Langit sudah menunjukkan hari sudah pun melabuhkan tirai. Kereta yang berada di jalan raya juga semakin berkurang. Cuma sebuah kereta ini sahaja yang tidak bergerak dari tadi dibiarkan di tepi jalan sahaja.
"Hoii...sudah la tu, aku kata menagis sepuas-puasnya. Kau menagis puas sungguh sampai kemalam. Hoii ban.." Sehun terpana melihat kau sewaktu dia menolak kau yang berada dalam pelukannya.
"Tidur.."
Ayat itu akhirnya terkeluar dari mulut Sehun, Sehun meletak kepala kau di bahunya. Dia tahu kau penat, penat menagis. Sehun memandang wajah kau yang lena dibuai mimpi, entah apa yang merasuk dirinya, dibelai lembut wajah kau yang bersih tiada sebarang cela itu.
"Kenapa omma aku tidak boleh terima hakikat? Kau terlampau naif untuk dicaci.." Lembut sahaja sehun berkata sambil memandang wajah kau. Bagi Sehun wajah kau jika dilihat dari jarak dekat sememangnya sama dengan wajah orang yang dia sayang,orang yang dia terlampau hormat, orang yang selalu memberitahu apa itu makna Kasih Sayang yang sebenar iaitu oppa kau.
Kereta Sehun terus sahaja meluncur laju di atas jalan raya,dibiarkan kau tidur berlapikan bahunya. Sesekali bibir sehun tersenyum apabila terhidu wangian rambut kau.
_______________________________
"oppa...call la Hunnie~" Luhan rasa seperti mahu mencekik cekik manusia disebelahnya, Bising ! Kalau bukan adik,sudah lama telefon ini melayang di kepala anak dara seorang ni.Siapa lagi kalau bukan si ChenMi
Selepas Hye Young ajumma menghentam kau dengan secukup-cukupnya petang tadi, Entah apa yang sudah merasuk omma mereka itu seperti ingin membunuh sahaja kau di depannya. Pantas sahaja Sehun menarik tangan kau yang berada di hadapan Luhan itu keluar dari rumah. Hal-abeoji pula hanya mampu mendiamkan diri dan berlagak tenang. Tapi itu bukan yang menjadi tajuk utama kes ini, Tajuk utama inilah yang menjadikan pelbagai persoalan yang tersirat kepada mereka bertiga. 'Kemana Sehun membawa kau pergi' Seperti tajuk novel bukan?
Luhan yang sudah lenguh menelefon Sehun , terus mencampak Iphone nya di sofa milik Sehun. Ya sekarang mereka bertiga bertandang di rumah Sehun. Buat macam rumah sendiri pula. ChenMi yang sudah ketandusan idea untuk memaksa Luhan oppa menelefon Sehun mendiamkan diri, kini dia memberikan sepenuh kuasa kepada adiknya yang sememang rapat dengan Sehun. SeokMin dipandang dengan pandangan comel, berharap minah itu dapat menyelesaikan kes tersebut.
Dalam fikirannya sudah melakar bermacam-macam adenga yang akan dilakukan oleh Sehun terhadap kau. ChenMi kenal sangat dengan oppanya itu, Sudah berapa ramai wanita oppanya tiduri (Harap maaf authornim mendapat idea dari drama+movie english serta hasil pertapaannya dengan novel cinta cintun tangkap leleh.) Cuma Keun Hyeong hal-abeoji , Omma ,Appa , Luhan oppa serta SeokMin yang tidak tahu kegiatan Sehun. ChenMi pernah menangkap aksi kurang enak itu didepan matanya sendiri,sewaktu dia datang ke rumah Sehun pada awal pagi. Dia sudah lali dengan peragai Oppanya yang seorang itu, hendak salahkan siapa lagi kalau oppanya itu beperagai liar seperti itu, tapi tidak pernah pula ChenMi mendengar khabar angin yang mengatakan oppanya itu mengandungkan anak dara orang, anak dara lagikah mereka?
SeokMin yang dari tadi memandang screen handphonenya mula menjerit kecil . Apalagi Luhan serta ChenMi datang menyerang tanpa senjata mahupun bom tangan kepada SeokMin. Mereka duduk berhimpit di sofa yang mampu memuatkan dua orang, SeokMin terhimpit ditengah-tengahnya punya la malang nasib SeokMin ketika itu.
"Angkat cepat Min !!!" Jerit ChenMi disebelahnya sambil menolak-nolak lengan SeokMin.
"Min!! Palliwa...nnti diletak susah pula !" Kali ini bukan sahaja ditolak,malah di goncangkan badannya dengan sekuat hati. Mereka berdua seperti tiada perikemanusiaan langsung terhadap SeokMin. Sudahlah tersepit, Di buatnya seperti boneka.
"Aishhh ! Shadap ! Stop !" Jerit SeokMin dan membuatkan kedua manusia itu berhenti serta merta. Sebelum dia slidekan butang hijau itu, baik dia bangun terlebih dahulu sebab dia dapat menghidu apa yang bakal berlaku sebentar nanti.
"Oppa ! Dimanakah oppa sekarang ?? Adakah y/n selamat? Oppa tidak mengapa-apakannya??" Terlampau kerek bunyi bahasa SeokMin, adakah dia sedang mengpratikskan bahasa bukunya itu?
Luhan dan ChenMi sudah berpeluk tubuh di atas sofa itu,mulut mereka berdua juga dimuncungkan kerana tidak dapat menangkap perbualan SeokMin dan Pemanggil itu yang dikenali sebagai Sehun.
"I'm okey dear~ and y/n pun okey.. MinMin ada mana??" Lembut sahaja bicara Sehun ketika itu. MinMin panggilan manja yang Sehun berikan kepada SeokMin, hendak dipanggil Seok terlampau namja,sudah la adiknya itu peragai bukannya seperti perempuan sangat. And last di panggil MinMin, cute bukan? Panggilan itu hanya Sehun sahaja layak memanggil. Yang lain seperti biasa Min,tidak berani mereka memanggilnya MinMin takut di hempuk dengan kayu baseball milik appa mereka
"Ada rumah oppa la. Oppa...." belum sempat SeokMin menghabiskan ayatnya, telefonnya sudah beralih tangan. Telefon itu berjaya berada didalam pegangan Luhan. Kali ini diambil alih untuk bertanya soalan cepumas.
"Yahhh Sehun ! Kau ada mana??Malam dah ni! Y/N buat apa? Dia okey? Kau balik sekarang?! Hantar Y/N dekat rumah sini. Hyung dgn minah dua ekor tu ada rumah Sehun ! Palliwa !!!" Suara Luhan begitu tegas. Dan telefon itu pula beralih pada ChenMi yang berdiri disebelah Luhan.
"Sehun Oppa ! Bawak balik Y/N sekarang ! I say now !!! Dia tidur rumah ChenMi ! ChenMi tnggu oppa dalam masa 45 minit mulai sekarang, lambat siap ! Btw..Jangan buat macam-macam dekat Y/N . Dengar ja oppa buat sesuatu, Kereta kesayangan oppa tu tak selamat !" klik ! telefon SeokMin ditutup,panjang sekali arahan ChenMi. Luhan dan SeokMin memandang ChenMi dengan pandang seperti tidak percaya, sungguh hebat ChenMi ketika itu di mata mereka.
Sehun sudah memuncungkan mulutnya apabila mendengar ayat paksaan Hyung serta adik-adiknya. Sengaja dia tidak mahu mengangkat panggilan Luhan Hyung, kerana dia tahu Luhan pasti akan membebelkannya. Menyesal dia menelefon adik bongsunya itu, bukan dapat bebelan dari Luhan Hyung malah dari si ChenMi itu. Sehun tahu Hyung serta adik-adiknya terlampau risaukan kau. Kau yang sedang tidur dan dibaluti dengan jaket milik sehun itu dipandang dengan sekilas. Sungguh comel kau ketika itu.
Sehun mengeluh apabila melihat jalan raya yang bergitu sesak. Dia lupa,malam itu adalah malam minggu sememangnya sesak. Sekarang kereta Sehun berada di tengah-tengah kesesakkan lalu lintas. Sempat juga Sehun menghantar sms kepada ChenMi memaklumkan dia mungkin tidak dapat sampai kerumah pada waktu yang telah ditetapkan oleh ChenMi, kesesakan lalu lintas puncanya.
Dipandang kau yang lena dibuai mimpi disebelahnya. Dirapatkan wajahnya dengan kau, Sehun dapat merasakan hembusan nafas kau, Dibelai wajah kau dengan lembut. Senyumannya terukir di bibir, digosok sekali bibir kau.
"Apa yang ada dekat kau sampai mereka bertiga risau sangat? ChenMi takut aku sentuh kau..Heh, kau kalau aku nak sentuh pun tunggu kau jadi milik aku dulu la y/n .Tapi...kenapa kau buat jantung aku berdebar? Kau...."
-To Be Continue-
MrsMinChen & 01SuamikuRichman01 so mcm mna?? LIA..sudah2 la fangirl dgn ayana tuh... Ini ja aku mmpu untuk part korg~
So... sorry kalau ada typo or what...sbb aku mmg merapu dn pening ! Ubat batuk kaler mcm kopi tuh pnya pasal ! Sehun bebai sbb buat watak dia mcm tu, ada muka kita kisah ?!
ID : khaikhairina31 | IG : khai_khairina
YOU ARE READING
15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]
Fanfiction"Aku akan buat kau jatuh cinta,kepada ku walau kau tak cinta" Suami yang bersikap dingin? Mampukah hidup mereka bahagia seperti cerita novel dan Drama Romantik di TV? Lagi-lagi ibu sendiri tidak pernah menerima isterinya.. Orang selalu cakap, sayang...