BAB 22

5.5K 406 8
                                    

Tali leher digantung di lehernya , dengan butang baju tidak habis dikancing serta rambutnya juga masih dalam keadaan berserabai lagi. Pintu bilik dihempas dengan kuat sehingga mengejutkan kau yang sedang leka meminum susu di dapur, dek kerana hempasan pintu tersebut, susu yang diminum oleh kau tertumpah dan mengenai sedikit pada baju T-Shirt yang menjadi kebanggan kau. T-Shirt yang bertulisan 'I love London' yang dibeli dengan wang pertama yang kau dapat semasa belajar disana telah kotor tanpa disengajakan. Bibir diketap menahan marah terhadap manusia yang berlaku di luar batasan itu.

Pandangan membunuh kau lemparkan buat 'namja' tersebut. Seperti bakal berlaku sebuah peperangan mulut bagi peringkat daerah sebentar lagi. Tubuh 'namja' tersebut telah memasuki zon bahaya kelihatan dia bergitu tergesa-gesa tidak sempat dia memandang kau yang sedang menayangkan wajah ingin menerkam.

"Ini semua salah kau ! Kau tak kejut aku asal ?" Panahan mata yang seakan-akan membara dihadiahkan buat kau, baginya apa yang berlaku pada dia hari ini adalah berpunca dari kau. Tetapi jika dilihat sebenarnya semua ini adalah salahnya sendiri.

"Kenapa aku ?" Wajah tidak bersalah dilemparkan oleh kau. Memang benar bukan salah kau , tetapi sama sekali sehun tidak kisah akan hal tersebut, baginya dia sudah lewat ke tempat kerja kerana kau tidak mengejutkannya.

Tubuh Sehun menghampiri kau yang semakin kebelakang. Bagi kau, kau akan melakukan apa sahaja sekiranya sehun melakukan perkara di luar jangkaan.

"Because you're my wife darling" senyuman sinis Sehun membuatkan bulu roma kau tegak. Nada suaranya juga bertukar pada nada yang lebih mengoda. Dengan selamba sahaja rambut kau yang diikat satu itu ditarik oleh Sehun dengan senang hati dan sepantas boleh dia berlari keluar dari rumah itu.

"sakitlah !!!!" Kepala digosok bagi mengurangkan rasa sakit yang hadir selepas rambut kau ditarik secara kasar oleh manusia yang merupakan suami kau sendiri.

_________________________________________

Bilik yang tertera nama besar iaitu 'SEHUN' kini telah dicerobohi dengan dua manusia yang bertauliah dalam hal-hal kekejaman. Tanpa ketukan mahupun bertanya pada 'Personal Assistan' ditolak pintu itu dengan sesuka hati.

"HAIIII HANDSOME BOY" Sengihan dilemparkan buat manusia dihadapanya yang sedang menayangkan wajah terkejutnya.

"Apa korang buat dekat sini ? Tak ada kerja ?" Disoalnya manusia yang telah menganggu fokusnya pada kertas-kertas kerja diatas mejanya. Matanya kembali tertumpu pada kertas-kertas diatas meja itu.

"Tengok penganti baru ler" tanpa ada segan silu, dibelek segala jenis fail yang berselerak diatas meja.

"Sehun Oppa... Luhan oppa ada call oppa tak?" Disoalnya kemana pergi si abang yang selalu menjadi teman kepada manusia yang dihadapanya.

Kertas kerja yang menjadi perhatiannya kini beralih pada dua manusia yang kini memandang dengan pandangan tertanya-tanya. Pen yang berada di tangannya diletak,banda disandar kebelakang dan kepala diangkat memandang ke atas kedengaran nafas berat dilepaskan. Otak ligat mencari jawapan yang patut di katakan buat kedua manusia tersebut.

Dengan selamba disikunya si adik disebelah untuk memberitahu bahawa mereka patut meninggalkan si abang yang kelihatan sedang dalam delima itu.

"Err.. oppa ChenMi dengan SeokMin minta diri dulu ya" seperti tiada tindak balas terhadap si adik, dengan paksa dia mengheret tubuh si adik supaya berambus keluar dari ruangan si abang.

-To Be Continue-

15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now