BAB 10

6.9K 400 8
                                    

Suasana didalam rumah yang bising dengan segala jenis mulut berbunyi kini sunyi sepi, bagaikan rumah itu baru sahaja dilanggar tornado. Hanya kelihatan dua jejaka yang sedang enak menikmati sinaran mentari di luar rumah, mereka berdua tidak lah berjemur hendak membakar kulit mereka, mereka hanya berbaring di atas kerusi, dibawah payung yang besar. Kedua-dua jejaka itu hanyalah berseluar pendek serta bersinglet,berkaca mata hitam dan bertopi.Mereka berdua memakai baju yang serupa, tetapi tidak melakukan perkara yang sama. Seorang sibuk memetik gitar,dengan cermin mata hitam diatas topi, seorang lagi sedang berbaring (menirap) dengan cermin mata hitam tersarung diwajahnya. Mukanya dikalih memandang kearah manusia yang sibuk memetik gitar mencari cord tempo yang sesuai.

"Hyung ~" manja sekali bunyinya memanggil si abang yang sibuk meneliti gitar. Panggilan si adik tidak pernah dia tidak layan. Di pandang muka si adik dengan mulutnya sedikit mencebik kerana sudah 3 minit berlalu dia tidak dapat lagi mencari cord tempo di gitarnya.

"Hyung nak main gitar?" soal si adik sambil membetulakn kedudukannya dan berbaring dalam posisi yang betul. Tangan disilang di bawah kepala. Matanya masih lagi memandang ke arah si abang, walaupun terselindung dengan cermin mata hitam.

"Tak, hyung nak campak gitar ni dekat Hunnie~" kedengaran nada suara si abang sedikit geram dengan soalan si adik.

"Cis... hyung~ hyung nak main lagu apa?" sekali soalan diajukan kepada si abang dengan wajah yang selamba.

Kesabaran Luhan sudah sampai kepuncak gunung berapi, tetapi ditahan sahaja supaya tidak meletus. Kadang-kadang sikap penyayang Luhan boleh berubah mejadi sikap yang mengerunkan. Ditarik nafasnya sedalam-dalam yang boleh sebelum memulakan bicaranya dengan si adik.

"Sehunnie~ tak nampak hyung sekarang tengah mencari cord gitar? SABAR ye" Sedikit ditekan di perkataan sabar , supaya si adik mula memahami apa maksud sabar.

Muncung ditarik sebagai tanda protes kerana si abang tidak melayan. Topi dibuka dan menutup kesuluruhan wajahnya. Tangan berpeluk tubuh sebagai menunjukan tanda protesnya terhadap si abang. Tetapi si abang seperti tidak memperdulikan kelakuan adiknya.

"Yes !!!" dengan senyuman yang terbit di bibir Luhan, sekali lagi tidak menarik minat Sehun. Rajuk Sehun sememangnya comel dimata Luhan tetapi gedik dimata kedua adik perempuan mereka. Luhan tersenyum kerana dia berjaya menjumpai cord yang sesuai. Luhan memandang Sehun yang masih lagi menyembunyikan mukanya didalam topi itu , tersenyum.

Dipetik gitarnya sambil mengoyangkan sedikit tubuh kekiri dan kekanan. Sehun yang sedang membuat rajuk tak lakunya itu mula memandang Luhan yang sedang enak menikmati petikan gitarnya. Sehun mula mengubah kedudukannya, dipakaikn semula topi dan tanganya masih lagi berpeluk tubuh. Mulut dimuncung sambil memandang Luhan disebelahnya.

*Wo cong qian bu xiang xin

Zhuo muo bu ding de ai qing

Na tian de gu shi xiang cheng shi chuan qi

Ye xu shen de an pai

Rang wo zhong yu yu jian ni

Ni shuo yao yi dian shi jian kao lv

Wo hen yuan yi ba xin kuai di gei ni

Ni rang wo ba dui ai de mi bian cheng jue xin"

(In the past I never believed,

Understood uncertain love

The story of that day is like an urban legend

Perhaps it was the work of god

Allowing me to finally encounter you

15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now