BAB 2

12.4K 535 20
                                    

Suara yang tadi menyapa Sehun membuatkan jantungnya berhenti berdegub. Sehunnie...nama manjanya dan hanya seorang sahaja yang layak memanggilnya dengan nama itu. Air liur ditelan dengan payah, Dipusingkan badannya untuk memandang pemilik suara itu. Matanya dibulatkan dan mulutnya turut ternganga memandang tubuh milik suara yang menyapanya tadi.

"Luhan Hyung?!" Matanya digosok beberapa kali. Ditampar perlahan mukanya juga untuk membangunkan dia dari mimpi. Di cucuk pipi manusia dihadapannya. Senyuman mula terukir di bibir Sehun. Dengan serta merta tubuh manusia ynng bernama Luhan itu dibawa di dalam pelukkannya. Berpuluh puluh mata memandang kearah dua pasangan yang sedang membuat jejak kasih air mata di depan pintu ketibaan.

(Wajah Luhan time tu , mcm di atas xD. Manly dohhh)

Mak Cik Cleaner yang sudah mula muak melihat adegan peluk memeluk tanpa keluar air mata oleh dua beradik itu, berdehem untuk meleraikan pelukkan dua beradik itu. Tetapi malang, Mak Cik Cleaner itu diabaikan dan dibuat seperti tidak wujud di situ.

____________________________

"Hyung... Sekarang hyung nampak lain...hyung nampak..." Belum sempat sehun menghabiskan kata-katanya..telinganya menangkap dengkuran halus seperti muzik sumbang disebelahnya.

"Hyung...Hyung... letih sangat. Tidur lah hyung,sampai rumah nanti hyung bakal dengar bebelan dari ahli sihir" Air cond di dalam kereta sportnya itu diperlahankan. Dan Sehun meneruskan pemanduannya semula. Sesekali Luhan disebelahnya di pandang. Rindu benar dia dengan jejaka di sebelah itu.

Selama 40 minit , kereta yang dipandu oleh sehun memotong kereta lain. Jika dipandang,cara pemanduan Sehun seperti pakar lumba haram. Dibelok,di potong ikut sesuka hati. Kedengaran juga bunyi suara yang seronok melihat pemanduan Sehun ketika itu.Pintu pagar dibuka oleh guard dan membolehkan sehun memasuki banglo mewah yang berwarna berwarna putih. Jika dipandang sekali, banglo itu terlampau indah. Bunga-bunga yang mekar dan pelbagai warna menghiasi di hadapan banglo itu. Kereta Sehun sudah berjaya berhenti dengan jayanya betul-betul dihadapan pintu masuk banglo itu.

"Perghhh, Sehun... nnti ajar hyung bawak kereta macam tadi. Hebat!" Jerit Luhan sebaik melangkah keluar dari kereta sport milik Sehun. Sehun hanya tersenyum dan mengosok lehernya. Well, Sehun..bukan sahaja King for Night Club tapi King of lumba haram,walaupun dia belum pernah lagi berlumba haram.

Ahli Sihir yang dikatakan oleh Sehun di dalam kereta tadi, sedang menunggu mereka berdua di depan pintu yang dihiasi dengan emas tiruan sedikit. Sehun sudah menunjukkan muka pokernya. Luhan memandang Sehun dan wanita yang dikata Ahli Sihir itu silih berganti. Senyuman manis dia berikan buat ahli sihir itu. Dipeluk , dicium kedua dua pipi ahli sihir itu dengan penuh kasih sayang.

"Omma...Han rindu omma.." wanita yang gelar ahli sihir oleh sehun senyum dengan manis sekali, dan mencium pipi milik Luhan berkali-kali.

Sehun sekarang dalam keadaan kritikal apabila memandang aksi yang tidak di ingininya. Tekaknya terasa loya,dia seperti ingin muntah pelangi waktu itu juga,memang sejak dari kecil lagi Sehun anti dengan ciuman ommanya a.k.a ahli sihir. Dia pelik, macam mana Hyungnya dan adik perempuannya ChenMi boleh tahan dengan ciuman wanita itu. Adiknya yang seorang lagi usah ditanya, SeokMin memang mengikut jejak langkahnya.. geli dengan ciuman ahli sihir itu.

"Han..Han tinggal dengan.."

"Han nak tinggal dengan Hunnie" jawapan Luhan menyebabkan Sehun mengikut penyakit dua orang sahabat sewelnya Jimin dan JungKook. Dengan selamba Sehun menyembur jus oren di hadapan ommanya. Terbatuk-batuk Sehun akibat semburan air itu. Tangan Luhan mengosok belakang sehun perlahan-lahan. Boleh lihat sifat penyayang Luhan disitu.

15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now