Bab 30

65 5 0
                                    

awan mendung petang itu, hari kelihatan mahu hujan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

awan mendung petang itu, hari kelihatan mahu hujan. Rex memakai pakaian seba hitam. Matahari perlahan hilang diufuk barat. Malam tiba dan Rex bergegas keluar dan menuju ke pinggir kota. setibanya dia di sana, Max sudah sampai terlebih dahulu. 

"kau tak nampak ka nak hujan ni? pakai la baju hujan atau jacket." tegur Max

"hujan tu air ja pun. kau takut air ?" balas Rex

"bukan masalah takut air. basah la nanti." 

"takut basah? dahla jom. dah macam makcik makcik kau ni." balas Rex

Mereka berpecah. Rex akan akan mula dari kiri kota dan Max dari kanan. Mereka mencara sebarang petanda yang berkaitan dengan bulan sabit hitam itu. Rex dan Max membuka langkah perlahan. hilang di sebalik celahan rumah dan kegelapan malam.

Max berjalan dari pintu ke pintu. setiap rumah dan kedai dibeleknya. Dia memerhati dengan sangat teliti. sejam sudah berlalu namun sebarang petunjuk belum dapat ditemui.

"Max." satu suara menyapa perlahan dari belakang.

seorang wanita berdiri tidak jauh darinya. 

"ehh Hana. apa kau buat malam malam ni." soal Max

"aku nak tolong kau dengan Rex. siapa tahu aku dapat bantu." balas Hana

"mana kau tahu aku disni?" soal Max

"ni..hihi" Hana memusingkan kepalanya menunjukkan rambut yang dicucuk di rambutnya.

"ohh hahah. kau keluar bagitahu tak?" tanya Max

"Alma ja tahu. aku dah suruh dia tolong kalau apa apa jadi" balas Hana

"haish kau ni. bahaya la. yalah jom." mereka pun mula berjalan dan mencari.

setelah sekian lama mereka berjalan mereka pun tiba di hujung kota. Sebarang petunjuk masih belum dapat ditemui. Mereka berhenti dan duduk di sebuah kerusi panjang ditepi jalan. sedang mereka asyik berborak tiba-tiba Max tangkas bangun dari duduk dan dalam posisi bersedia.

"aku tahu ada orang kat situ. baik kau keluar!' ujar Max

satu susuk tubuh berjalan keluar dari sebalik semak.

Marco.

"pendengaran kau memang tak pernah mengecewakan. hahah!.  kau yakin ka telinga kau tak boleh absorb macam anggota badan kau yang lain.?" soal Marco

"Marco.!" ujar Hana perlahan

"apa kau buat ni Hana. anak gadis bangsawan macam kau tak elok macamni malam-malam" ujar Marco

"apa kau nak Marco? kami takda urusan dengan kau." ujar Max

Max masih di dalam posisi berjaga-jaga. Marco boleh menjadi sangat-sangat bahaya. Marco ialah User God's Weapon.  Dia mampu mengeluarkan apa jenis senjata dari tangannya. syaratnya dia mestilah pernah pegang senjata tersebut.  User God's Weapon bukanlah mampu mengeluarkan senjata semata-semata, malah mereka dikatakan mempunyai ketangkasan reflex yang paling tinggi diantara semua user bergantung kepada latihan mereka. Namun Marco bukanlah seorang yang tiada tujuan. Dia tidak akan melibatkan diri dengan perkara yang tidak menguntungkannya. Seperti malam ini, Max tahu Marco muncul mesti kerana sesuatu. Namun max tidak pasti apa tujuannya , samada kerana kumpulan kongsi gelapnya atau tujuan peribadi.

"Max kau tengok aku." Marco mengangkat dua tangannya yang kosong

"aku tak datang untuk bertempur. cuba kau tengok sekeliling kau?" soal Marco

Max melihat sekelilingnya. Dia sudah faham kenapa.

"kau di kawasan Merc sekarang. aku hanya berlegar-legar dan nampak kau dari jauh." balas Marco

"sepatutmya aku yang tanya kenapa kau disni." sambung Marco tersenyum

Max dan Hana tidak sedar mereka sekarang berada di kawasan pengaruh kuat Mercenaries. satu kumpulan kongsi gelap yang agak besar di dunia User. kumpulan ini boleh didapati disemua kota di dunia User. Malah ada yang mengatakan Mercenaries juga wujud di kawasan Zien. Merc ialah kumpulan kongsi gelap yang tujuan mereka hanya satu. keuntungan. Namun cara mereka tersangatlah jauh dari landasan yang betul. Di Gohnegm, Marco ialah seorang yang infamous. Malah ada yang mengatakan Marco merupakan orang atasan di hierarki Merc di kota Gohnegm. 

Pihak berkuasa seperti membutakan mata terhadap Mercenaries. Mungkin rasuah yang lumayan atau bukti yang tidak mencukupi untuk membanteras Merc secara total.

"aku sedang mencari apa-apa yang berkaitan dengan bulan sabit hitam." Ujar Max

"Max!" Hana seperti terkejut melihat Max memberitahu tujuan sebenar mereka.

"apa yang aku dapat?" soal Marco

"apa yang kau nak?" soal Max semula

"rundingan yang bagus. haha." Marco ketawa kecil

"tak apa. aku simpan permintaan aku untuk masa nanti." balas Marco

"sekarang kau ikut aku. aku bawak kau jumpa dengan budak aku." sambung Marco.

Max hanya mendiamkan diri. Dia melihat kearah Hana lalu mengangguk perlahan.

"jangan risau." bisik Max

mereka kemudian berjalan mengekori Marco. 





RexWhere stories live. Discover now