Sehun sekarang terlantar di atas katil. Kedua manusia yang setia berada di sisi Sehun memandang dengan penuh sayu takala melihat Sehun sedang tidur dibuai mimpi.
"Unnie, kesian Sehun oppa...SeokMin...kesian tengok oppa sakit macam ni." sayu sekali ungkapan seokmin dengan matanya masih lagi memandang keadaan Sehun yang seperti orang koma 3 bulan.
Kalau ikutkan pengiraan yang dibuat oleh SeokMin, Sehun sah dijangkiti sejenis virus yang membolehkan manusia menjadi tidak bermaya, sakit sendi , pening , muntah , batuk serta selsema. Suhu badan pula semakin tinggi , panas badan Sehun membuatkan SeokMin menjadi risau.
Tetapi berlainan pula dengan manusia disebelah SeokMin. Gaya berdirinya tidak ubah seperti seorang polis melihat penjahat yang sudah meninggal dengan keadaan yang memang layak. Tangan didagu,kening dikerutkan seperti sedang memikirkan masalah negara yang kian maju kehadapan.
Jika diperhatikan dengan teliti, dan dikaji dengan berhati-hati. Manusia itu seperti tidak kisah dengan Sehun yang sedang terlantar sakit itu. Dalam fikirannya hanya satu persoalan iaitu kemana perginya oppa tersayang mereka serta angel buat kau sudah menghilang?. Selalunya, kalau sehun sedang sakit bergini yang paling risau ialah Luhan oppa mereka.
Pernah suatu ketika dahulu, zaman keganasan mereka dimana ia masih lagi diusia kanak-kanak .. Sehun pernah bergaduh dengan seorang lelaki yang sama umur dengannya atas sebab siapakah paling kacak , dan budak lelaki yang memukul Sehun itu menjawab dengan nada yang bersahaja bahawa appanya lebih kacak dari Sehun, mana mungkin sehun yang masih berusia 10 tahun kalah dengan seorang bapa yang berusia 38 tahun. Jagaan Luhan terhadap Sehun seumpama layanan bertaraf 10 bintang, dimana sehun hendak ke bilik air pun di pimpinnya sehun seperti patah segala jenis tulang,sedangkan Sehun hanya mengalami pendarahan dibibir sahaja,bergitu sayang sekali Luhan terhadap Sehun. Tetapi ini.. batang hidung Luhan tidak kelihatan termasuk la kau dari pagi tadi.
"Yahhh Unnie !!" jeritan SeokMin membuatkan manusia itu terjaga dari lamunan serta flashbacknya. Di pandang muka SeokMin seperti tiada apa yang sedang berlaku.
"waeyo?" Perasaan ingin membunuh muncul dalam diri SeokMin ketika itu, dipandang manusia yang bergelar unnie itu seperti bakal join sehun di atas katil itu sebentar lagi.
"Unnie tengah fikir.. mana pergi Luhan oppa. Bukan sepatutnya dia ada sini ? jaga Sehun oppa? " kata-kata ChenMi mematikan lamunan SeokMin yang sudah membuat aksi smackdown ala-ala The Rock pada manusia tersebut di alam imaginasinya.
"mwo ? Luhan oppa ?...tapi kan..unnie perasan tak ...yang.."
"Y/N pun tak ada ?" jawab ChenMi dengan senyuman sinis. Anggukan kepala SeokMin membuatkan ChenMi melangkah keluar dari bilik Sehun yang gelap tanpa sebarang lampu,langsir tidak dibuka bagi udara segar memasuki bilik itu. Bean Beg yang empuk di hadapan Tv diduduk oleh si kakak dengan senang hati. Gayanya tidak ubah seperti CEO yang gila kuasa dan bakal membuli pekerjanya.
"Diaorang pergi mana?" Persoalan SeokMin yang mampu menjadikan soalan itu sebuah karangan bertajuk penting diajukan,bertanya pada manusia yang sentiasa berada dihadapannya.
"Dating.."dengan tangan yang mengapai alat kawalan jauh di atas meja kecil sambil mulutnya menyebutkan perkara yang membuatkan SeokMin tersedak air liurnya sendiri.
"Uhuk...YAhhh !!! aishh eonni ! takkan la..." tertunduk sedikit kepalanya apabila mendengar ayat dating itu. Mana mungkin...
"Tanya orang kan? .. and that's my answer .." dengan lagak yang tenang, ChenMi hanya memandang kearah TV yang sedang menyiarkan sebuah drama dimana Lee DongWook menjadi heronya.
Satu tendangan hinggap di Bean Beg yang menempatkan ChenMi sedang asyik berfangirl maut dengan pelakon pujaannya Lee DongWook. Tendangan itu juga telah berjaya membuat tumpuan ChenMin beralih pada seorang manusia yang memilik aura kejahatan sedang tersenyum sinis memandang kearahnya sambil kening diangkat sebelah.
YOU ARE READING
15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]
Fanfiction"Aku akan buat kau jatuh cinta,kepada ku walau kau tak cinta" Suami yang bersikap dingin? Mampukah hidup mereka bahagia seperti cerita novel dan Drama Romantik di TV? Lagi-lagi ibu sendiri tidak pernah menerima isterinya.. Orang selalu cakap, sayang...