Bab 10

127 8 2
                                    

" kau yakin dengan mamat tu?" tanya Rex sambil mereka berjalan merentasi denai kecil di tengah-tengah hutan rimba.

" dia tipu kita setel buang ja la" balas Max selamba .

" aku blah kejap kau dah pukul orang lepastu percaya mamat ni nak bawak kita jumpa The Swamp Problem tu?" Tanya Rex lagi. Dia seperti belum berpuas hati dengan keputusan Max.

"pertama sekali kau cakap nak basuh muka ja lepastu setengah jam kita gerak, aku tunggu hampir sejam setengah. kedua dia bukan nak bawak kita jumpa The Swamp Problem tapi orang yang boleh bawak kita ke Swamp Problem. " Balas Max

"Ok alright ikutlah" Rex akhirnya bersetuju. Mata Rex memerhati gerak geri Mog. Mog hanya mendiamkan diri sambil berjalan mendahului Rex dan Max. 

"tapi kalau dia cuba larikan diri, biar aku yang setel" sambung Rex.

Mog pada awalnya memang merancang untuk melepaskan diri dengan helah. tapi rancangannya terpaksa dibatalkan setelah dia mengesan level power Rex sangat menakutkan. Pada awalnya dia tersalah anggap level power Max yang dikesannya sangat lemah namun sebaliknya.  kali ini Rex pula level power sangat kuat. Mog tidak mahu ambil risiko. Dalam mindanya sekarang adalah kedua-dua budak ni adalah sangat merbahaya.

setelah beberapa lama mereka berjalan Stone Market mula kelihatan.  Pasar yang dibina di antara dua bukit yang amat rapat. Ditengah-tengah menjadi laluan manakala dikiri dan kanan tedapat pelbagai jenis kedai. seni bina disitu amat menakjubkan. kedai-kedai disitu ada yang dibina menggunakan batu dan ada yang dibina dengan mengukir dinding bukit menjadi lubang yang besar untuk dibuat kedai. Terdapat Tukang Besi, Tukang Kayu, Tukang Emas, kedai menjual pakaian, makanan, sayur dan buah, ikan dan daging serta pelbagai lagi. Suasana sangat meriah akibat orang yang ramai. Rex, Max dan Mog berjalan menuju ke hujung Stone Market. Mereka berhenti di hadapan sebuah bar. 

" Stoned Bar" Rex membaca nama bar tersebut perlahan. Max tergelak kecil. 

" lawak ke?" Tanya Rex. 

"takpa kau tak paham hahaha" balas Max.

" kat dalam Bar ni ada orang nama Poku. Dia salah sorang pemberi info kepada The Swamp Problem. Poku yang memberi segala maklumat kepada The Swamp Problem tentang pedagang-pedagang yang merantau ke Stone Market dan membeli borong barangan yang mahal dan berharga. Jadi bila pedagang tu dah bergerak keluar dari Stone Market,  mereka akan dirompak di  oleh The Swamp Problem di tempat yang mereka rancang." Mog memberi penerangan.

" aku tak boleh masuk sekali. ada masalah sikit dengan pemilik Bar ni." sambung Mog.

"Ok aku percaya. aku kira sampai sepuluh aku taknak tengok muka kau depan aku. satu.. dua.. tiga.. " Rex mula mengira.

Mog yang agak terkejut mula membuka langkah seluasnya. sekelip mata dia sudah hilang dicelahan orang ramai. Ketakutan agaknya.

Rex dan Max ketawa gembira. " HHAHAAHHA! berselerak lari hilang terus HAHAHA! " Rex menahan perutnya yang sakit akibat gelak.

Mereka mengambil nafas seketika kemudia masuk ke dalam Bar. Suasana agak tenang dan orang didalamnya tidak la terlalu ramai.

" ehhh jap. sial aku lupa tanya macamana nak tahu mana satu Poku." Rex menampar dahinya.

Max hanya menggelengkan kepalanya perlahan. mungkin sudah penat dengan karenah rakannya itu. 

" Takpa biar aku cari Poku. kau duduk minum dulu." Ujar Rex kepada Max.

Max pon duduk dihadapan meja panjang kaunter. Dia meminta air kosong ais sahaja.

Rex berjalan perlahan. matanya liar memerhati sekeliling. mencari orang yang berkemungkinan berwatak Poku seperti yang dibayangkannya. lelaki yang besar dan kelihatan gagah. setelah penat mencari Rex mula berputus asa. dia sudah hilang akal. Rex segera memanjat sebuah meja dan berdiri diatasnya.

" siapa nama Poku kat sini woii!??" Dia menjerkah. Semua orang didalam Bar tersebut terhenti dan memerhatinya.


RexWhere stories live. Discover now