BAB 5

8.2K 450 9
                                    

Susana didalam rumah banglo putih itu terlampau sunyi walaupun orangnya sedang berkumpul beramai-ramai di ruang tamu. Pandangan mata dari seseorang membuatkan kau menjadi tidak tentu arah. Kalau boleh kau seperti hendak belari keluar dari rumah itu sekarang juga.

"Mana dua orang budak bertuah tu pergi?" Suara Keun Hyeong
hal-abeoji memecah kesunyian dan juga memutuskan renungan tajam milik ahli sihir iaitu Hye Young ajumma terhadap kau. Pada ketika itulah kau baru boleh bernafas dengan lancar, tadi saluran pernafasan kau seolah-olah tersekat.

Mulut si ahli sihir itu usah dikata, sudah terherot-herot bercakap dengan bapak mertuanya. Kau yang tadi mula hendak bernafas dengan sempurna kembali semput apabila mata tajam milik ahli sihir itu memandang kau. Huwaaa apakah !

Suara ketawa milik sepasang teruna kedengaran di luar,entah apa yang mereka ketawakan pun tidak dapat dikenal pasti. Yang penting sekarang kejap lagi pasti akan berlaku ribut taufan yang dasyat.

"Yo Yo Man" Suara seseorang menyapa di belakang kau.

"Ini dah kenapa?? Yo Yo Man segala? Tak reti hormat orang ??" Pedas kata-kata Keun Hyeonh hal-abeoji . Yelah memang patut pun, tiada hormat langsung. Masuk rumah Yo Yo Man ! Ingat apa kelab malam.

Muka hal-abeoji sudah monyok apabila memandang teruna itu. Lain pula dengan dua beradik tu, dari tadi mata tertumpu dekat handphone sekarang mata tertumpu pada susuk tubuh belakang kau. Wajah ChenMi dan SeokMin usah ditanya seperti mana, wajah mereka seakan-akan mereka la paling bahagia, ceria, bulat sahaja mata mereka pada ketika itu.

"Oppa!!!! Arghhh Luhan Oppa!!" Jerit dua anak dara itu serentak. Apalagi , dilanggar semua benda termasuk bantal yang menjadi hiasan di tengah-tengah ruang tamu itu. Kau yang masih lagi belum bersedia untuk memandang kearah namja itu, keras seperti batu. Tidak sanggup untuk memandang belakang.

"Luhan Oppa ! miss you" ChenMi dan SeokMin bersuara serentak sambil memeluk Oppa kesayangannya.

Luhan...siapa tak sayang. Kau pun sayang dia juga,sebab dia angel kau. Apa sahaja ahli sihir itu buat , Luhan pasti akan memujuk ahli sihir itu dengan menggunakan kaedah Psikologi. Tapi selalunya yang memujuk kau adalah mamat poker face itu. Kau cuba memandang belakang perlahan-lahan,tetapi dengan cepat kau memandag kembali depan dan seterusnya screen handphone kau.

"Luhan hyung ja korang rindu?? habis oppa??" Muncul pula seorang jejaka yang mampu membunuh hati milik wanita diluar sana. Dan sebab itu kau cepat-cepat mengalih wajah kau. Kau tahu mamat poker face tu ada. Lembut sahaja suara dia.

"Hunnie Oppa !!" SeokMin yang tadi berpeluk dengan Luhan ditolaknya Luhan dan ChenMi sambil belari kearah Sehun, Rindu benar budak tu dengan oppanya. SeokMin siapa tidak tahu, ditanya hendak menjadi seperti siapa, Sehun..Sehun..Sehun... Idolanya hanya Sehun. Apa yang dilakukan oleh Sehun , sungguh hebat sekali dimata SeokMin. Sebab itu Sehun terlampau sayang dengan adik bongsunya.

Luhan dan ChenMi yang masih lagi terkejut akibat ditolak oleh SeokMin memandang antara satu sama lain. Sehun yang sudah melakukan sesi berpelukan dengan SeokMin hanya tersenyum,suka benar dia melihat aksi ganas oleh adik bongsunya itu. ChenMi sudah mula membebel apabila melihat kelakuan SeokMin yang terlampau manja dengan Sehun. Luhan yang dari tadi memandang sambil memeluk bahu ChenMi cuba untuk membuatkan tekanan darah ChenMi normal. Mahu taknya SeokMin boleh lagi membuat aksi gedik manja dengan Sehun. Keempat beradik itu mula bergaduh manja, ingat Luhan yang peragainya like angel itu tak mampu bergaduh..haa silap sama sekali, debat haram mula tercetus didalam rumah itu dengan tajuk utama ' Lantak la,aksi ini aku punya' .

"Haa y/n , kamu tak mahu join debat haram tu?? Asyik dengan handphone kamu tu ja" Serangan dari Keun Hyeong hal-abeoji membuatkan kau duduk dengan tegak. Berderu sahaja darah mengalir di muka kau,jantung pula seakan-akan pam dengan laju. Kau memusingkan badan memandang kearah belakang, dan seperti biasa.. Keempat-empat beradik itu memandang kau dengan pandangan yang mempunyai pelbagai tafsiran. Dua orang terkejut dan dua orang lagi sudah tersenyum sambil menamgkat kening, siapa lagi kalau bukan anak dara itu. Mereka berdua faham benar dengan kau yang terlampau shy-shy cat itu dengan HunHan brother .

15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now