Bab 21

69 10 0
                                    


"ohh maafkan saya" Max menundukkan kepalanya sedikit. 

" tak apa nak. lagipun sudah hampir 2 tahun berlalu" balas pakcik Brod

" mereka dibunuh kejam oleh Lich dan sekutunya. Lich minta 20 ribu shekel dari pakcik. pakcik tak mampu nak cari duit sebanyak tu... bila pakcik tiba di tempat yang sudah ditetapkan anak-anak pakcik dah tiada. "

"Lich? boleh kami tahu siapa Lich ni pakcik?" tanya Rex. riak wajahnya kelihatan marah.

"Lich, ketua the swamp problem. pakcik dah mintak tolong macam-macam. yang sedihnya pihak berkuasa kita sendiri langsung tidak mengendahkan pakcik. pakcik dah merayu melutut. Tuhan sahaja yang tahu betapa kejamnya kerajaan kita " tangan pakcik Brod menggeletar. wajahnya masih kelihatan sayu. 

"Lich, the swamp problem" Rex menggetap bibirnya

" sebenarnya Pakcik, kami berdua ni baru sahaja bertemu dengan 2 orang dari the swamp problem." Max membuka bicara

"dan kedua-duanya sudah mati. kami bunuh dua-dua." sambung Max.

Pakcik Brod kemudian mengangkat wajahnya. Dia kelihatan terkejut. 

" jadi kamu berdua ni..skiptraces?" balas pakcik brod

" tak juga." balas Rex pula.

pakcik brod kemudiannya berdiri lalu melutut dihadapan mereka berdua.

" terima kasih anak, pakcik dah tak kisah. pakcik dah putus asa. anak berdua balaslah kejahatan mereka. pakcik dah tua. pakcik tak mampu buat apa-apa" Pakcik Brod terus menangis. 

Rex dan Max kemudiannya segera bangun dan mengangkat pakcik brod.

" tak perlulah pakcik melutut. pakcik jangan risau.  Lusa pakcik bangun dari tidur, pagi tu pakcik jangan lupa beli akhbar" kata Rex

" beli akhbar? " tanya pakcik brod

" ya beli akhbar."


_______________________________________________________________________________


Rex dan Max segera beredar dari kedai makan tersebut.  Mereka berjalan menuju keluar dari Stone Market.

" jumpa kau kat sana" Rex memandang ke arah Max

" okey" balas Max

" jangan biar dua setan tu hidup." kata Rex kepada Max.

"Pakcik Brod, kami akan balas dendam untuk pakcik. Arggghhhhhh!!!ll!!!!" Rex menjerit sekuat hati.

PRANGGG! PRANGG! 

Kilat mula sabung-menyabung di dada langit.

bezeerttt bezerttt

cas-cas mula kelihatan dari badan Rex.

" geraklu"

PRANGGG!

kilat menyambar Rex. Dia hilang dari pandangan. hilang bersama cahaya putih yang sangat terang. Rumput-rumput ditempat dia berdiri terbakar.

Max yang berada tidak jauh dari situ hanya melihat rakannya yang sudah hilang. Dia memijak-mijak rumput yang terbakar tadi.

Max kemudiannya menarik nafas panjang. tenaga di fokuskan pada kakinya. dia kemudian membuka langkah.Dia pun mula berlari.  lariannya laju .tersangat laju jika dibanding dengan kelajuan biasa.

Mereka berdua menuju ke kampung halaman tercinta. Gohnegm. 





RexWhere stories live. Discover now