BAB 11

7.4K 363 7
                                    

Debat antara dua beradik itu sememangnya tidak pernah berhenti walaupun sekejap. Manusia di tengah-tengah mereka dilupakan untuk seketika. Ramai mata memandang kearah adik beradik itu, pertengkaran kerana sepasang baju berwarna biru bakal menjadi milik siapa. Kau yang duduk di antara mereka berdua hanya mampu memandang tanpa bersuara, adik beradik dihadapan kau sememangnya tidak boleh berjumpa mahupun bertembung. Tetapi kerana kau, mereka terpaksa bertembung dengan rela hati. Maka dengan itu tercetuslah sebuah pertengkaran atau lebih dikenali sebagai debat haram yang tiada juri untuk memberi markah atas debat mereka.

"Sudah ! baju ni aku ambil !" sedikit meninggi suara kau. Baju yang menjadi punca segala jenis debat serta perkataan yang kurang enak seperti 'kau hodoh bila pakai baju nih' 'baju ini kecik!' 'Tidak bergitu sopan' 'Hantu kak limah pakai baju ni' , maka dengan itu, kau membuat satu tindakan yang betul, baju yang menjadi rebutan dua anak dara itu,akhirnya selamat berada di tangan kau. Tanpa memikirkan apa-apa yang berkaitan dengan benda yang dipegang, dan sebelum terjadi apa-apa dengan diri kau,dengan segera kau membuat bayaran apabila melihat riak muka kedua anak dara itu telah berubah.

"Baju tu elok kalau SeokMin yang pakai!" Bersuara kembali si bongsu setelah 5minit menyepi.

"Ehhhh Unnie pakai lawa lagi" sekali lagi dibalas kembali isu perkembangaan negara oleh si bongsu itu.

"Minseok oppa tengok unnie pakai baju tuh, dia lari pecut tahu" sekali lagi dibalasnya debat itu dengan ayat pedas, di kaitkan teman lelaki si kakak.

Cara percakapan si bongsu menjadi tarikan kepada kau, kerana gayanya bercakap seolah-olah mempunyai satu sudut cool girl in the city . Memang benar apa yang selalu di gosipkan oleh dua makhluk bumi yang bernama ChenMi serta Luhan.. gosip yang mengatakan gadis kenit itu, benar-benar menciplak segala jenis personaliti si abang yang sentiasa menjadi idolanya setiap masa, siapa lagi kalau bukan si poker face abadi itu.

"Eiiii... sapa kata ! Unnie la paling lawa dimata MinSeok oppa tahu !" angkuh sekali bunyi nada itu. Terasa macam mahu keluar segala isi perut apabila mendengar ayat yang baru keluar dari mulut si kakak,tetapi masih lagi dapat dikawal oleh si bongsu.

"Ughhh Please la Unnie, jangan nak perasan sangat boleh ? Terasa loya pula tekak ni" ungkap si adik smbil mengosok tekaknya.

Belum sempat si kakak ingin membalas , kau terlebih dahulu memotong. Bagi kau sekiranya tidak meleraikan perlawanan debat haram itu, kemungkinan besar kedua-dua adik beradik itu bakal membuka sebuah gelangang WWE yang bakal ditonton seluruh pelanggan pasaraya itu.

"Sudah ! sebab baju macam ni ja korang berdua nak debat? lain la pasal artis like Miranda Kerr , Amanda Seyfried , Miranda Cosgrove , Carly Rae Jas-" belum sempat kau meghabiskan senarai nama artis barat yang selalu menjadi bahan google kau,kini dipotong dengan senang hati.

"Ahh Miranda Kerr... Sehun oppa minat dia" kata-kata SeokMin membuatkan kau menolopong sebentar. Biar betul mamat poker face tu minat dengan model yang sexy lagi lawa tuh. Tinggi benar cita rasa mamat tu.

"Aha .. betul tu, dia terlampau fanatik minat dekat Miranda Kerr..lawa bukan dia" kini sambung ChenMi yang menyokong percakapan SeokMin

Sekarang kau benar-benar menyesal , bukan menyesal kerana terpaksa mendengar luahan isi hati kedua adik beradik itu, Tetapi luahan mengenai abang kepada kedua adik beradik itu yang terlampau meminati model lawa.Dan kau sekarang benar-benar menyesal kerana membuka cerita mengenai Miranda Kerr . Kalau diikutkan sahaja perasaan kau ketika itu, kau seperti mahu menyelamkan kedua adik beradik ini dekat kolam buatan manusia di luar pasaraya itu. Dalam mengenai abang kesayangan mereka mahupun dalam bab mengenakan kau mula la sepakat dan berkerjasama, dan sanggup berbaik-baik demi meneggakan keadilan.

15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now