BAB 19

5.3K 376 16
                                    

Tangan di ketuk di atas meja dengan mata tajam merenung kearah manusia di hadapannya. Yang pasti manusia itu juga membalas renungkan tajam tersebut dengan pandangan yang bersahaja dan seperti tidak bersalah.

"Kau cakap , kau tak setuju" dengan gaya yang acuh tidak acuh itu, terbit kata-kata yang bergitu mendalam maksudnya.

"Kenapa aku pula ? Dengar sini ye wahai Mr.Poker Face , awak lelaki kan.. so awak la yang cakap" tangan berpeluk tubuh sambil mulut terjuih kehadapan bagi menunjukkan kata-katanya ada benar. Mengikut dari kajian yang dibuat melalui rancangan drama-drama korea serta fanfic yang kadang-kadangnya di baca , seharusnya lelaki yang patut bersuara dan menegakkan keadilan. Bukan dirinya yang patut bersuara itu.

Sedikit muncung bibirnya setelah melepaskan apa yang patut dilepaskan. Wajah lelaki dihadapanya itu tidak langsung di pandang, tetapi yang pasti wajah lelaki itu sudah menayangkan poker face yang selalu menjadi punca mukanya dalam keadaan kacak tanpa disedari.

"Aku cakap kau ! So kau ! Muktamad !" Tepukan meja yang kuat membuatkan gadis yang dikenali sebagai kau terdiam seribu bahasa, tiada lagi balasan dari kau. Bagi kau keadaan lelaki itu seperti dalam keadaan terdesak sekali. Nafas ditarik sedalam yang boleh oleh kau dan dipandang wajah lelaki yang bernama Sehun itu dengan pandangan yang boleh membunuh.

"Aku tak mahu ! Kau cakap ! Titik ! Noktah ! Muktamad !" Dan meja yang tidak berdosa itu, ditepuknya oleh kau dengan kuat, membuatkan Sehun terdiam dan menyadarkan tubuhnya kebelakang, Sehun juga dalam keadaan tidak percaya yang kau boleh melawan cakapnya.

"Sekali lagi kau paksa aku cakap, memang wajah kau..aku pecahkan" ugutan yang seperti kanak-kanak ajak bergaduh itu kau lepaskan buat lelaki yang bernama Sehun , seperti yang di mentionkan oleh dua adik beradik itu 'Tunang' perkataa itu pun membuatkan kau seperti mahu muntah,apatah lagi kau mahu menyebutnya. Tetapi Sehun bukanlah 'tunang' yang selama ini kau idamkan, dia hanyalah 'Tunang' paksaan oleh seorang datuk yang berharap kau dijaga oleh lelaki yang bernama Sehun.

"Hee.. kau ingat aku takut dengan ugutan kau?" Senyuman sinis tergaris sedikit diwajah milik Sehun. Kau yang sudah berdiri dihadapanya hanya memandang dengan pandangan menyampah, benar kata orang ramai iaitu ChenMi . Yang mengatakan Sehun akan kelihatan jahat semasa dia sedang berkata dalam keadaan sinis dengan senyuman yang menakutkan.

Kau yang menjeling melihat aksi sehun yang kelihatan jahat itu mula berjalan dan berniat untuk melarikan diri daripada manusia itu, kau yang baru memulakan langkahan pertama untuk meninggalkan lelaki itu, terasa seperti sesuatu menarik lengan kau kembali disitu dengan kasar dan menyebabkan kau terduduk diatas lelaki yang bernama SEHUN.

"Kau tak mahu, aku tak nak paksa.." rambut kau yang sengaja kau lepaskan itu, dibelai lembut oleh sehun.

"Tapi yang jelas..kau akan tersesak nanti little girl" kini tangan sehun beralih pada wajah kau. Dengan senyuman sinisnya itu membuatkan semakin tidak tentu arah. Yang pasti kau seperti mahu menghumban lelaki itu kedalam lautan hindi.

______________________________________

"Arghhhhhh!!!! Orang kata nak gaya princess"

Suaran jeritan itu membuatkan kesemua manusia dihadapannya menayangkan wajah poker . Hendak di tampar takut bisu pula, jadi terpaksa mereka menayangkan wajah yang sebergitu.

"Sekarang siapa yang nak kahwin?!" Seorang lagi manusia menjerit disitu. Suasana disitu tidak ubah seperti di pasar malam.

"Sudah-sudah kita tanya bakal pengantin yee" kini mata pereka fesyen yang wajib mengambil alih hal baju perkahwinan itu mula memandang kearah kedua manusia yang masih tiada perasaan mahu memilih sebarang baju.

"Perlu ka baju kahwin ni?" dengan lagak yang sombong , pandangan yang bersahaja di pandang manusia itu.

"Mr..Yoon" nama pereka fesyen itu di tekankan sedikit. Dengan wajah poker nya dia tunjukkan. Kaki di silangkan seperti sseorang bos bakal menghukum pekerjanya.

"Oppa ! Oppa wajib pakai baju kahwin ! sebab... oppa kan nak kahwin~ Kahwin ni tak boleh bawak main okey. So tema princess !" Tanpa teragak-agak dia memaksa si abang untuk mengambil tema kesukaannya, seolah-olah dia yang bakal melangsungkan perkahwinan itu.

"No ! SeokMin tanya ni, siapa yang nak kahwin ? Unnie ? ke Sehun Oppa ?" kata-kata Seokmin membuatkan si kakak itu memberhentikan selakan buku yang mengayakan apa yang dia mahu selama ini.

"Sehun oppa..." ditundukkan sedikit kepalanya dan tangan mula bermain di bucu bantal kecil yang selama ini menjadi hiasan di situ.

"So... Sehun oppa pilih, kita berdua datang sini teman saja" dengan itu badannya sudah kebelakang , menyandarkan tubuhnya. Sudah seharian dia terbongkok-bongkok melihat buku yang menjadi topik utama pada hari itu.

Mata Sehun kini beralih pada diri kau yang sedang melihat majalah hiasan rumah. Kaki panjang milik Sehun sudah mula gatal, di tendang kaki kecil kau dengan perlahan. Dalam erti kata lain, Sehun malas mahu melihat pakaian yang sememangnya bukan menjadi cita-citanya untuk dipakai. Dia sudah mual takala melihat gaya pereka fesyen itu tergedik-gedik apabila memandang kearah kau.

"Awak nak konsep apa ?" Soalan kau membuatkan Sehun mula memandang dengan pandangan yang kurang percaya. Mana pergi suara kasar kau takala bercakap dengannya.

ChenMi serta SeokMin turut terkejut, seolah-olah kau yang dipandang oleh mereka sedang dirasuk. Mata kau yang tadi mula memandang buku kini beralih pada Sehun yang masih dalam posisi yang sama, kecuali wajahnya sahaja berlainan. Tidak lagi menunjukkan 'poker face' .

"I don't really care" Endah tak endah saja jawab si tuan empunya badan. Dia terus mengeluarkan teefon pintarnya dari poket seluar dan dibelek-beleknya.

"So, Mr.Yoon Let's hear your suggestions" Dengan itu, Mr.Yoon mula mula mengeluarkan list apa yang dia sudah cadangkan buat pasangan pengantin itu. Pandangan tajam Sehun, kau endahkannya. Yang peting kau perlu mendengar apa yang pereka fesyen tersebut bebelkan.

"So.. how ?" kening di angkat sebelah sambil memandang ke arah kau yang masih lagi menolopong takala mendengar tema perkahwinan yang menjadi ikutan zaman kini. Wedding of the year ? Beach ? Garden ? Fairy Tale ? Traditional ? . Otak kau sudah mula pening apabila mendengarkan setiap cadangan yang di cadang oleh Mr.Yoon

Sehun yang tadi membelek-belek telefon pintarnya mencuri pandang kearah kau yang sudah memicit bahu kanan kau. Sehun terpaksa menyembunyikan senyumannya kerana takut diperasaan oleh dua manusia penyibuk itu. Sedangkan manusia berdua itu sedang sibuk malayan diri.

"I want... Garden" Kau mula memandang kearah pemilik suara itu dengan pelik. Tadi beria-ria dia melepaskan kesemua tekanan kepada kau, dan sekarang dia dengan sendiri mencadangkan.. Bibir diketap menahan geram, pandangan yang kau bakal membunuhnya sudah dilancarkan. Senyuman derp Sehun membuatkan lagi kau menyampah mahu memandangnya.

Apabila melihat Mr.Yoon sudah tersenyum dan mula mencatat apa yang patut dia lakukan nanti membuatkan kau menghela nafas lega. Beban berat sudah terlepas, kini mata kau terpandang dua susuk tubuh manusia yang sememangnya bising itu sedang tidur nyenyak. Patutlah sunyi semacam sahaja, rupanya mereka sudah berpesta di alam mimpi.

"Baik ! So tema untuk majlis korang berdua ni, Garden.. Baju pula..." belum sempat Mr.Yoon menghabiskan ayatnya, sekali lagi suara sumbang berkumandang.

"White, I really want my beautiful girl with white dress.." Kali ini kata-kata Sehun membuatkan wajah kau mula memanas. 'Beautiful Girl' alahaiii...

"Okey White dress... bila nak pergi lihatnya ? sekarang?" kata-kata Mr.Yoon membuatkan kau kembali dalam keadaan asal, cuma pipi kau sahaja kelihatan merah sedikit.

"Later.. Nanti saya akan pergi berdua dengan dia." Mata Sehun tidak lekang dari memandang kau yang sudah seperti cacing kepanasan. Bibir sehun sudah tersenyum takala melihat kau yang tiba-tiba sahaja mengambil buku di atas meja dan mengipas diri sendiri.

-To Be Continue-

15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now