Iphone 6 plus dilempar diatas katil dengan kuat. Tanpa membuka jaket kulit hitam berserta topi, dengan senang hati dia mencampak tubuhnya keatas katil yang bersaiz king . Mata tertacap keatas, kepala ligat berfikir apa yang dia sudah lakukan sebentar tadi. Perasaan menyesal mula menyelubungi diri apabila mendengar luahan seseorang, di serabutkan rambutnya topi dicampak ke hujung katil dengan amarahnya. Hatinya sakit bila mengingati kembali memori sebentar tadi bersama dua manusia di tempat yang berbeza. Hati bertambah sakit apabila melihat manusia itu kecewa dengan kata-katanya.
Sakit dikepala bukan main lagi, diguling ke kiri tidak kena, ke kanan juga tidak kena.. dia sudah berputus asa dengan golekkan yang tidak menjadi itu di atas katil, dengan lemah gemalai serta muka tidak bermaya, di gagahkan juga tubuhnya bangun dan bergerak menuju ke bilik air.
Pancuran air dibuka , baju yang tersarung di tubuhnya dibuka dan dilempar ke atas katil berserta dengan jaket hitamnya. Di bawa tubuhnya ke dalam pancuran air yang sejuk itu, air mengalir di setiap pelusuk tubuhnya . Seluar jeans yang masih dipakainya itu sudah lencun kerana tidak dibukannya. Jika dilihat dia seperti sedang melakukan photoshoot basah ketika itu.
Ketukan pintu bilik diluar juga tidak dihiraukan , dia masih lagi dengan pesta mandian berserta air matanya yang turut mengalir laju.
"Nak makan tak?" pintu dibuka dengan perlahan, berserta itu kepala disua untuk melihat adakah manusia yang dia selama ini cari sedang tidur atau pun sedang melakukan kegiatan haram seperti bermain game ataupun sedang bersenam. Tetapi tiada sesiapa di dalam bilik itu, mengikut analisisnya yang selama ini mengambil masa 5 minit untuk otak memproses kemana manusia itu menghilangkan diri akhirnya terjawab apabila terdengar air mengalir dari bilik air.
"Mungkin nanti... baik simpan dulu" akhirnya perasaan hampa mula menyelubungi diri apabila manusia itu sedang membuat mandian buih dan bersenang lenang di dalam bilik air di dalam fikiran kanak-kanaknya, walhal secara betul dan tepat manusia itu sedang berduka cita.
3jam sudah berlalu, perut sudah berbunyi lagu ulek mayang rentak yang bergitu rancak. Perasaan menyampah serta geram sudah menghantui diri. Dengan langkah yang kasar, pintu bilik yang di khaskan untuk manusia kacak ditendang dengan kuat, dengan itu juga pintu bilik air diketuk dengan kuat berserta tendangan turut diberikan, dengan harapan manusia itu sedar dan keluar dari bilik air itu, melutut memohon keampunan kerana telah membuat dirinya dalam keadaan bersusah payah menahan lapar selama 3 jam itu kerana menunggunya. Tetapi itu semua hanyalah imaginasi kanak-kanak istimewa sepertinya .
"Sehun !!!! Kau keluar sekarang !!! sebelum aku masuk dalam ni !! 3jam kau berkumbang dalam tuh, kau ingat apa ? Aku perempuan pun tak mandi lama macam kau!! Cepat la makan tuh dah sejuk!! aku lapar sengal tunggu kau!!! Kalau aku makan, kau campak pula Mr.PinkyKuma aku !" bebelan kau akhirnya dilepaskan di depan pintu bilik air, melihat dari sudut timur laut, tiada tanda-tanda manusia yang bernama sehun itu hendak membuka pintu tersebut.
Terpaksalah kau mengambil tuala kecil yang berada di atas meja kecil sehun dan meletak diatas kepala kau bagi menutup apa yang bakal dilihat nanti, pintu dibuka dengan semangat yang tinggi berserta bibir kau digigit menahan malu, kau terpaksa berbuat bergitu, memasuki bilik air dimana seorang lelaki sedang mandi , kerana dia sudah berada di dalam bilik air itu terlampau lama,kemungkinan lelaki itu boleh terkena demam panas kerana mandi terlampau lama,ataupun mengalami kekejangan.
"Yahhh..Se-" tubuh kau seakan-akan ditarik, tanpa melihat makhluk yang menarik tubuh kau itu, air yang sejuk sudah membasahi diri kau ketika itu. Dengan perasaan yang geram , kau terasa mahu menumbuk lelaki itu dengan kuat kerana telah membuatkan kau dengan rambut kau basah pada waktu yang tidak ditetapkan oleh kau sendiri untuk membasuh rambut..
"Sehun !!!!!!" kini tuala yang berada di atas kepala kau, ditarik dengan kasar bagi melihat manusia itu, dan bakal melemaskan manusia tersebut dengan segera. Mata kau terhenti seketika takala melihat wajah sehun yang sembap dan pucat tanpa darah itu, bibir merahnya kini bertukar menjadi pucat.. wajahnya seperti manusia yang sudah mati kini hidup semula dan mencari rezeki yang halal untuk menyambung semula kehidupanya.
Dengan pantas sahaja sehun menarik tubuh kau dan terus dipeluk dengan kuat, Kau yang masih terkejut dengan tindakan sehun itu, kerana tiba-tiba sahaja dia memeluk tubuh kau, selama ini dia selalu melarang kau dengan menggunakan bahasa yang kurang moral serta ayat yang mungkin membuat sesiapa yang mendengarnya pasti balik menagis dalam keadaan tanpa kasut kerana kasut sudah tertinggal di belakang sana.
"Se..Sehun.." panggilan kau seakan-akan bergetar seperti mana getarnya jantung kau ketika itu. Jantung yang berdegub itu telah mengepam darah yang sangat banyak dan ia turut membuatkan wajah kau bertukar merah dengan serta merta.
"kenapa diaorang suka kau ?" soalan sehun membuatkan kau memandang dengan pandangan pelik, berserta itu otak juga turut berfikir siapakah yang malang itu amat menyukai kau.
"Kau buat hidup aku musnah Y/N...kau buat orang yang aku sayang jauhkan diri dari aku.. kau buat hidup aku kucar kacir Y/N.." ayat yang kau tidak mahu dengar langsung keluar dari mulut manusia yang dekat dengan kau tetapi akhirnya keluar juga di mulut lelaki yang selama ini bersikap dingin dan melindungi kau dari ajumma kau.
Tubuh sehun ditolak dengan kasar sehingga dia bersandar pada dinding di belakangnya, empangan kau yang sudah 3 minggu tidak pecah walaupun di sogokkan dengan cerita romantik sedih itu akhirnya pecah juga dihadapan namja yang bernama Sehun.
"Aku benci kau...sampai bila-bila aku benci kau SeHun.." suara bergetar akibat menagis , kau memandang Sehun . Kau benar-benar benci akan mamat itu kerana dia mengeluarkan kata-kata yang benar-benar menguriskan hati kau.
Dengan keadaan yang basah kuyup itu , kau berlari keluar dari situ dengan muka yang merah, bukan merah kerana malu tetapi dek kerana menagis. Tanpa kau sedari, tangan kau ditarik kembali dengan kedudukan kau sekarang yang sedang didakap oleh Sehun.
"Aku akan buat hidup kau dalam sengsara Y/N... " bisikan Sehun menambahkan kebencian kau pada namja tersebut. Dengan keadaan kau yang bergitu lemah untuk menolak Sehun. Kau terpaksa menahan perasaan yang sedang membuak-buak sekarang. Pada kau, Sehun ketika itu sedang bermain watak seorang lelaki kejam yang mahu membuat diri kau seperti slave buat dirinya.
Tubuh kau dilepaskan setelah selesai membisikan perkara yang memang layak buat diri kau ketika itu oleh Sehun, tanpa memandang wajah namja itu, kau segera berlari menuju ke arah dimana letaknya bilik tidur kau. Sehun hanya memandang tubuh kau keluar dari biliknya dengan pandangan sayu, dia bergitu menyesal dan bertindak diluar kawal. Terduduk dia dengan tiba-tiba selepas mendengar pintu kau ditutup dengan kuat.
"Mianeh...mianeh Y/N.... jeongmal mianeh..." pandangannya dihalakan kearah pintu bilik kau yang tertutup rapat itu, bagi sehun ketika itu kau sekarang benar-benar membencinya.
__________________________________
"Hun...kamu setuju ye..."
"I Like her.."
-To Be Continue-
Author : Ada pening dengan part kali ni ? baca sekali lagi kasi fahamxD . Author malas nak bebel panjang-panjang.. sebab masih lagi dalam mood tunggang langgang... malas .. semua malas.. and apa-apa pun.. Terima kasih atas menvote serta comment ~ saya suka baca comment anda *fake smile* *bow* *walk with bii*
YOU ARE READING
15🍒 - WIFE 19 YEARS OLD [COMPLETE]
Fanfiction"Aku akan buat kau jatuh cinta,kepada ku walau kau tak cinta" Suami yang bersikap dingin? Mampukah hidup mereka bahagia seperti cerita novel dan Drama Romantik di TV? Lagi-lagi ibu sendiri tidak pernah menerima isterinya.. Orang selalu cakap, sayang...