Special Chapter ♥

6.8K 376 43
                                    

Angin yang bertiup pada petang itu sungguh mendamaikan, kelihatan seorang lelaki muda yang hanya berpakaian singlet putih , berkaca mata sedang merehatkan diri dari kesibukkan kota.

"SEHUN !!!!"

Panggilan pertama di abaikannya , senyuman masih terhias di wajah kacaknya.

"SEHUN !!!!"

Panggilan kedua turut diabaikannya, kali ini senyuman yang terhasil ditambahi dengan kerutan di dahi.

"SEHUN !!!"

"Arghhhh again ?!" Cermin mata hitam ditarik dengan kasar apabila namanya di jerit untuk kali ketiga. Mulut dimuncungkan, rambut diserabaikannya , gelas putih yang berisi air dituang sedikit di tapak tangan dan di sapu ke wajahnya.

Tanpa menunggu jeritan untuk kali keempat berkumandang, di gagahkan jua untuk berjalan menuju ke arah suara tersebut.

"Kau nak apa?!" Dingin sekali suaranya.

"Kau buat apa dekat luar ?" Kening terangkat apabila memandang si suami yang sudah tidak terurus lagi berdiri dihadapanya.

"Bersenam" perkataan yang mana membuatkan kau mahu mengeluarkan segala isi perut akibat perkataan tersebut.

"Kau gelak asal?" Kali ini sehun pula bertanya apabila menangkap aksi kau yang seperti wanita gila.

"Kau bersenam ?! Suami aku bersenam? Okeyh sekarang kau bagi tahu apa masalah kau .." mulut dimuncungkan setelah menangkap agenda yang disembunyikan oleh Sehun.

Wajah diraup sekian kalinya, mahu sahaja dia menagis kerana mendapat isteri seperti kau.

"Kau panggil aku asal ?! Kau nak cakap kau mengandung?"

"What !!! Sehun !!!!" Kali ini jeritan seseorang pula bergema di seluruh angkasa raya.

________________________________________

"Berapa kali omma cakap jangan sentuh Y/N selagi anak kamu tak besar !!" dipulas telinga Sehun tanpa ada sedikit perasaan, geram terhadap anak lelaki bongsunya semakin meluak takala mendengar ayat sebentar tadi.

"Omma... sakit" rintihan Sehun sedikit sebanyak tidak menyentuh perasaan Hye Young ahjumma.

"Omma...lepaskan lah Sehun... Y/N panggil Sehun sebab omma datang ja, Y/N tak mengandung pun" diurut belakang si ibu dengan lembut bagi meredakan kemarahan di hati ibu mertuanya.

Sehun usah dikata , ditayang wajah cemburutnya takala si ibu melepaskan telinganya. Hanya kerana dia terlepas cakap akibat geram, dia yang kena cubitan hangat si ibu.

"Haishh... sesak nafas omma dengar Y/N mengandung... Sehun kamu !" ditarik nafas sedalam yang boleh sebelum meneruskan kata-katanya.

Sehun yang sudah menunjuk sesi rajuknya tidak menghiraukan apa yang bakal dikatakan oleh si ibu.

"Omma nak bawak Y/N tinggal dengan omma..." dengan itu nafas sehun menjadi tidak teratur, naik turun dadanya takala mendengar ungkapan si ibu. Serta merta dunianya menjadi kelam sekelamnya.

______________________________________________

"Sudah lah Hunnie... Hyung tak boleh tolong kamu" dengan segala kekuatan yang ada ditolak tubuh Sehun yang memeluknya.

"No ! Hyung tolong hunnie ! Hunnie rasa macam tak boleh hidup dah nihh" hingus yang meleleh di lap pada baju Luhan tanpa menghiraukan kata-kata 'suci' yang dilepaskan oleh Luhan.

"Euuwwww...Sehun oppa teruk"

"Macam budak-budak"

"sememangnya tidak manly"

15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]Where stories live. Discover now