Rex melompat turun dari menara jam tadi. Dia segera berlari menuju ke arah orang ramai yang sedang cemas menyelamatkan diri. Rex mencelah dengan pantas dan tiba di hadapan bank tersebut. dia menjenguk ke dalam. Terdapat seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dihadapan kaunter bank, seorang pengawal keselamatan yang sudah tidak sedarkan diri dan beberapa orang pegawai bank. mereka kelihatan cemas sambil memasukkan wang ke dalam beg kain yang berwarna coklat.
"Sorang ja? senang la macamni" bisik Rex dalam hatinya.
Dia menolak pintu bank tersebut lalu berjalan masuk.
" hai selamat petang saya nak simpan duit boleh tak?" ujar Rex sedang kakinya berjalan menuju ke kaunter.
" Bank tutup harini dik" balas lelaki yang berpakaian serba hitam itu. Lelaki itu dilihat usianya lanjut 20-an.
" ohh yaka maaflah saya keluar dulu lah macamtu." balas Rex.
DUSHHH! .... PRANGG!
satu tumbukan deras menghinggap pipi Epi dan menghantar jauh merempuh meja dan kerusi. Dia terbaring di sebelah pengawal keselamatan yan tidak sedarkan diri tadi.
" Kakak-kakak sekalian boleh keluar dan pergi panggil Excercit" balas Rex
Excercit ialah pihak berkuasa yang menjaga keamanan rakyat. meraka adalah polis bagi dunia user dan Excercit haruslah mempunyai kuasa oleh sebab itu semua Excercit terdiri dari user dan tiada Zien yang bekerja sebagai Excercit. pegawai-pegawai bank tadi segera keluar berlari meninggal bank tersebut. Rex berjalan ke arah Epi yang sedang terbaring. Mata Epi tertutup rapat. tidak sedarkan diri mungkin. Rex bertinggung di sebelah Epi.
" hahaha.." Rex ketawa kecil sambil melihat musuhnya sudah tumpas.
DUSHH! satu tumbukan deras hinggap di pipi Rex. Dia terpelanting ke belakang.
Epi bangun dari tidurnya.
" budak tak guna. berani kau pukul aku." marah Epi
" ohh nampaknya keras jugak kau ni" Rex tersenyum sambil mengelap bibirnya yang sedikit berdarah.
BZZERTTT BZZERRTT
cas-cas mula keluar dari tubuh Rex.
ARGGHHH!
Rex meluncur laju ke arah Epi dengan penumbuknya sudah bersedia membantai lawan.
PAP!
Penumbuk Rex digenggam Epi. Mata Rex membesar. Dia terkejut. ini kali pertama musuhnya menggenggam penumbuknya. bukan penumbuk biasa malah disaluti cas elektrik yang mampu melumpuhkan. seluruh badan Epi bertukar menjadi besi. Epi tersenyum sinis.
" wow budak elektrik. nampaknya harini nasib kau malang berjumpa dengan aku, user Besi." Epi menendang perut Rex sambil tangannya memegang erat penumbuk Rex.
Rex tidak mampu berbuat apa-apa. perutnya ditendang berkali-kali. Cas elektrik yang terhasil dari badannya seperti sungai mengalir namun langsung tidak memberi apa apa kesan.
"PERTEMPURAN ANTARA ELEKTRIK"
DUSHH! satu sepakan menghinggap lagi perut Rex.
" DAN BESI"
DUSH!
" SUDAH TERTULIS SIAPA PEMENANGNYA"
DUSH! satu sepakan deras menyebabkan Rex jatuh terbaring. Penumbuk Rex dilepaskan.
Rex jatuh menyembah bumi. tidak bermaya. Tidak pernah dia sangka dia akan dibantai sebegini rupa. Matanya pejam celik. pandangannya mula kabur. mulutnya berdarah, bajunya merah.
Epi menggalas beg kain yang dipenuhi wang. Dia berjalan menuju kearah pintu bank.
" kau masih terlalu mentah untuk bertempur dengan kami, the swamp problem" ujar Epi sebelum keluar dari Bank tersebut.
Mata Rex membesar.
THE SWAMP PROBLEM
jadi dialah satu lagi anggota the swam problem yang membunuh anak pakcik Brod. Ini bererti tinggal Lich iaitu ketua the swamp problem yang belum mereka pernah jumpa.
"JAHANAM..."
bisik Rex dari mulutnya yang berdarah. Pandangannya mula kabur. Rex akhirnya pitam.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...