Ketinggian serta kemewahan sebuah condominium dihadapan kau membuatkan kau menolopong dan seperti tidak percaya. Mata di gosok beberapa kali bagi menyedarkan apa yang berada di hadapan kau adalah benar , tiada istilah mimpi mahupun imaginasi.
"Sehun.. ni rumah siapa ? Asal datang sini ? Kau nak campak aku kat sini? Ke kau nak jual aku ?" Soal kau tanpa henti. Sehun hanya mampu mendiamkan diri dan keluar dari perut kereta tanpa memandang kearah kau yang seperti mahu menagis akibat imaginasi kau yang terlampau dramatic apabila memikirkan bahawa Sehun tidak mempunyai perasaan dan sanggup menjual kau supaya menjadi bibik buat orang kaya.
Dalam pada masa yang sama, kau seperti mahu membunuh lelaki tersebut dengan sebilah pisau mahu parang ataupun benda yang boleh membawa maut , dek kerana wajah Sehun yang tidak menunjukkan perasaan bersalah mahupun kisah akan diri kau ketika itu. Kau hanya mampu bersabar dengannya. Mahu tak mahu terpaksalah kau mengikut rentak langkahan kaki Sehun dihadapan, dengan dress yang masih tersarung dibadan kau dan amat menyusahkan segala jenis pergerakkan.
"Sehun, aku tanya kau nih.. ni rumah siapa ?" Tangan sehun dipegang erat oleh kau,supaya langkah sehun berhenti seketika. Mata dipandang tepat pada anak mata Sehun untuk meminta jawapan yang benar supaya tiada dusta belaka.
"Rumah .. aku" Dua patah perkataan yang terungkap di bibir Sehun membuatkan kau menjadi tertanya-tanya. Mana mungkin rumah sebergini dikatakan rumahnya. Rumah ini hanya layak diduduk oleh artis korea seperti pelakon hebat zaman sekarang Kim Soohyun , Rain , Kim Woobin , Lee Jongsuk , Park ShinHye .. dan banyak lagi.
Keadaan condominium itu membuatkan kau teringat akan babak dimana rumah Do minjoon dalam cerita yang sekarang kau gila melayan 'My Love Form The Star'. Akibat pengaruh drama yang terlampau banyak membuatkan fikiran kau pun dihasut dengan dialog mahupun storyline nya.
"Menipu ! Kau tipu ahh... kau saja nak campak aku kat sini kan.." dengan dahi di kerutkan , bibir dicebik sebagai tanda sekarang kau mengalami masalah dunia. Akibat ayat Sehun yang mengatakan bahawa condominium yang seperti rumah Do MinJoon ini membuatkan kau hilang kepercayaan buat lelaki tersebut.
Tanpa teragak-agak , jari runcing milik sehun ditekan tepat pada dahi kau, tanpa ada perasaan kasihan, di 'tunjai' kepala kau beberapa kali supaya ia menyedarkan kau bahawa tempat tersebut adalah kepunyaannya sendiri.
Memang benar condominium tersebut adalah miliknya. Dia sudah lama membeli dan jarang sekali datang melawat rumah tersebut. Sehun sudah mengatakan bahawa dia akan membawa isterinya sahaja untuk datang ke condominium ini. Ini kerana , Sehun menjangkakan dia akan berkahwin dengan idolanya iaitu Miranda Kerr . Tetapi sangkaannya meleset, dia dipaksa berkahwin dengan sepupunya sendiri yang masih muda darinya.
"For the last time I say... this house belongs to me my dear lovely wife ~" Selepas mentunjai kepala kau, tangan di masukan kedalam kocek kembali supaya menampakan elemen kekacakkannya disitu. Manakala tangan sebelah lagi, di tekan password rumah tersebut.
Bibir dicebik menahan marah dihati. Tangan digosok pada dahi kau yang merah akibat di 'tunjai' oleh Sehun sendiri. Pada kau, manusia itu tidak patut mencemarkan dahi kau yang suci itu.
"Rumah ni ada undang-undang" sebaik sahaja kaki kau melangkah masuk kedalam rumah tersebut, laju sahaja ayat dilepaskan dari mulut sehun. Kening kau terangkat sedikit sebagai tanda tanya.
Dalam hati sudah sumpah serana mamat poker tersebut. Baru sahaja kaki kanan kau jejak dalam rumah ini, terus sahaja diberikan peringatan dan amaran. Terasa seperti duduk di dorm yang diawasi ketat oleh warden.
YOU ARE READING
15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]
ספרות חובבים"Aku akan buat kau jatuh cinta,kepada ku walau kau tak cinta" Suami yang bersikap dingin? Mampukah hidup mereka bahagia seperti cerita novel dan Drama Romantik di TV? Lagi-lagi ibu sendiri tidak pernah menerima isterinya.. Orang selalu cakap, sayang...