Max meneliti peta yang dihamparkan diatas meja itu sambil menghirup secawan kopi susu panas. Rex bersiul-siul gembira sambil menggoreng telur dan sosej. Dia memasak dengan tidak memakai baju namun memakai apron dan seluar jeannya. Rex kemudian menyediakan pinggan dan meletakkan telur dan sosej yang digorengnya dengan perlahan. Dia menuang sedikit sos dan mayonis lalu menuang secawan kopi dan di bawa ke meja. Rex kemudian duduk di meja bersama Max.
" okeyyy !! jadi macamana? " Rex menyoal Max yang sedang teliti melihat peta.
Max hanya mendiamkan diri.
"nah makan la dulu ni" Rex menolak pinggan yang dipenuhi sosej dan telur scramble itu ke arah Max.
" ya ya makan la ni" Max mengambil seketul sosej dari pinggan. Matanya masih tertumpu pada peta yang dicuri Rex semalam.
" kau nak tau ka apa yang lawak dengan peta ni? " tanya Max kepada Rex
" apa ?" balas Rex
" di belakang peta ni tulis peta dunia. sedangkan dunia sebenarnya ada dua benua. benua User dan benua Zien. tapi di peta ni ada satu benua ja iaitu benua kita hahaha.. " ujar Max lalu ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.
" kadang aku tertanya jugak macamana kehidupan bangsa Zien sekarang. mampukah dorang hadapi musim sejuk tanpa user Api? macamana dorang buat rumah? ada ka user Fixer atau user Tanah yang tolong dorang buat rumah? sudah 200 tahun tembok dibina. kau rasa dorang okey ka ? " ujar Max seorang diri.
" cuba bayangkan kalau semua Zien berpindah ke benua mereka. lepastu High Council haramkan Zien masuk ke benua kita macamana Zien haramkan User masuk benua mereka. " sambung Max lagi
" dah lama pupus la kita kalau gitu. dahla tak payah la fikir dalam sangat. sekarang ni kita nak kemana? apa rancangan kita leaps ni" kata Rex.
" aku rasa buat masa sekarang kita perlu keluar dari Gohnegm. mana tahu dalam perjalanan kita dapat petunjuk dan sebagainya. lagipun petunjuk yang kita ada sekarang tak banyak. kita tak dapat nak bayangkan gambaran yang lebih besar. banyak benda yang tak lengkap. banyak petunjuk yang hilang. " Ujar Max
" jadi ? rancangan kau sekarang ni kita berjalan tanpa halu tuju ? begitu? " balas Rex
" tenang kawanku. kadang-kadang, untuk mencari sesuatu yang hilang, sesuatu itu haruslah hilang terlebih dahulu." Ujar Max sambil tersengih
" apa benda kau merapu ni aku tak faham" balas Rex
" yalah. untuk bangun kau haruslah tidur dahulu. untuk makan kau haruslah lapar dahulu. untuk berlari kau haruslah berjalan dahulu dan begitulah sedemikiannya." ujar Max lalu menghirup kopinya.
" ouhhh aku faham. maksudnya untuk mencari sesuatu yang hilang, kita kena hilang dulu la. " kata Rex dengan yakin
" begitu kot " balas Max
" HAHAAAHAHA !"
kedua-dua pemuda itu ketawa bersama. Mereka menghabiskan pagi itu dirumah Rex. Mereka kemudian bersiap kerana mahu ke kota untuk mencari kelengkapan.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...