BAB 9

6.7K 450 6
                                    

Angin yang bertiup pada awal pagi sememangnya mendamaikan serta sejuk Cahaya mentari yang berjaya menebusi kain langsir dan mengenai tepat kearah mata kau. Kau yang mula terpisat-pisat mengosok mata sambil menarik selimut sehingga menutup keseluruhan tubuh kau. Seolah-olah kau tak mahu sinaran mentari itu menganggu tidur kau.

Mata seseorang leka memandang kearah kau yang sedang enak membungkus diri dalam selimut, mengamit sahaja kelakuan kau yang pelik. Kesabarannya sudah lama ditahan, bibirnya di ketap menahan geram. Tanpa membuang masa, langkah diatur menuju ke arah katil yang menempatkan kau. Digoncang badan kau dengan kuat tanpa ada sedikit perasaan kasihan, badan kau dibuatnya seperti anak patung yang gebu baru dibeli olehya dan sekarang dia cuba untuk melepaskan geram.

"Bangun ~" suara garau yang bernada agak sexy itu menyapa gegendang telinga kau. Tetapi seperti biasa kau tidak pernah melayan itu semua. Mata kau masih lagi terpejam dengan rapat, suara itu seperti dibawa angin dan kau malas mahu melayannya. Digunakannya segala jenis usha untuk membangunkan kau,tetapi masih tidak berjaya.

Dengan itu, tubuh manusia yang mengejutkan kau terpaksa menggunakan segala kemampuannya dengan rela. Dibawa tubuhnya menghampiri kau, dengan satu tolakan sahaja,tubuhnya turut berada diatas katil itu bersama-sama dengan kau. Kau yang masih belum sedarkan diri itu menyangkakan manusia itu adalah bantal peluk yang empuk. Ditarik tubuh manusia itu kedalam pelukan kau,maka manusia itu sudah berada didalam dakapan kau. Manusia yang ingin mengejutkan kau sekarang hanya mampu terkebil-kebil. Jantungnya tidak berhenti mengepam darah diseluruh badan. Peluh mula terbit di dahinya, walaupun didalam bilik itu suhunya sederhana sejuk.

"Fuhh...Relax..relax....dia peluk ja" nafasnya kini juga tidak teratur apabila hembusan nafas kau mengenai lehernya. Entah kenapa dia rasa seperti tidak mahu, kau lepaskan pelukan itu. Hatinya senang bila kau memeluknya.

"Okey, dia sekarang main kasar pula" Tangan kau mula menjalar kearah muka manusia itu.

"Yahh...Johnny Depp hidung kau kenapa mancung ?" selamba sahaja kau menarik hidung milik manusia itu.

Bibir manusia itu digigit menahan geram dengan kelakuan kau yang sewenang-wenang telah mencemari tubuhnya.. Tanpa teragak-agak, pipi kau yang gebu itu turut di cemari olehnya dengan sebuah ciuman. Mata kau terbuntang luas apabila merasakan sesuatu yang hangat melekap di pipi kau. Dengan itu juga...

"MAKKK !!!!" hanya satu tolakkan serta tendangan, manusia yang tidak berdosa itu jatuh bagaikan buah nangka busuk dibawah.

"kenapa Y/N?" satu susuk tubuh berjaya memasuki ruangan bilik tidur yang besarnya sederhana. Matanya tertacap kearah manusia yang sudah jatuh dibawah katil itu.

"Sehunnie ? kenapa kamu duduk dekat bawah ? Dalam bilik ni.. kamu buat apa? Bukan kamu kata nak pergi tandas ? Yang kamu Y/N kenapa macam lepas kena..." belum sempat manusia itu menghabiskan ayatnya.

"Oppa~ Luhan Oppa... sini tolong ChenMi !! tak payah nak lari.. sini..." arah ChenMi yang suaranya terpaksa di jerit bagi memanggil abang tercintanya.Dengan muka yang mencebik, langkah diatur menuju kearah si adik yang sudah terpekik bagaikan tarzan di hutan memanggil haiwan berkumpul untuk melakukan satu rompakan bersenjata. Ditinggalkan kau bersama Sehun di dalam bilik itu, tanpa menunggu jawapan dari kau.

Mata kau yang masih lagi terbuntang luas, memandang kearah susuk tubuh yang sudah mengosok pinggang nya, mungkin akibat terhentak kuat dengan lantai.

Pandangan tajam diberikan oleh Sehun buat kau yang sudah menutup keseluruhan tubuh dengan selimut. Pinggang yang sakit itu digosok sekali lagi dengan kuat. Berkerut-kerut wajah Sehun menahan pedih pinggangnya, seolah-olah pinggangnya retak.

"Sa-sapa suruh kau cium aku ! padan muka" dijelirkan lidah buat Sehun. Walaupun Sehun belum lagi mengeluarkan kata-kata pedasnya. Mengikut perasaan kau, sebelum lelaki yang bernama Sehun ini memulakan debatnya, lebih baik kau memulakan dahulu, sebab lelaki itu jatuh adalah kerana dia telah mencemari pipi kau dengan mulutnya yang berpuaka itu.

Dengan senang hati Sehun merangkak naik diatas katil , matanya masih lagi memandang kearah kau. Senyuman sinis diberi buat kau,muka kau ketika itu usah dikata sememangnya takut dengan kelakuan Sehun.

"Sapa suruh kau tak bangun lagi chagiya? Dah la tidur katil I..sekarang chagi nak jual mahal pula dengan I ? I baru sahaja cium pipi chagi,chagi dah marah.. belum lagi I kisss your lips.." Mengoda sekali suara Sehun ketika itu, tidak cukup dengan suranya digigit bibirnya bagi mengeluarkan elemen ke sexy-annya.Ia sudah cukup untuk buat kau terdiam dan terkebil-kebil memandang kearah Sehun. Kau seakan-akan tidak percaya dengan kelakuan Sehun. Dimana sikap angkuhnya,kenapa tiba-tiba dia bertindak sedemikan rupa. Adakah kerana effect sakit pinggangnya yang telah merosakkan saraf otaknya.

Air liur ditelan dengan payahnya, tubuh sehun semakin lama semakin hampir dengan kau. Keadaan kau ketika itu seperti bakal dirogol tidak lama lagi. Mata di pejam dengan rapat. Selimut ditarik menutupi keseluruhan tubuh kau, termasuklah muka kau. Keadaan kau cukup mengelikan hati Sehun.

"Hahaha.. Sengal . Dah bangun, mandi ! aku nak kemas bilik aku nih. Malam ni kau tidur dekat bilik yang depan aku tu" di tarik rambut kau dengan perlahan, tetapi ada juga rasa sakitnya terhadap kau. Dibuka perlahan selimut itu untuk memandang Sehun. Mata kau sekali terbuntang luas apabila melihat Sehun dengan selamba dia membuka t-shirt kelabu yang dipakainya. Matanya masih lagi memandang kearah kau. Bibir sehun digigit bagi menunjuk aksi mengodanya. Dengan cepat kau menendang selimut yang menutupi tubuh kau, dan berlari keluar dari bilik itu.

Helaian tawa milik Sehun sudah memenuhi ruang bilik itu, tetapi cukup untuk kau dengar.. walaupun tawanya perlahan. Bibir kau sudah dimucungkan. Sengal ! itu yang berada dalam fikiran kau, Sehun Sengal ! dengan senang kau menamakan lelaki itu dengan nickname Mr.SS , Mr.Sehun Sengal.

_____________________________________

"Lena sungguh Y/N tidur semalam..sampai Seokmin kejut pun, Y/N tak bangun" kata-kata SeokMin membuatkan kau tersembur. Kalau kau lena tidur semalam, siapa yang angkat kau ? Tak mungkin kau tidur berjalan.

"Sampai Sehun oppa kena dukung. Comel ja SeokMin tengok Y/N semalam. Peluk leher Sehun oppa..dah tu siap mengigau lagi" Kali ini kau seperti mahu menagis apabila mendengar jawapan yang menjadi persoalan didalam benak kepala kau. Kau yang curi-curi memandang Sehun yang enak menjamu selera di sebelah luhan itu,muka poker Sehun yang tiada perasaan itu di tunjukkan. Seolah-olah Sehun tidak mahu mengambil tahu dengan perbincangan itu.

"Sehunnie~ Sehunnie~ jangan tinggal saya" maka itu tersembur la segala jenis makannya yang berada didalam mulut Sehun. Sehun seperti tidak menyangka yang adiknya sanggup membuat aksi yang sebergitu. Aksi dimana kau mengigau di dalam dukungannya semalam.

Kau yang sudah cuba untuk berselindung dengan pinggan kosong ditarik oleh ChenMi dengan senyuman terukir dibibirnya.

"Y/N blushing~" ChenMi dan SeokMin sudah ketawa terbahak-bahak dengan kelakuan kau yang kalut apabila dimalukan. Mereka memang sudah lali dengan peragai kau yang sememangnya menjadi tidak tentu hala bila dimalukan. Dengan itu, makanan yang terhidang diatas meja tidak lagi dihiraukan oleh mereka, mereka hanya mahu mengusik kau dengan senang hati .

-To Be Continue-

Author : Haiiii sudah lama kita tidak ketemu wahai readers ff HunHan ~ xD Sempena hari tua pelakon drama ini, saya telah berbesar kepala ingin update ff ini. Huishhh selepas bertapa selama 2 bulan dengan lagu-lagu comel seperti Barney serta lagu kanak-kanak . Akhirnya berjaya juga mencapai hajat readers untuk membaca ff ini. Saya juga berbesar telinga dan hati bila membaca comment manis dari korang *menagis terharu peluk barney* Tak sangka ada juga readers yang tidak menjadi hantu~ (maksud hantu tu, baca tnpa vote) Sorry sebab tak balas comment korang~ Tapi jangan fikir saya seorang menyombong... try chat tengok, baru tahu saya sombong or gila-gila xD tapi selama nni belum dengar lagi manusia yang chat dengan saya masuk wad gila. Hahahaha... so ~ next chapter tunggu lagi sebulan ahahahaha.... *joke je lah* tunggu dalam masa 3 hari ... Sehun ! Happy birthday !!! *buat mcm dia bca apa yang aku tulis nih -_-* peace ~

ID: khaikhairina31 | IG: real__suamikucapang61

15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now