Rex berjalan disebalik kegelapan malam. Dia memakai baju serba hitam. Separuh mukanya ditutup hanya menampakkan mata dan rambutnya. Dia berjalan di celahan lorong-lorong kota Gohnegm. Tidak lama kemudian Rex tiba di destinasi yang ingin ditujunya.
Dia melihat bangunan itu dari jauh. Dia bersembunyi disebalik tembok. Rex mencari-cari kelibat pengawal keselematan. Dia hanya dapat melihat seorang sahaja di dalam pos pengawal. Lazimnya terdapat dua pengawal keselamatan yang menjaga di waktu malam. Rex menghembuskan nafas perlahan. Wap udara keluar dari mulutnya. Malam itu sejuknya luar biasa. Musim sejuk akan tiba beberapa hari lagi.
" bukan selalu pecah masuk sekolah sendiri"
bisik Rex dalam hati. Dia tersengih seperti bakal melakukan sesuatu yang amat jahat.
Rex berjalan dengan menundukkan badannya bagi mengelakkan dilihat oleh pengawal yang berada di dalam pos keselamatan. Dia merapatkan badannya ke tembok sekolah. Rex mengambil seketul batu kecil lalu dilemparnya ke dalam kawasan sekolah.
'Prangg!'
batu itu memecahkan sesuatu.
"oops.. takda niat"
bisik Rex perlahan.
Pengawal itu segera keluar dari pos dan menuju ke bunyi pecah tadi. Dia membawa bersamanya pelita api. Setelah pengawal itu sudah tidak kelihatan, Rex segera memanjat pagar sekolahnya lalu melompat masuk. Dia dengan berhati-hati menuju ke arah perpustakaan yang berada di sebelah bilik guru. Rex berjalan berhati-hati. Dia melewati bangunan kelasnya.
"aku akan rindu sekolah ni." bisik dia lagi sambil tersenyum. Dia kemudiannya berjalan menaiki anak tangga lalu tiba di perpustakaan yang terletak di aras 2 . Pintu tidak berkunci lalu Rex dengan mudah masuk. Disebalik samar-samar malam Rex mencari benda yang diingininya itu. setelah beberapa ketika dia tidak juga temuinya.
Rex kemudian memecah masuk ke sebuah bilik yang berada di dalam perpustakaan itu. bilik itu berkunci namun ditendang Rex. Dia menghasilkan bunyi yang agak kuat. Setelah beberapa ketika mencari dia menjumpainya, sebuah Peta.
Dia melipat gulungan peta itu lalu dimasukkan ke dalam dalam bajunya. Ketika dia berjalan keluar dari perpustakaan itu seorang pengawal tiba dihadapan pintu yang terbuka itu.
"Siapa tu hah!" Pengawal itu menjerkah
Pengawal itu perasan akan kehadiran seseorang.
"Jangan bergerak!" Pengawal itu segera berjalan menuju ke Rex apabila dia ternampak seseorang sedang membongkok kan badan tidak jauh darinya.
Rex bangun lalu mengangkat tangannya. Pengawal itu berhenti selepas melihat Rex mengangkat tangannya. Rex kemudian memetik jarinya. Satu cahaya terang terhasil dari hujung jarinya . Cahaya itu sangat terang dan padam dengan sangat pantas menyebabkan mata pengawal itu menjadi begitu silau. Pengawal itu menjadi buta seketika. Dia langsung tidak dapat melihat apa-apa. setelah seketika penglihatannya pulih, Rex yang berada dalam bilik itu sudah hilang.
Di dalam gelap, pengawal itu tidak dapat melihat sepenuhnya siapa yang memecah masuk. Rex berjaya meloloskan diri.
Dia tersenyum puas. Dia berlari-lari anak menuju ke pintu belakang sekolah. Rex melompat keluar pagar lalu menuju pulang.
"mission accomplished"
bisik Rex dalam hati.
______________________________________________________________________________
Max memulas tombol pintu rumah Rex.
" haishh.. tak reti nak kunci. dah berapa kali aku pesan" bisik Max perlahan.
Dia kemudiannya berjalan masuk.
" oi bangun!. dah nak tengahari ni. Oi bangun!" Max mengejutkan rakannya yang sedang enak tidur.
Rex membuka matanya.
"Max.." ucap Rex perlahan.
Rex kemudian bingkas bangun.
"Weh aku ada benda nak tunjuk" ujar Rex lalu bangun dari katil dengan pantas kemudian membuka laci almarinya.
"Jeng jeng jenggg!!" Rex tersenyum bangga seakan murid yang menaiki pentas untuk mengambil hadiah pertama. tangannya diangkat sambil memegang segulung kertas.
"apa benda kau ni. tiba tiba cergas." Balas Max
" aku ada rancangan dan rancangan ini akan menggegarkan dunia WAHAHAH!" ketawa Rex terbahak bahak.
"bak sini..!" Max segera menyambar kertas yang berada di tangan Rex lalu dia membentangkannya di atas meja.
Mata Max terbeliak besar. Dia terkejut. Max kemudian mengalih pandangannya ke arah Rex.
" kau ni serious lah ? " ujar Max.
" hehehe.. sekarang ni aku perlukan otak kau untuk rancang perjalanan kita. " balas Rex.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...