BAB 20

5.7K 404 25
                                    

Seorang jejaka yang berseluar jeans, berbaju putih berlengan panjang serta snowcap berwarna hitam tersarung di kepalanya sedang melayan perasaan , sambil melihat keindahan alam . Angin yang bertiup bagaikan membawa pergi perasaannya sekarang, Dia seolah-olah mempunyai masalah negara yang besar sekarang jika dilihat, monyok muka usah dikata. Telefon yang sedang berbunyi sudah beberapa kali dibiarkan, memang dia melayan perasaan sungguh.

Sebuah kereta sport berwarna putih , berhenti di belakangnya, pada mulanya dia hanya mengabaikan sahaja. Mungkin ada manusia lain yang juga mempunyai perasaan kacau sepertinya.

Seorang jejaka yang berpakaian sweater biru berhoddie menutupi kepalanya. Tanpa di minta ataupun di jemput , jejaka itu terus sahaja melabuhkan punggung disebelahnya. Mulut dicebik bagi menunjukan kecomelan dan juga untuk menarik perhatian manusia itu.

"Kenapa datang sini ?" Soalan yang dijangkakkan oleh manusia tersebut sudah dikeluarkan. Dengan wajah yang dibuat-buatnya seperti tertekan dan tidak mahu diganggu ditayangkan.

"Salahkah Hunnie nak duduk dengan hyung ? Hyung macam tak suka ja Hunnie kat sini.." dengan nada yang sengaja dibuat sedih bersertakan wajah yang poker dia menayakan soalan sebergitu buat si abang.

Luhan hanya mampu memandang si adik dengan pandangan kosong,seboleh-bolehnya dia tidak mahu Sehun berada disitu. Hatinya sakit,sedih,geram takala melihat Sehun sewaktu itu, ikutkan hati dia mahu menumbuk sahaja muka si adik. Muka yang tiada perasaan itu,biar Sehun tahu akan perasaannya ketika itu. Tetapi ditahannya, dia masih lagi sayang kepada Sehun.

"Hunnie tahu, hyung marahkan Hunnie kan" rumput disitu, ditarik-tariknya, bibir dicebik. Luhan tidak mampu membalas pertanyaan Sehun.

"Hyung marah sebab Hunnie kahwin dengan Y/N right ?" teka Sehun , Luhan hanya mampu mendiamkan diri, dia seboleh-bolehnya mahu mengelak dari menjawab pertanyaan Sehun. Baginya, dia tidak mahu kerana seorang perempuan hubungannya bersama Luhan musnah.

Dipandang wajah si adik yang sudah monyok memandang rumput. Perasaan bersalah menyelebungi dirinya, Otak ligat mencari satu ayat untuk membuatkan kembali adiknya tersenyum.

"Ani.. hyung cuma nak rehatkan minda" dengan nada yang bersahaja, Luhan meyempurnakan ayatnya.

Muka sudah berkerut takala mendengar ayat Luhan. Mahu merehatkan minda?Hendak ditanya takut digelar mamat kepoh, dia hanya mampu memandang wajah Luhan untuk meminta kepastian yang lebih tepat.

"Hyung just.." belum sempat Luhan memnghabiskan ayatnya, Sehun terlebih dahulu bagun. Di buang habuk yang melekat di punggungnya. Tangan dimasukkan kedalam poket 'Sweater' . Bahu Luhan ditamparnya dengan perlahan, bagi menyedarkan si abang baahawa dia mahu berkata sesuatu.

"Hunnie tahu, Hyung memang marahkan Hunnie..Mianeh.." dengan itu, sehun melangkah menuju ke keretanya.

"Hunnie ! bukan itu... Hyung kena pulang ke China semula" jeritan kecil Luhan menyebabkan Sehun memberhentikan langkahnya dengan serta merta.

Badannya terasa seperti keras, kaki di gam di atas rumput. Dia tidak tahu mengapa dia tidak bergerak. Hatinya sedih ketika si abang memaklumkan hal itu.

Luhan dibelakang, dipandangnya dengan wajah yang tidak percaya. Sekejap sahaja si abang menetap di Korea, tidak sampai setahun lagi. Sedaya upaya dia menahan riak wajahnya berubah.

Luhan segera bangun dan menuju ke arah Sehun,takala melihat reaksi Sehun ketika itu. Perasaan bersalah menyelebungi dirinya, terasa sangat kejam terhadap perlakuaannya kepada Sehun ketika itu. Walaupun dia sendiri tahu, kehidupan Sehun tidak lah sebahagia sepertinya dan adik-adik yang lain. Kepadanya sahaja Sehun mampu menunjukkan sikap manjanya.

15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now