suasana The Stoned Bar terus berubah. semua didalamnya terhenti. Semua orang memerhati Rex yang sedang berdiri diatas meja. Rex tidak ubah seperti orang gila.
"Aku Poku. kau nak apa?" kedengaran suara dari meja di hujung Bar tersebut. Seorang perempuan sedang duduk bersandar sambil kedua kakinya disilangkan dan diletak diatas meja. perempuan itu sekali imbas berkemungkinan berusia lebih kurang Rex dan Max atau mungkin dia setahun dua tua dari mereka.
"HAHAHAHA serius ka ni? HHAHAHA " Rex ketawa lucu apabila perempuan tadi mengaku dirinya adalah Poku.
" Tak sekarang ni mana Poku?aku serius ni HAHAHAH" Rex masih belum berhenti ketawa.
Satu tangan tiba-tiba mennyambar lalu mencengkam leher Rex dan membalingnya. Rex terpelanting dan menghempas dinding Bar. Keadaan mula berkecamuk. Perempuan tadi berdiri di hadapan Rex yang masih terbaring di atas lantai.
"Aku pon serius. Kau nak apa dengan aku? sebelum aku pisahkan kepala dengan badan kau baik kau mula bercakap" Perempuan tadi tersenyum menampakkan dua gigi taringnya . Terdapat tompok hitam di mukanya dan garis hitam dari bawah matanya hingga ke mulut seperti seekor cheetah. Anak matanya punya pula mengecil berwarana hitam dan disekelilingnya berwarna perang terang . kuku-kuku di jari tangannya juga menampakkan diri. Dia kelihatan seperti seekor cheetah yang bercampur dengan manusia.
" Ok rilex. tenang ok. Kami datang bukan nak gaduh ." Max tiba-tiba muncul dari belakang.
" ok aku percaya kau adalah Poku. User Beast rupanya. Chill la. " Rex berdiri sambil mengibas-ngibas bajunya. Poku pon mula bertenang dan wajah serta badannya mula berubah menjadi seperti manusia sepenuhnya. Dia agak terkejut sebenarnya dengan Rex yang langsung tidak ada kesan dari serangannya tadi.
" Kita sembang kat luar. ikut aku." Poku pon berjalan keluar dari Bar. Rex dan Max menyusulnya dari belakang.
"Sori tauke, takda niat nak buat kecoh hehe.." Max meletakkan beberapa keping duit kertas diatas kaunter Bar sambil tersengih- sengih lalu berjalan keluar.
Poku membawa mereka berdua ke kawasan yang agak lapang. terdapat beberapa batang pokok namun tempat tersebut tidaklah semak mana dan terletak tidak terlalu jauh dari Stone Market. Matahari mula terbenam. Senja mula menyusul. Kelihatan lampu-lampu cerah dari Stone Market.
Max mengeluarkan poster dari poketnya.
"Kau bawak kami ke empat orang ni."
" wowowow kejap. ni the swamp problem. kau nak aku bagitahu diorang kat mana?" Poku agak terkejut dengan permintaan Max yang agak melulu. Di sudut hatinya dia terfikir yang adakah dua orang ini bodoh. takkan senang-senang macamtu aku nak bagitahu. dua orang ni tak terfikir yang ada kemungkinan aku akan bunuh diorang sebab nak tahu tempat rahsia the swamp problem.
"aku ada hubungan dengan the swamp problem. aku bagi maklumat dan aku akan dapat sedikit bahagian dari apa yang mereka rompak. tak banyak mana tapi boleh untuk aku teruskan hidup. dan kau ingat senang macamtu ja aku nak bagitahu kat mana empat orang ni? " Poku agak pelik dengan Rex dan Max.
" Yup." sambung Max
"kau percaya aku? aku mungkin boleh bohong?"
"yup percaya ja" balas Max lagi.
Rex dari tadi hanya mendiamkan diri.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...