Bab 5

159 13 0
                                    

Ketua kerajaan Zien, dari dahulu sehingga kini sering menyebarkan keburukan-keburukan User. Ini adalah usaha dalam menanam kebencian Zien terhadap User. Zien boleh hidup tanpa User. Tapi sebaliknya bagi User. 200 ratus tahun tempoh yang agak panjang. Namun tidak jua pupus User. Hal ini kerana terdapat banyak User yang menyelinap masuk ke dunia Zien dan menyamar sebagai Zien. Lalu berkhawin dengan Zien dan mendapatkan zuriat kemudian lari semula ke dunia User bersama isterinya. Ada juga Zien yang kasihankan nasib User lalu bertindak untuk lari ke dunia User untuk berkhawin dan sebagainya. Bagi mereka User atau Zien, kita adalah sama. Ciptaan tuhan dan kehidupan harus diteruskan. Ibu Rex adalah salah seorang Zien yang lari ke dunia User dahulu. Sekarang pon masih ada lagi Zien yang sering memasuki dunia User bagi memastikan kelangsungan hidup terus berjalan. Namun, disini mereka sangat terancam dan perlu berhati-hati akan kuasa User. Kerajaan User tidak pernah menghalau Zien yang lari masuk ke dunia User tapi kerjaan Zien bertindak keras terhadap User yang lari ke dunia mereka.
Rex berbaring di atas bangsal itu. Kepenatan agaknya. Nafasnya tercungap-cungap. Lebih 3 jam dia berlatih menggunakan kuasanya. Hari demi hari banyak peningkatan yang boleh dilihat. Langit kian gelap. Rex mengumpul kayu api dan menyusunnya dalam bentuk unggun api. Dia ke belakang beberapa langkah. Kemudian mengacu jarinya seakan-akan sepucuk pistol. Cas elektrik mula terkumpul di hujung jari telunjuknya.
'Prangg!!' Bunyi seakan guruh kecil menyambar kayu yang disusun Rex tadi. Beberapa batang kayu melambung berselerak. Selebihnya terbakar elok.
Rex baring semula. Langit kian gelap. Matanya berat. Tidak lama kemudian dia tertidur.
.
.
.
" oi bangun" Max menampar beberapa kali pipi Rex. Rex membuka matanya perlahan.
"Pagi dah ka? "
"Ya dah pukul 9. Jom pergi Stone Market. Kita ada kerja sikit harini."
Rex bangun. Dia menuju ke anak sungai kecil yang mengalir di belakang bangsalnya. Dia bersiap dan membersihkan diri. Max hanya menunggu sambil mengunyah beberapa keping roti bakar. Dia membawa lebih roti untuk Rex.
Harini mereka perlu ke Stone Market yang terketak kira-kira 12 km dari Cloverfield.
Max mengeluarkan poster lalu menunjukkan ke Rex.
" 4 orang. Uhmmm. Semua User, 1500 shekel setiap kepala, hidup atau mati." Rex membaca perlahan sambil mengunyah roti bakar.
"Ok jom. " Rex bersetuju. Max tersenyum sinis. 'Heheehe'

RexWhere stories live. Discover now