Suasana di rumah banglo dua tingkat bergitu meriah, kanak-kanak berlari kesana kesini. Kesibukan penghuni rumah itu tidak pernah mematikan lamunan seoramg wanita tua yang dari tadi wajahnya masam dan seperti tidak pernah bersetuju akan suasana disini.
"Dengar cerita menantu Puan Hye Young lawa.. comel je~"
"Sesuai sungguh dengan anak lelakinya tu"
" itulah.. comel, budak tu pun baik, hormat orang , memang itu yang kita nak kan.."Pujian demi pujian buat kau di lontarkan di hadapan Hye Young, Wajah yang masam, kini makin merah menahan marah bukan marah akan suasan itu, tetapi marah akan pujian yang baru didengarinya. Baginya kenapa harus memberikan pujian buat kau, sedangkan kau bakal membuatkan kehidupan anaknya kucar kacir.
Sebuah kereta memasuki perkarangan rumah banglo tersebut. Tetamu yang hadir memandang kearah kereta tersebut seperti artis bakal keluar dari kereta itu.
Seorang jejaka yang segak bergaya keluar dari badan kereta itu, manakala dua wanita yang berpakaian dress paras lutut turut sama keluar, dibetulkan rambut mereka serta baju bagi menjadi kedudukan asal kembali.
"ChenMi, mana Luhan dengan Sehun?" Tidak sempat anak gadis itu memasuki kedalam rumah , sudah ditahan dan disoal kemana kedua anak lelakinya.
"Relax omma.. diorang berdua ada. Nanti sampai la" ditenangkannya si ibu.
"Dengan perempuan malang tuh ?! Kenapa dia perlu ada dengan diorang ?!" Seperti dirasuk apabila menyebut nama kau. Muka semakin merah, ChenMi dihadapannya disembur bergitu sahaja. Nasib gadis itu tidak melatah , jika tidak pasti dia bakal menutup mukanya dengan plastik sampah hitam.
"Perempuan Malang?! Nama dia Y/N .. bukan perempuan malang. And please, jangan buat SeokMin malukan diri dekat sini.. SeokMin tak mahu kawan-kawan omma kata SeokMin anak derhaka , macam Sehun oppa kena.. please omma" langkah SeokMin dibuka dan menuju ke dalam banglo yang tersergam indah itu.
Seperti dikenakan rejatan elektrik keadaan Hye Young ajumm ketika itu. Dia tidak menyangka yang anaknya bongsu sudah sperti Sehun, memarahinya demi seorang gadis yang telah membuat dia kehilangan orang yang dia sayang. Terpaku sebentar dia di situ, mata tetamu memandang kearahnya sambil berbisik. Perasaan marah serta malu telah berleluasa di dalam dirinya, hanya kerana kau sahaja.
Tidak sampai beberapa saat, kereta milik anak lelaki yang ditunggunya itu akhirnya telah berjaya berada di hadapan mata, kereta tersebut berjaya memasuki perkarangan rumah mewah itu.
Sebaik sahaja ketiga tiga tubuh manusia itu keluar dari perut kereta , tanpa menunggu masa satu tamparan hinggap di wajah kau sehingga sedikit cecair merah keluar di bibir kecil kau. Kedua manusia yang berada di situ terkejut akan kejadian yang sebentar tadi berlaku. Kau yang masih terpaku tidak berani bergerak mahupun bersuara, mata kau sudah mula berkaca akibat kesakitan tamparan yang masih lagi berbisa di pipi kau.
"Omma ! " jeritan sehun bergempita di seluruh angkasa raya, dengan cepat dia menarik kau kedalam pelukkannya bagi melindungi wajah kau dari di tampar oleh ommanya dalam pada yang sama dia mahu menyembunyikan wajah kau yang merah dan sudah dicemari oleh air mata kau.
"Oh.. sekarang kamu pun mahu melawan ? Kamu ingat omma-"
Belum sempat Hye Young ajumma memaki kau lebih teruk lagi, Seorang lelaki tua telah memotong kata-katanya. Pandang lelaki tua tersebut berjaya membuatkan Hye Young ajumma terdiam dan terus berlalu memasuki kedalam rumah yang tersergam indah itu.
"Sehunnie.. sini hyung bawak Y/N" tangan kau dicapai oleh Luhan dengan perlahan, terpaksa juga Sehun melepaskan tubuh kau dari pelukkannya.
Dengan wajah poker nya, dia memandang wajah kau dengan sekilas. Wajah kau yang bersih suci itu telah dicemari dengan air mata. Tangan luhan sudah berpaut pada bahu kau dan membawa kau pergi meninggalkan sehun keseorangan disitu,keluhan dilepaskan. Kaki melangkah menuju memasuki kedalam banglo tersebut.
________________________
Perasaannya berbelah bahagi, akhirnya dia tidak boleh membatah akan kata-kata hal-abeoji yang baru dikemukakan tadi. Jika dia cuba untuk membantah kemungkinan kehidupannya akan tunggang langgang akibat penolakkan kata-kata hal-abeoji nya.
Di pandang wajah setiap sorang yang berada disitu, dan yang paling mengerunkan juga dia seolah-olah tidak percaya bahawa dia kini sudah bergelar TUNANG kepada seorang gadis yang masih berusia 18 tahun dan baru sahaja menghabiskan sisa hidupnya sebagai seorang pelajar di kota London sana.
"Siapa kata kahwin awal menyeksakan .. tidak sama sekali, lagi pun hal-abeoji buat bergini supaya ada manusia yang sudi jalankan amanah hal-abeoji." Perkataan yang telah diulangi oleh hal-abeoji telah masuk ke-4 kali. Bergitu bersemangat sekali wajah hal-abeoji memberikan kata-kata buat cucunya.
Wajah masam seseorang tidak sama sekali di ambil kisah oleh hal-abeoji baginya muka masam itu hanyalah untuk mengagalkan rancangannya yang sudah lama dia rancangkan..
"Tapi kenapa..." belum sempat ayat SeokMin dihabiskan, hal-abeoji memotong.
"Hal-abeoji percayakan dia.." dipandang wajah manusia itu dengan sayu, memang benar 100% kepercayaan dia letakkan buat manusia itu.
Kau yang masih lagi terkesima dengan mungkadimah hal-abeoji 5 minit sebentar tadi , kini tidak berganjak dari tempat duduk kau, mata sekejap memandang kearah Luhan serta Sehun silih berganti. Entah apa yang menarik minat kau untuk.meniliti setiap wajah kedua lelaki itu. Perasaan kau masih lagi tidak percaya bahawa kau sudah bergelar isteri , isteri yang muda. Dengan sekejap sahaja kau kini menjadi milik org, licik benar permainan hal-abeoji kau. pada mulanya diingatkn hanya sebuah majlis yang sederhana.. tetapi majlis ini adalah majlis pertunangan kau bersama cucu lelaki hal-abeoji iaifu merangkap sepupu kau.
-To Be Continue-
ID:khaikhairina31 |IG: 7_little.girl21
YOU ARE READING
15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]
Fiksi Penggemar"Aku akan buat kau jatuh cinta,kepada ku walau kau tak cinta" Suami yang bersikap dingin? Mampukah hidup mereka bahagia seperti cerita novel dan Drama Romantik di TV? Lagi-lagi ibu sendiri tidak pernah menerima isterinya.. Orang selalu cakap, sayang...