BAB 17

6.5K 400 3
                                    

Pintu rumah di buka. Keadaan dalam rumah yang kelam amat menyukarkan dua orang manusia itu bergerak dan terpaksa bertolak-tolak. Suis lampu ditekan bagi membolehkan cahaya menerangi kediaman itu.

"Akhirnya !!!! Cerah~ apalah yang Y/N buat sampai tak buka lampu. Kalau nak buat save world pun agak-agak lah...Sehun Oppa !! Your lovey sis dah balik... Sehun oppa..."Jeritannya berkumandang diseluruh rumah. Langkah mula diatur menuju ke ruang tamu berharap dapat menemui si abang yang tercinta.

"Yahh SeokMin, janganlah jerit.. malam-malam macam ni pun nak jerit ka? Eishhh budak nihh" Luhan yang sudah selesai menguruskan hal depan seperti menutup pintu serta menguncinya terus berlari mendapatkan si adik yang sudah berhenti di ruang tamu.

Akibat suasana yang suram amat menyukarkan pandangan Luhan. Lampu berdiri yang selama ini menjadi haisan ditekan suisnya supaya bernyala dan memenuhi ruangan itu.

"Seok..Min" kata-kata Luhan terputus sebaik sahaja lampu berdiri itu bernyala dan menerangi ruang itu, matanya tertumpu pada dua susuk tubuh yang sedang dibuai mimpi.

"Oppa...diaorang tidur..." Kali ini SeokMin terpaksa bercakap dalam nada yan bergitu perlahan kerana tidak mahu bangunkan dua orang manusia itu.

"berpelukan..." akhirnya ayat yang membuatkan Luhan berubah wajah kini telah disebut oleh SeokMin dengan wajah yang bersahaja.

Tanpa banyak bicara , Luhan terus sahaja menuju kearah dimana Sehun sedang memeluk kau di dalam dakapannya. Entah mengapa hati luhan menjadi sakit takala melihat aksi itu. Di angkat kau dengan perlahan supaya tidak membangunkan kau, SeokMin hanya mampu menjadi pemerhati sahaja kelakuan Luhan yang sudah mendukung kau dan menuju ke bilik kau .

"Oppa... Sehun oppa..." digoncang badan Sehun dengan perlahan,wajah pucat sehun dipandang dengan sayu, rasa kasihan mula terbit takala melihat wajah sehun.

Dengan rambut yang baru bangun tidur dengan wajah yang masih mamai, dipandang wajah si adik yang sudah duduk memandang kearahnya dengan pandangan yang sayu, digosok perlahan rambutnya .

"Mana Y/N?" perkara pertama yang di soalkan buat si adik ialah kemana perginya kau. Setahunya kau yang tadi berada di dalam dakapannya sudah hilang. Di pandang wajah si adik untuk memberikan jawapan kemana perginya kau.

"Luhan oppa..." seperti Sehun dapat menagak apa yang ingin disampaikan oleh SeokMin, kepalanya di tundukkan tanpa menunggu ayat seterusnya, kaki melangkah malas menuju kearah biliknya tanpa menoleh kearah si adik.

________________________

Mata dibuka memandang kearah sebelah kerana hembusan nafas manusia itu menganggu tidurnya. Entah kenapa hatinya bergitu tenang takala melihat wajah manusia yang sedang dibuai mimpi dalam keadaan duduk bersimpuh dan berlapikan tangannya. Badan di angkat sedikit bagi memudahkan segala pergerakannya, entah apa yang berlaku terhadapnya , dia seperti dirasuk oleh sesuatu makhluk aneh , pipi manusia itu diciumnya dengan perlahan.

Senyuman tergaris diwajahnya apabila melihat manusia tersebut bergerak sedikit akibat perlakuannya dalam keadaan mata tertutup. Perlahan-lahan di angkat tubuh manusia itu dan diletaknya perlahan-lahan kembali pada sofa dimana dia di ganggu lenanya.

Kepala manusia itu, dilapikkan dengan tangannya sendiri supaya keadaan manusia itu benar-benar selesa. Entah kenapa ia merasakan manusia yang sedang dibuai mimpi itu sungguh bernilai, sedangkan ia amat bencikan

manusia itu.

________________________

"Sehun..." pintu dikuak , nama pemghuni bilik itu disebut dengan perlahan. Sepasang mata memandang tepat kearah manusia yang sedang memanggil namanya.

"Hyung...?" Buku yang menjadi pembacaannya diletakkan disebelah dan mengubah posisi supaya lebih selesa dia memandang wajah empunya manusia dihadapannya. Langkah si abang menuju kearah Sehun dan mengambil tempat di hujung kaki Sehun, dilabuhkan punggungnya . Mata rusa memandang Sehun seperti meminta jawapan yang selama ini dia menunggu.

"Kenapa Hyung ?" Soal Sehun dengan lembut, muka poker masih dikekalkan , keluhan Luhan kedengaran . Sehun seperti dapat menagak apa yang sedang bermain di dalam fikiran hyungnya.

"Hyung, Luhan hyung hujung minggu ni kita balik rumah ahli sihir . Hal-abeoji ada benda nak bincang." Tanpa ada sebarang perasaan Sehun berkata.

Wajah Luhan berubah, di anggukan kepalanya dengan perlahan , tangan sehun dicapai dengan perlahan. Dengan senyuman terukir, tangan adik di genggam dengan perlahan menyalurkan kasih sayang seorang abang buat adik.

"Sehun nak makan ? Hyung ada buatkan bubur" Sehun menanggukan

kepalanya takala mendengar Luhan membuatkannya bubur. Dia benar-benar rindu akan masakan hyungnya.

Senyuman mula terbit diwajah Luhan, Tangan adik yang digenggamnya kini ditarik dengan perlahan supaya mengikut langkahnya. Sesampai sahaja di dapur, tanpa menunggu Luhan menjemput dirinya duduk, Sehun sudah membuat sesi melayan diri, pantas diambil mangkuk yang tersedia di atas meja, dicedoknya bubur yang masih lagi panas masuk kedalam mangkuk tersebut.

Tanpa mempelawa si abang,mahupun mengucapkan terima kasih, pantas disuapkannya bubur tersebut kedalam mulut dengan penuh berselera. Si abang yang hanya memerhati tersenyum takala melihat si adik yang menjamu selera dengan masakkannya. Senang sungguh hatinya memandang wajah si adik bersemangat kembali.

"Hunnie.. kita pergi sungai han nak ?" Mendayu dayu sekali suara Luhan. Entah

mengapa dia merasakan percakapanya itu bakal membuatkan sehun bersetuju dan seperti disangkakan, Sehun menangguk dan bersetuju dengan cadangan Luhan.

"Hunnie tunggu ye, Hyung pergi bersiap" seronok bukan kepalang lagi, berlari anak dia menuju kebilik utuk menukar pakaian. Malam-malam bergini dirasakan elok untuk dia menghabiskan masa bersama si adik.

________________________

Angin yang bertiup pada pada malam itu sungguh nyaman dan sejuk, pemandangan yang mempamerkan sungai yang sentiasa menjadi tarikkan umum buat pelancong luar kerana sejarah sungai tersebut. Dua manusia yang sedang menikmati pemandangan malam itu tidak mengeluarkan sebarang suara, masing-masing diam seribu bahasa.

"Sehunnie.." lembut sahaja suara Luhan menyapa. Di pandang wajah si adik di sebelah dengan teliti. Sehun yang di sebelah tidak langsung membalas sapaan Luhan seperti selalu. Tangan dimasukkan kedalam poket jaket, bibir sedikit mencebik kehadapan menunjukkan bahawa dia sedang berada dalam delima.

"Hyung nak hunnie jujur dengan hyung.." sekali lagi soalan diajukkan. Sehun yang tadi mencebik akhirnya berjaya merespon apa yang dikatakan oleh Luhan sebenar.

"Hunnie suka Y/N ?" kini Luhan memandang wajah Sehun disebelah, bagi meminta kepastian dari mulut Sehun sendiri. Bibir di gigit , otak mula berkerja dengan kuat supaya dia dapat mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan buat Luhan.

-To Be Continue-

Author : Hye my readers... first , saya ingin memohon kemaafan di hari yang indah ini. Kerana saya bakal jarang mengupdate ff.. segala jenis ff.. kerana saya bakal mensibukkan diri di sekolah *tnduk kepala* Semester 1 memang la honeymoon buat budak form 6, tapi not me lah... huishhh kena kasi lulus itu exam ahhh... so klu update pun hari cuti mahupun di dalam tiada kerja. Cuti-cuti macam tuh insyallah saya bakal update .. Maaf yerr readers... klu saya tk update tuh, usah di bebelkan... hahaha... apa2 pun .. disini readers mana bersekolah di penang, di SMK Abd Mushi ? Memang x dk -_-" heee.. klu hado.. harap kita boleh jumpa yerr... huwaaa , mmber aku smua balik naik vromm vromm aku sorg balik naik bas T.T ~ Itu ja bebelan dari ku.. dan menantilah dgn pnuh kesabaran yerr

15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now