Bab 17

92 8 0
                                    

Max melompat ke kiri dan ke kanan. dia sedaya upaya mengelak dari dihentam akar pokok yang melibas-libas dari pelbagai arah. 

" sampai bila kau nak mengelak budak hahaha!" Grov ketawa melihat lawannya seakan-akan tidak berdaya.

Max kemudian melompat naik ke atas dahan pokok yang besar. akar-akar pokok menjalar mula  ke arahnya. Max masih berdiri kaku. dia seperti tidak mahu mengelak dari akar tersebut.

"itu ja ka kau boleh buat ?" Max mempersoalkan Grov

"ceh cabar aku budak ni". Grov mula bengang. Dia kemudian menggenggam kedua penumbuknya.

'Root Punch'

akar-akar yang menjalar tadi mula bergabung. Dua akar yang besar membentuk seakan-akan penumbuk. Akar tersebut memimik gerak-geri tangan Grov.

Grov mengambil posisi seperti seorang peninju. dua penumbuknya digenggang erat diletakkan di sebelah mukanya. akar tadi turut bergerak mengikut tangannya.

"aku takkan biar kau keluar dari hutan ni hidup-hidup" bisik Grov

Max masih tersenyum. 

" celaka" Grov sangat tercabar dengan tingkah laku Max. Dia seperti dipandang remeh.

"Mati kau budakkk!" Grov  mula menyerang. dia melepaskan tumbukan kearah Max.

Akar pokok tadi mula bergerak kearah Max dengan kelajuan yang sangat laju.

"Force Sponge"

Akar pokok tadi tidak berhenti menyerang Max. setiap serangannya tepat ke badan Max.

Max melayang jatuh ke tanah lalu merempuh pokok lalu tersandar. Grov masih menyerang. serangannya tidak berhenti walau sesaat.

hentaman bertubi-tubi  menyebabkan pokok yang disandar Max turut hancur.

Grov menghentikan serangannya. Max terbaring dengan mukanya mencium tanah.

Sunyi.

tiada respon dari Max.

" hehehe" Grov tersenyum puas.

RexWhere stories live. Discover now