BAB 31

4.6K 308 12
                                    

Sudah lima minit keadaan kedua manusia yang masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda mahu memulakan sebarang suara. Masing-masing membuat hal sendiri, hendak bertentang mata usah ditanya memang tidak. Kedua-dua ego tinggi, di sudut kanan, kelihatan dua orang gadis pingitan sudah kehilangan kesabaran dalam hati,mahu sahaja mereka bangun dan memaksa manusia tersebut mengeluarkan suara.

"Unnie,sampai bila nak macam ni? Terasa membuang masa pula tengok drama tanpa dialog ni" Jari mengetuk meja sambil matanya tidak lekang memadang kearah kedua manusia tersebut.

"Haishhh..sabar lah ! Kau nih kan SeokMin bising ! Pergi balik kolej kau sana!"

"Ehh dah Sehun oppa ambik orang. Orang datang lah, tak tahu pula kena layan drama bisu macam ni" mulut dimuncungkan sebagai tanda dia benar-benar menyesal akan tindakannya yang mengikut Sehun (Sehun memaksanya agar mengikut ke cafe atas alasan Sehun bakal dibunuh dengan seorang pengganas yang bernama ChenMi jika dia tidak datang)

Kali ini mulut ChenMi pula mencebik tanda dia benar-benar menyampah akan jawapan milik SeokMin. Kedua matanya memandang kearah kedua manusia yang dari tadi belum memulakan sebarang percakapan,terasa geram dihati mula terbit akan tindakan 'bisu' tersebut.

____________________________________________________

"Kau turun sekarang juga"

Pantas ! tiada langsung noktah mahupun koma pada ayatnya. Talian di matikan tanpa mendengar apa yang bakal di jawab oleh manusia tersebut.

Tidak sampai 2 minit, manusia yang ditelefon itu sudah terpacak di sebelah keretanya, dengan pandangan tajam yang dilemparkan oleh manusia tersebut tidak sekali pun mengerunkannya. Wajah yang bersahaja dia tayangkan buat manusia tersebut, dengan menggunakan arahan mata sahaja dia menyuruh manusia tersebut memasuki kedalam perut keretanya.

"Kau nak apa? Tak boleh tengok aku senang langsung !" dengan cebikan dia tayangkan buat manusia yang sedang fokus memandu.

"Teman aku.."

"Huh?!" pandangan pelik terhadap manusia tersebut ditayangkan. Tidak disangka manusia tersebut sanggup berpusing balik semata-mata mahu mengambilnya untuk mengajak teman.

"Teman aku beli sesuatu, bukannya pergi date dengan kau wahai Y/N" nama penuh sudah terlahir di bibir nipisnya.

Terasa ringan sahaja kaki kau pada ketika itu, Mahu sahaja kau melekatkan kaki di wajah kacaknya. Kurang moral langsung bibir nipisnya.

"Kau nak beli apa Sehun?"

"Ada la.." senyuman pelik mula tergambar di wajahnya. Kau sudah mula sumpah serana manusia tersebut, entah apa yang merasuknya pada ketika itu. Tidak pernah tersenyum pelik sebergitu kini ditayangkan pula dihadapannya.

Kereta sport merah miliknya sudah berhenti dihadapan kedai menjual motosikal. Kau mula memandang pelik, dengan perasan yang membuak-buak kau cuba untuk membuka mulut bertanya akan kepelikkan milik Sehun pada waktu itu.

"Kenapa ka--"

"Kaja !" tanpa menunggu jawapan kau , Sehun terlebih dahulu keluar. Dengan hati yang sabar serta cekal kau megikut rentak Sehun memasuki kedalam kedai tersebut. Bayangan Sehun sudah hilang entah kemana mungkin berjumpa dengan tuan kedai.

Tangan kau mula nakal membelek setiap motosikal yang terdapat dalam kedai tersebut, dalam hati kau teringin benar mahu menaikinya tetapi atas faktor ketinggian kau, kau terpaksa membuang perasaan 'ingin' tersebut.

"Cantik bukan ?" suara dari belakang kau membuatkan kau sendiri hampir-hampir pengsan. Ianya benar-benar di telinga kau, hembusan nafasnya juga kau dapat merasainya.

15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now