BAB 38

4.2K 313 18
                                    

"Y/N kau kenapa ? Jakun teruk sangat " Sehun disebelah hanya mampu memandang kearah kau yang sudah ternganga memandang kearah luar. Pelik kerana kau seperti tidak biasa menaiki kapal terbang malah kau sudah lama menaikinya beberapa kali.

"Ceit..." mencebik bibir menyampah.

"Kau kenapa happy sangat ?"

"Aku happy salah.. nak aku merajuk ka?"

Serta merta Sehun menggeleng laju, sudah serik dia melihat kau merajuk . Kau yang berada di sebelah sudah mula tersenyum kemenangan dan kembali melihat ke luar tingkap. Sehun di sebelah sudah memejamkan mata, dia seolah-olah menghindari terjadinya perang tanpa senjata.

'Gēgē sekarang Y/N bahagai, betul kata Gēgē kalau kita benci dengan seseorang tu, orang tu lah yang benar-benar kita sayang. Y/N sayang dengan dia.... dia yang buat Y/N berhenti menagis dalam dakapan dia. Dia juga la telah lengkapkan separuh lagi hati Y/N .. Tapi itu baru hati Y/N hati dia....'

Kau mengalih pandangan buat Sehun disebelah. Kau meneliti wajah Sehun sebaik mungkin.

"Sehun kau dah tidur ?" di tolak perlahan lengan Sehun, tetapi tiada respon dari Sehun.

Perlahan-lahan jari kau menyentuh rambut Sehun yang berwarna hitam. Sehun kacak jikalau rambutnya diwarna hitamkan. Menampakkan lagi aura kacaknya. Dari rambut, perlahan-lahan jari kau menuruni ke wajah Sehun, Jari kau terhenti seketika di matanya yang terpejam. Bibir kau digigit perlahan takala jari kau semakin nakal menuruni hidung milik Sehun dan berakhir di bibir milik Sehun.

"Dah habis tilik muka aku Y/N?" dibuka mata sedikit bagi melihat reaksi kau.

Dengan segera kau menarik kembali tangan kau dari menyentuh wajah Sehun. Malu ! , belum sempat kau menarik lagi Sehun pantsa sahaja menarik lengan kau dan menyebabkan tubuh kau berada dekat dengan tubuhnya. Dipeluk tubuh kau dan tiada sedikit ruang diantara kau dan Sehun.

"Y/N kau memang tak malu tilik wajah suami kacak kau kan dalam diam pulak tu...baik kau pejam mata sebelum aku gigit kau" amaran seperti kanak-kanak sahaja dikeluarkan oleh Sehun buat kau.

______________________________________________________

Jam menunjukkan 9:00 malam sewaktu mereka berdua tiba di lobi hotel. Penerbangan dari New Zealand di ambil seawal pagi dan akhirnya mereka tiba ke destinasi pada malam hari. Kelihatan Seorang jejaka yang masih lagi memakai cermin mata gelap dengan rambut yang berwarna perang kemerahan menampakkan lagi kekacakkannya pada malam tersebut, ditambahi pula dengan sinaran lampu di atasnya.

"Hyung !!!" Beg tarik dilempar kearah kau dan dia berlari pantas menuju kearah jejaka kacak yang menjadi tatapan gadis-gadis di lobi itu. Peragainya tidak ubah seperti kekasih hati yang sudah lama tidak berjumpa dengan buah hati, kau yang melihat adenga tersebut mahu sahaja menyelam wajah suami kau ketika itu juga.

"Hye Sehunnie.. macam budak-budak jelah kamu nih..." tubuh Sehun dipeluk dengan erat, di gosok kepala si adik yang tinggi sedikit darinya.

"Hyung !!! lama sampai ?" di pandang wajah Luhan dengan senyuman yang tertayang di bibirnya.

"Lama dah, siap kena buli lagi dengan 'girlfriend' lagi. katanya nak beli hadiah untuk Hunnie degan Y/N"

"Sapa buli kamu Luhan ?!" tegas sekali suara tersebut dibelakang kau dan membuatkan kau sendiri melempar beg sehun akibat terkejut.

"Ini dah kenapa ? Sehun bini keding kau nih kenapa?" di pandang kau atas bawah. Baru kau perasan akan wanita tua tersebut, dia adalah nenek Sehun sebelah Hye Young Ajumma , dan bermakna dia adalah omma buat Hye Young ajumma.

"Ini ambik , dan Sehun kau sini !" seperti seorang permaisuri sahaja lagaknya memanggil Sehun.

"Bawak bini kau masuk bilik.. rehat , esok dia ada hari baru"

Tanpa memandag wajah kau, ditinggalnya kau bergitu sahaja.

"Dan Sehun , jangan lupa kasi halmeoni cicit" tersenyum senget si nenek berjalan menghampiri Luhan. Luhan yang mendengar sudah ketawa terbahak-bahak ditambahi dengan wajah kau dan Sehun yang memerah.

"Sudah ! gelak dekat orang pula ! Jom ! bawak halmeoni pergi urut kaki" di pukulya kaki Luhan dengan tongkatnya.

_________________________________________________________

Dalam sejarah , kau makan semeja dengan Hye Young ahjumma . Dan dalam sejarah juga kau dapat melihat Sehun yang dahulunya bermasam muka ketika acara makan bersama keluarga kini bergelak ketawa dan siap bergurau senda dengan ChenMi dan SeokMin.

"Luhan , kamu nih memang tak reti nak cakap dekat perempuan gedik-gedik sana suruh jangan overacting sangat depan kamu. Aku tak restu diorang jadi menantu aku" suara halmeoni memecahkan gelak tawa Sehun yang bagaikan 'kuntilanak' tersebut.

"Biarkan jelah diorang halmeoni, bukan senang diorang nak tengok artis besar china makan depan mata" balas ChenMi takala melihat Luhan sudah ketandusan kata-kata.

Kau yang dari tadi diam tidak berkata hanya mampu memerhati sahaja gelagat keluarga di hadapan mata kau. Benar kata halmeoni , hari ini kau bakal lalui hari baru,dimana kau dilayan sebagai orang luar oleh Hye Young ajumma .

"Kamu tu , artis apa Luhan? Macam tak kena ja dengan wajah kamu " pedas kata-kata Halmeoni buat Luhan. Wajah Luhan usah dikata mahu menagis sahaja, tetapi dihadapan kau serta Sehun terpaksalah dia menahan segala lontaran pedas tersebut. Kalau dia menagis kemungkinan besar kau dan Sehun akan membuat satu pakatan menyebabkan dirinya tidak bergitu manly lagi.

"Luhan oppa pandai menyanyi la Halmeoni..SeokMin fangirl dengan luhan oppa bila dia nyanyi lagu 'Football Gang' perghhh semangat SeokMin nak tendang bola tahu" dengan gaya dia menendang bola di tunjukkan buat si nenek yang hanya memerhati sahaja satu-satu cucu bonsu perempuannya yang peragai tidak macam perempuan.

"Sana Luhan oppa nyanyi" di tolak tubuh Luhan supaya disuruh membuat persembahan murahan di atas stage yang terletak di cafe hotel tersebut.

"Errrr..." di pandang wajah Sehun dan kau silih berganti untuk meminta pertolongan kecemasan tetapi kecundang apabila Sehun memaksa kau mengambilnya salad dan mengabaikan segala pandangan Luhan.

Perlahan-lahan Luhan bangun dan memandang keluarganya buat kali terakhir, seolah-olah dia bakal menuju ke tapak perang. Kelihatan SeokMin sudah bersiap sedia dengan telefon pintarnya dan ChenMi hanya berlagak biasa, Sehun usah dikata dia awal-awal lagi sudah menayangkan senyuman creepy nya.

Langkahan kaki menuju ke tempat dimana dia bakal melakukan persembahan murahan di atur dengan perlahan, dapat merasakan seolah-olah ramai mata memandangnya. (He's fans)
Dan pelbagai suara sumbang dapat didengari oleh Luhan sendiri sebaik sahaja dia berjaya menjejak kaki di atas stage tersebut.

"Ermmm... sorry , Saya Luhan .. errr..mesti kalian semua tertanya-tanya sebab apa saya berada di atas stage ni, sebenarnya hari ini .. anniversary perkahwinan my mom and dad.. so saya ..akan persembahkan one song for you guys" dipandang bahawa dan mengumpulkan segala kekuatan dalam diri untuk memulakan persembahan murahannya.

-To Be Continue-

Author : Comment (Bebelan) serta vote anda amat saya hargai ^^~



15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now