Kau teleng kepala ke dinding putih , Ke siling , putih . Kali ini matanya turun sedikit, ke arah langsir yang berwarna putih juga tapi kali ini ada sedikit tompok hitam. Dinding putih , siling putih , langsir putih bercorak tompok hitam. Okey, cukup lima kali kau menganalisi benda yang sama selama seminit tercongok di dalam bilik.
"Ough ! Bosan gila !!!" Laju kaki kau menuju ke ruang tamu.
"Aku nak kerja!" Kau menguis paha Sehun yang duduk di tengah sofa, bagi isyarat agar menepi sedikit ke kiri agar kau dapat duduk.
"Kerja apa?" Sehun berganjak sedikit ke tepi dengan matanya di skrin komputer riba. Punggung kau bukan besar mana pun nak bagi ruang banyak-banyak.
"Kerja apa-apalah" Hati kau sedikit terkilan dengan sikap Sehun yang tidak memandang wajah kau. Bukan susah mana pun , pandang jelah wajah kau sememangnya comel (kau sendiri mengaku bahawa kau lah paling comel buat masa sekarang)
"Kat mana?" Laju saja jarinya menari di atas papan kekunci komputer ribanya. Kerja yangnbertimbun di pejabat terpaksalah dia bawak pulang ke rumah.
"Kat mana-mana jelah"
"Dengan siapa?"
"Dengan siapa-siapa jelah"
Sehun mula geram dengan jawapan ya g diberi oleh kau. Dikalih memandang kau yang sedang tersengih.
"Kau sebenarnya dah decide ke belum nak kerja apa ni?"
"Belum" kau hanya mampu tersengih tayang gigi (Berkat mengosok gigi 3 kali sehari telah membuat gigi kau menjadi idaman Sehun dan dia cuba untuk mendapat gigi seperti kau)
"Tak payah kerjalah"
"But.." kau sedaya upaya untuk membantah.
"Bukan aku tak cukup duit nak kasi kau makan. Setakat badan keding ni makan, dua tiga kilo beras sebulan pun dah cukup"
Mata sudah juling naik ke atas , menyampah dengan cara percakapan Sehun yang seperti mengutuk kau. Terpaksa di tahan supaya kau dapat berkomunikasi dengannya lebih terperinci lagi akan isu tersebut.
"Kau ... "
"Aku apa ? Handsome ? Thanks .. tapi sekarang aku busy nak layan kau..kasi aku habis kerja dulu yaa"
Bibir kau sudah membuat senaman. Terherot-herot kau menyumpah serana Sehun yang sudah ketawa. Bagi kau lawan mulut dengan Sehun bakal membuatkan hidup kau menjadi sengal sepertinya sahaja.
____________________________________________
Luhan melihat suasana di dalam studio tersebut dengan perasaan yang kosong . Fikirannya jauh melayang memikirkan sesuatu.
"Lu..."
"Aku rasa bersalah dekat Sehun" sedikit kundur suaranya.
"Kau rasa apa ? bersalah ? aku pelik dengan kau. Masa jumpa dengan dia kau 'pura-pura' tak kenal. Sekarang kau rasa bersalah? kau ingat ini drama?" soal Jackson dengan tidak puas hati.
Luhan hanya mampu mendiamkan diri. Tidak berani dia mahu membunyikan sebarang suara pada ketika itu. Terasa seperti dia baru sahaja membunuh manusia (Sedangkan bagi Jackson dia baru sahaja membunuh seekor nyamuk.)
"Aku nak keluar" tiga ayat yang membuatkan Jackson mahu meletop dengan serta merta. Wajah merahnya tidak dipandang Luhan, bagi Luhan wajah Jackson pada ketika amatlah buruk. Ianya bukan kerana dia takut akan wajah Jackson tetapi mengikut kajian yang telah dibuat sepanjang dia bersama dengan lelaki tersebut, amatlah buruk apabila Jackson mengeluarkan aura kemarahannya. (Ini kerana wajah Jackson amatlah buruk pada penglihatan Luhan.)
"Asal cakap merajuk ! bawak diri ! sesat aku tak tahu! pandai-pandai lah kau hidup Luhan !" Segala kata-kata 'pujian' keluar dari mulut Jackson. Indah sekali bahasanya pada ketika itu walau kedengaran kurang harmoninya.
Setahu Luhan, dia membesar di Korea pada zaman dahulu kala, mana mungkin dia akan sesat. Segala mitos yang digambarkan oleh Jackson hanyalah dusta berlaka.
__________________________________________________________
"Luhan oppa?" lembut sekali suara yang memanggil Luhan di gegendang telinga miliknya. Mata yang terpejam akibat keletihan dibuka separa sedikit untuk melihat siapakah gerangan milik suara tersebut.
Matanya terpaku melihat akan susuk tubuh dihadapannya. Dengan nafas yang tidak terkawal, seluruh badannya mengeletar kerana dia dengan jelas dapat mengenali akan susuk tubuh dihadapannya.
"Y/N.."
"Oppa..ini Luhan oppa?"
Comel ! dengan wajah naif kau yang masih lagi dalam mood tidak percaya akan manusia yang kau lihat. Mahu sahaja kau mengoncang tubuh manusia tersebut dengan kuat untuk memastikan bahawa yang kau lihat itu adalah manusia bukannya hantu mahupun jembalang. (Kau bergitu mudah terpegaruh dengan drama-drama seram.)
Senyuman yang kau amat rindui akhirnya terbit diwajah milik Luhan. Dan tanpa kau sedari juga kau mula menerbitkan sebuah senyuman yang tidak pernah kau tonjolkan pada sesiapa melainkan Sehun (Kerana sehun telah berjaya membuat kau tersenyum atas kekalahannya dalam permainan video game baru-baru ini)
"Y/N" tubuh kecil kau ditarik sehinggakan tiada ruang antara kau dan Luhan.
"Y/N miss you so much" Di peluk tubuh kau dan membenamkan wajahnya di bahu kau dalam pada masa yang sama dia cuba untuk meluahkan apa yang dia rasa pada ketika dia berjumpa dengan sehun. Bagi luhan kau seorang gadis yang sanggup berkorban dan juga tabah menghadapi segala rintangan hidup.
"Luhan oppa... Sehun miss you" Kau seperti tidak mampu untuk mengeluarkan ungkapan rindu, sedangkan hati kau mahu sahaja menagis dan memberitahu bertapa rindunya kau pada jejaka tersebut. Apabila difikirkan , Sehun suami kau dan juga merangkap adik buat Luhan. Tidak pantas kau merindui lelaki tersebut walau kau hanya mempunyai pertalian adik ipar sahaja.
Dan seperti yang kau jangkakan Luhan pasti akan melepaskan pelukkan tersebut.
"Oppa.. did you miss him?"
"Nope.." Kepala di teleng menghadap ke kiri. Bagi Luhan seboleh-bolehnya dia tidak mahu bertentang mata dengan kau apabila bercakap akan Sehun. Ianya kerana kau akan meneka sama ada betul atau tidak apa yang dicakap oleh Luhan (Umur luhan 11 tahun dia telah menyembunyikan kertas examnya dari pengetahuan abeojinya. Dan kau telah memecahkan rahsia tersebut apabila dengan tidak sengajanya kau bertanya akan keputusan peperiksaannya.)
"Oppa look at me .. I know you miss him.. am i right ?"
Wajah Luhan dipegang kejab oleh kau, Kedua tangan kecil kau melekat di wajah luhan. Bagi memastikan wajahnya tidak bergerak dari pelbagai arah supaya kau dapat melihat jawapan ikhlas dari anak matanya. Itu adalah salah satu kelebihan kau, bukan kau mempunyai kuasa magis, tetapi kau dengan sendiri dapat meneka kebenaran di mata rusa milik Luhan.
"Yes.."
Senyuman kau mula terbit sehingga menampakkan 'dimple' kecil kau. Apa tekaan kau terhadap Luhan semuanya adalah benar berlaka, dan benar Luhan amat merindui Sehun dan kau akan merancang segala rancangan kejam tersebut walau kau sendiri tahu apa yang bakal dilakukan oleh Sehun terhadap kau.
"Oppa nak jumpa Sehun ?" Lembut sahaja pertanyaan kau. Seolah-olah kau seperti memujuk anak kecil untuk belajar kerana peperiksaan akhir bakal menjelma tiba.
Tapi bagi Luhan soalan itu bukan seperti memujuk, ianya lebih kearah soalan cempumas dan membunuh jiwa raganya.
"Oppa..."
-To Be Continue-
Author : Comment serta vote anda amat saya hargai ^^
Read my new fanfic: https://www.wattpad.com/story/46948292-so-what-awak-milik-saya
YOU ARE READING
15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]
Fanfiction"Aku akan buat kau jatuh cinta,kepada ku walau kau tak cinta" Suami yang bersikap dingin? Mampukah hidup mereka bahagia seperti cerita novel dan Drama Romantik di TV? Lagi-lagi ibu sendiri tidak pernah menerima isterinya.. Orang selalu cakap, sayang...