BAB 13

5.6K 383 8
                                    

"Hun..Mianeh" lembut sekali suara Luhan ketika itu.

Dipandang wajah Sehun yang sudah mula menunjukan bahawasanya dia sedang mengalami suatu perasaan yang di kenali sebagai tekanan perasaan ataupun stress, pernyataan itu juga boleh definisikan sebagai "suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya." Tekanan ini dibahagikan kepada dua iaitu "eustress" iaitu tekanan dari perasaan yang baik lagi positif. Tetapi bagi Luhan ketika itu, wajah sehun mengambarkan bahawasanya Sehun bukanlah mengalami tekanan "eustress" tetapi "distress" iaitu tekanan daripada sebuah perasaan yang negatif, tidak mempunyai kasih sayang ibu yang secukupnya.

Sehun meletakkan kepalanya di bahu Luhan. Luhan yang cuba untuk menahan empanganya supaya tidak pecah, kerana bagi Luhan , jikalau dia menagis dia tidak akan manly lagi dan tidak dikenali sebagai lelaki paling Manly di alam semesta ini. Dalam pada masa yang sama, Luhan turut berasa kasihan dengan Sehun yang tidak cukup kasih sayang, selama ini Sehun hanya menumpang kasih sayang datuk mereka serta dirinya sendiri yang akan memberikan kasih sayang itu kepada Sehun.

"Hyung tak salah..kenapa minta maaf?" soal Sehun sambil menutup matanya, kepalanya bergitu pening ketika itu.

"Sebab hyung tak mampu berikan apa yang Hun nak. Hyung janji..hyung akan buat Hun bahagia" kata-kata Luhan membuatkan air mata Sehun jatuh tetapi dengan cepat ia mengesat kembali air mata itu supaya tidak kelihatan oleh Luhan.

"Hun..hyung janji, selagi hyung ada. Hyung akan buat Hun bahagia.. macam mana hyung yang lain buat adiknya bahagia, macam itulah hyung akan buat hun bahagia." dipandang wajah Sehun, terbit sebuah senyuman di bibir Luhan apabila mendapati si adik sudah dibuai mimpi dibahunya.

Di bawa perlahan tubuh si adik memasuki kereta, Luhan yang sudah berada di kerusi pemandu memandang Sehun yang enak dibuai mimpi disebelahnya. "Good night saeng" kereta meluncur laju memasuki jalan raya yang ketika itu agak lengang.

_______________________________

"No..No..No" perkataan No disebut tiga kali bagi memberitahu bahawasanya dia tidak pernah menyukai langsung apa yang sedang dibincangkan. Meja di ketuk dengan kuat, bagi memberitahu dia memprotes perbincangan itu.

"Kamu setuju atau tidak, keputusan Appa muktamad" tegas sekali suara Keun Hyeong hal abeoji bersuara ketika itu. Kedua manusia dihadapannya tidak berani bersuara apabila melihat wajah appa mereka sudah merah menahan marah.

"Kalau appa kata macam tu saya tak boleh hendak membantah, bila kita nak beritahu mereka?" soal Hwan Jeong sambil memandang ayah mertuanya (father-in-law) dengan wajah yang bersahaja, Hye Young turut memandang suaminya dengan pandangan terkejut, tidak menyangka si suami bersetuju dengan candangan appa kandungnya. Entah kenapa dia berasakan suasana pada pagi itu benar-benar panas walaupun angin ketika itu sungguh menyejukan keadaan.

"kenapa mesti perempuan tu? dia malang tahu ! saya tak mahu anak saya kena sial dia !" Satu tamparan hinggap di pipi milik Hye Young, kelihatan merah pipi sebelah kirinya tamparan yang agak berbisa.

"Appa tak pernah ajar anak appa semua kurang ajar ! Kamu Hye Young, belajar terima takdir, jangan nak menyalahkan orang lain !" Suara tinggi Keun Hyeong bergema di dalam rumah.

"Minggu depan kita langsungkan benda ini, tidak perlu bagi tahu mereka." bergitu tegas suara Keun Hyeong ketika itu, sekali pun tidak memandang kearah Hye Young yang sudah terduduk di lantai. Kaki orang tua yang separuh umur itu laju melangkah menuju kearah biliknya.

"Yeobo..sudah la tu, apa yang appa buat mesti ada kebaikannya.." lembut sekali bicara si suami bagi proses memujuk hati si isteri yang sudah berapi itu, dengan perlahan-lahan tubuh si isteri di angkat bagi mudah dia memandang,wajah si isteri yang masih lagi merah itu diulus dengan lembut.

"Sampai mati, saya tak akan setuju dengan benda ni, sampai mati yeobo !" ditolak perlahan tubuh si suami bagi melepaskan diri. Pintu bilik di tutup dengan kuat , Hanya keluhan berat dilepaskan selepas melihat si isteri hilang dari pandangannya.

Telefon yang berada di atas meja, dicapai dan mencari sesuatu di dalamnya. Tidak sampai 5 minit, dia sudah menelefon seseorang . Perbualan mereka bergitu serius sehingga Hwan Jeong terpaksa bercakap dalam nada berbisik.

"Jumpa dekat sana ya..."

-To Be Continue-

Author : 2hari aku tak tidur... bukan menghadap fanfic.. aku menghadapi tekanan jiwa raga~ Ahhhhhhh... nak cerita dekat orang pun aku tak tahu macam mana... and and.... abaikan bnda tuh -_-" .

Btw ... macam mana dengan part kali ni ? Pening ? Bahasa dia terlampau berbelit... haa, itu adalah hasil otak yang 2 hari tidak bertemu dengan bantal serta katil yang empuk... and malam ni ! Yeahhhh .... bantal... tunggu jagi ~ jagi datang peluk kamu :* . And terima kasih *salam cium tangan* kerana vote dan comment~ walaupun aku jarang balas comment nuh*pluk bantal busuk*

15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now