BAB 40

5.5K 353 17
                                    

Pertama kali dalam hidup kau, ahjumma yang selama ini membenci kau dan memberi kata-kata dimana membuat kau sendiri menagis memanggil bertemu dengan dirinya bersendirian , tanpa ada Sehun mahupun Luhan disisi. Yang pasti amaran sudah diberi oleh Sehun buat diri kau.

"Kalau kau tak balik bilik dalam 40 minit , aku pergi sana !" Dengan gaya pembaringan seperti orang kaya dia memberi amaran buat diri kau. Di pandang kau hanya memakai 'Sweatshirt Dress' dari atas hingga kebawah.

"Kau pandang apa ?" Pandangan pelik diberikan buat Sehun. Entah kenapa kau merasakan pandangan Sehun pada malam itu benar-benar membuatkan jantung kau berdebar.

Tanpa menjawab soalan kau, pantas sahaja sehun bangun dari pembaringannya dan mencapai salah satu jaket hitamnya, diberikan kepada kau yang masih lagi memandang dengan pandangan pelik. Belum sempat kau membuka mulut, Sehun sudah menyarungkan jaket tersebut buat kau.

"Nanti kau demam, aku susah..ingat kalau kau tak balik dalam tempoh yang aku kasi, aku sendiri heret kau dari situ masuk bilik" tanpa memandang kearah kau dia terus melangkah pergi memasuki ke tandas.

Perlahan-lahan kau keluar dari bilik, membuka langkah menuju ke lif. Dengan perasaan yang berdebar , kau memeluk diri kau sendiri bagi mendapat haba, haruman dari jaket milik sehun benar-benar membuaikan kau ketika itu. Mahu sahaja kau berlari memasuki bilik dan memaksa Sehun untuk mengikut kau sekali pada ketika itu.

Tidak sampai 10 saat lif terbuka menandakan bahawa dia sentiasa berkhidmat buat sang manusia yang mahu menggunakannya. Jari runcing kau menekan pada tingkat lobi tempat dimana kau di ajak secara tanpa perasaan oleh si ibu mertua selepas selesai sahaja minum petang tadi.

Azam yang kuat dan harapan walau bagaimana pun kau diserang oleh ahjumma kau , kau akan menerima dengan hati yang terbuka. Pada petang tadi juga acara memberi hadiah antara anak,ibu dan menantu buat manusia yang menyambut anniversary tersebut.

Pertama kali kau melihat ahjumma kau menerima pemberian hadiah kau yang kau sendiri beli dengan menggunakan duit dari hasil penambungan kau (kau menggunakan duit sehun untuk menambung) tanpa menunjukan sebarang reaksi mahupun membunyikan suara.

Kelihatan wanita tua yang berada di ruangan rehat luar sedang minum secawan kopi panas, walau kau sendiri tidak pasti air apa yang diminum oleh wanita tersebut.

"Ah-ahjumma" perlahan dan dalam nada yang lembut kau memanggil. Tegak persis patung kau berdiri di hadapan ahjumma kau, sedikit tidak bergerak. Jika orang lain melihat pasti menagak kau tidak bernafas, kerana cara kau saling tidak tumpah seperti patung mcd , kfc mahupun patung di pasaraya.

"Duduk" diletak cawan yang dipegangnya dan memandang kearah kau yang tidak ubah seperti robot yang mengikut segala arahan.

Dipandang wajah polos kau sebaik mungkin, nafas berat dilepaskan dan membetulkan sedikit duduknya.

"Y/N..kamu memang berani"

"Huh ?!"

"Macam-macam aku buat bagi kau dengan sehun bercerai, tetapi yang aku nampak , sehun masih lagi melekat dengan kau"

Kau sudah menunduk memandang paha kau, jaket sehun yamg masih bersarung di tubuh kau dipegang erat. Seolah-olah kau mengambil kekuatan dari Sehun.

"Tapi..."

Kali ini wajah kau diangkat serta merta takala mendengar kata-kata oleh ahjumma kau yang separuh..

"Aku suka tengok Sehun bahagia dengan kau" tenang dan masih lagi mengekalkan wajah tiada perasaan itu. Kau hanya mampu memandang dengan terkebil-kebil kata-kata oleh ahjumma kau. Pelik ! Adakah dia sudah di sampuk hantu mahupun terhantuk mana-mana tempat.

15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now