kau itu. Tali leher yang sudah dibuka kau mengambilnya dan meletak di tempat biasa, Satu demi satu butang kemeja birunya dibuka. Dengan terpaksa kau perlu menebalkan muka bagi membuka baju tersebut pada suami kau yag sudah lena akibat pening yang amat dasyat atas pegambilan akohol tinggi.
'Singlet' putih menjadi pilihan kau pada malam itu untuk dipakaikan buatnya. Seluar dibuka dan hanya meninggalkan 'boxer' hijau hitamnya. Tanpa melengahkan masa kau pantas menyelimut tubuh tersebut agar dia tidak terkena angin sejuk pada malam itu.
"Hyung..mianeh" telinga kau dapat menangkap setiap butir yang dilafazkan oleh Sehun. Mata kau hanya mampu memadang sayu terhadap wajahnya yang sedang berkerut menahan sakit sedangkan kau tahu itu hanyalah mimpi ngeri buat sehun.
Walau kau tidak tahu apa yang sedang berlaku di alam mimpi sehun itu, kau pasti itu amat sakit buat sehun sendiri untu menghadapinya seorang diri. Tangan kecil kau mula menyelak rambut hadapan sehun yang menutupi dahinya, kau cuba untuk menenangkan sehun supaya dia tidak lagi meracau ketika tidur.
Dalam fikiran kau juga tertanya-tanya kemana pergi Luhan. Selepas sahaja berita tentang perkahwinan kau bersama Sehun di hebohkan kau jarang sekali melihat Luhan. Selalunya kemana Sehun pergi Luhan pasti akan membontotinya. Selepas Sehun kembali dalam keadaan sediakala, kau mula mengorak langkah menuju ke ruang tamu untuk menutup segala macam jenis elektrik yang terpasang.
Dalam gelap kau cuba untuk bertafakur menenangkan jiwa kau yang kacau dan menghilangkan segala pelbagai fikiran pelik terhadap masalah yang melanda kehidupan kau tersebut. Berkat angin malam yang berjaya menebusi cermin tingkap disengaja buka oleh kau sendiri itu menghidupkan suasana yang seperti dalam drama-drama sedih di kaca tv.
"Luhan oppa...mana oppa pergi?" bohong kalau kau tidak merindui jejaka tersebut, hati kau asyik tertanya-tanya kemana jejaka tersebut menghilangkan diri. Hendak ditanya pada sehun taku lelaki itu kecil hati dan melancarkan serangan rajuk yang terhebat. Mahu tidak mahu kau seperti menahan rasa rindu itu seorang diri, tidak berani kau mahu melafazkan dihadapan sehun bahawa kau merindui Luhan bukan Sehun iaitu suami kau sendiri.
"Luhan oppa...Sehun miss you so much" hanya itu sahaja mampu kau lafazkan buat masa sekarang. Bagi kau mungkin Luhan dapat mendengar isi hati kau seperti dahulu. Tanpa kau sendiri sedari Sehun yang dalam keadaan mamai cuba mentafsir kenapa kau menyebut namanya serta Luhan.
-To Be Continue-
Author : vote and comment anda saya amat menghargai :)
YOU ARE READING
15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]
Fanfiction"Aku akan buat kau jatuh cinta,kepada ku walau kau tak cinta" Suami yang bersikap dingin? Mampukah hidup mereka bahagia seperti cerita novel dan Drama Romantik di TV? Lagi-lagi ibu sendiri tidak pernah menerima isterinya.. Orang selalu cakap, sayang...