Linch menjenguk di luar tingkap. langit semakin cerah. malam bertukar menjadi pagi. Dia dan Epi bersembunyi di dalam sebuah rumah di pinggir kota. Linch menyeluk saku seluarnya. Dia terasa seperti ada benda yang hilang namun dia tidak pasti apa. Dia mengabaikannya. Dia perlu fokus akan rancangan mereka sekarang iaitu beredar dari Kota Gohnegm dengan selamat. kejadian kelmarin telah menyebabkan Anggota Excercit membuat sekatan di jalan-jalan utama yang menghubungkan Kota Gohnegm dengan tempat luar.
Linch perlu berfikir segera atau mereka dua bakal terkandas di sini. Linch masuk ke dalam sebuah bilik. Satu jasad terbaring di atas katil. Lehernya patah dan hidungnya pula berdarah. namun darah itu kelihatan beku dan mukanya kelihatan pucat kebiruan. Tuan kepada rumah itu tidak lagi bernafas. Linch meyelongkar almari bilik itu. Dia merancang untuk menyamar sebagai penternak kambing dan keluar dari kota ini atas urusan jual beli.
Linch berjalan keluar menuju ke Epi yang sedang tidur di ruang tamu.
"Epi bangun. kita gerak awal pagi ni." Ujar Linch
Epi membuka matanya perlahan
"aku rasa tak sedap hati la" balas Epi
"lagi lama kita disini lagi bahaya" Ujar Linch
"bukan excercit yang aku maksudkan. ada benda lain yang lebih besar akan datang" balas Epi
"kenapa? kau takut?" Linch mula bermain dengan minda Epi
"CEHH! taklah dah jom gerak." balas epi seperti agak marah
Linch tersenyum sendiri. Mereka bersiap-siap untuk keluar dari kota ini
Beberapa ketika kemudian mereka bergerak keluar dari rumah tersebut menggunakan kereta kuda. Mereka menggunakan jalan utama utama menuju ke arah Stone Market. Dari jauh dapat dilihat sekatan jalan dilakukan oleh beberapa orang anggota Excercit.
"Kamu mahu kemana? apa yang ada dibelakang?" tanya seorang anggota Excercit apabila Linch memberhentikan kereta kuda di hadapan mereka.
"Baja tahi kambing tuan. saya menuju ke Stone Market bagi urusan jual beli" jawab Linch
Anggota polis itu menoleh ke arah rakannya dan mengangkat dagunya seperti memberi isyarat. rakannya segera ke belakang untuk memeriksa kebenaran yang dikatakan oleh Linch. Dia menyelak kain yang menutupi pintu kereta kuda itu dan melompat masuk ke dalamnya. Linch berdebar-debar. nafasnya cuba dikawal. mereka tidak boleh melakukan perkara bodoh. jika helah mereka pecah disini maka habislah mereka akan diburu secara besar-besaran.
Tidak lama kemudian anggota polis itu melompat keluar dan mengangkat isyarat ibu jarinya tanda bagus.
" kamu boleh jalan" Ujar anggota Excercit yang sedang berdiri di sebelah Linch.
" Terima Kasih tuan." balas Linch lalu menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.
Linch pun melajukan kereta kuda itu. Dia tersenyum puas. Kereta kuda itu dipecut laju.
" kau dah boleh keluar!" jerit Linch sambil mengawal kuda-kuda menggunakan tali di kedua tangannya.
"perlahan sikit woi!" sapa suara dari dalam kereta kuda.
Epi keluar dari belakang kereta kuda dan melompat duduk di sebelah Linch.
" pandai kau ah HAHAH!" Epi membaling kain yang digunakannya untuk menutupi dirinya sambil bersembunyi didalam timbunan tahi kambing.
"hehehe" Linch gelak kecil.
'PRANGG!'
Satu panahan petir menyambar belakang kereta kuda itu. belakang kereta kuda itu hancur dan terbakar. Mereka hilang kawalan lalu terbabas. Kuda-kuda yang menarik kereta itu bertempiaran lari. Linch dan Epi sempat melompat turun sebelum mereka terbabas.
Mereka berdua berdiri di tengah-tengah jalan sambil mencari arah petir itu datang. Mereka di tengah tengah hutan. namun sedikit sahaja lagi dihadapam mereka adalah satu padang rumput yang luas
"kita diserang hendap dan aku tahu siapa" bisik Epi kepada Linch
satu bunyi dari semak kedengaran dan kelihatan Rex berjalan keluar ke arah mereka berdua.
"aku kenal budak ni. biar aku setelkan dengan mudah." Epi terus meluru ke arah Rex.
seluruh tubuh badannya sudah bertukar menjadi besi. sedia untuk menerima apa jua renjatan.
Rex hanya berdiri kaku. Epi melepaskan tumbukan mensasarkan kearah muka Rex.
satu susuk tubuh tiba-tiba muncul dan menepis tumbukan Epi. Max tersenyum sini. kedua tangannya disilang membentuk huruf 'X' menepis tumbukan Epi yang amat kuat.
Mata Epi membesar.
"Apakah ini?" bisik dia perlahan
"Epi beredar dari situ!!" Jerit Linch dari belakang
belum sempat epi membuat apa-apa satu tumbukan deras hinggap diperutnya menghantarnya melayang jauh merempuh beberapa batang pokok. Epi tersungkur di tanah tapi dia belum kalah.
"selepas berfikir seketika sebenarnya jawapannya sudah jelas dari awal. kami bukan lemah. kami cuma salah pilih lawan. dan di dalam peperangan, mempunyai kekuatan sahaja tidak mencukupi. strategi yang bijak selalunya menjadi kunci kemenangan." Ujar Max. Penumbuknya digenggam keras. senyuman sinis terpancar diwajahnya
Rex membuka langkah ke arah Linch. . Matanya dijeling tajam sambil kakinya semakin laju memecut ke arah Linch. cas-cas elektrik melompat-lompat keluar dari tubuh badannya.
Lich segera memalingkan badannya lalu memecut sekuat hati. Dia ingin selamatkan diri. Dia membuka seribu langkah keluar dari hutan tersebut dan tiba dikawasan rumput yang luas.Lich ketakutkan. nafasnya turun naik. Dia memaling kebelakang. kelibat Rex tidak kelihatan. Dia teruskan larian merentasi padang rumput yang luas itu.
satu cahaya putih membutakan matanya.
'PRANGGG!"
kilat memanah bumi tidak jauh dari hadapannya. satu sosok tubuh berdiri tegak. badannya berasap dan cas-cas elektrik seperti melompat-lompat dari tubuh badannya. Rex kelihatan begitu marah.
Lich bagai melihat malaikat maut dihadapannya. matanya tidak berkedip kakinya kaku seperti dipaku ke bumi. Ini adalah mimpi ngeri baginya. sepatutnya lawannya adalah Max bukan Rex. hal ini kerana Linch ialah seorang user yang mewarisi kuasa Sucker. kuasa dia adalah menyedut keluar segala jenis kekuatan fizikal dari badan manusia yang disentuhnya. oleh sebab itu Max bagaikan hilang arah jika bertempur dengannya. Max menggunakan daya untuk bertempur manakala Linch mampu menyedut daya tersebut. Max hanya menyerap bukan menyedut. Max tidak mampu sedut dari orang lain. daya itu haruslah datang dari lawannya sendiri. Dua kuasa ini jika bertemu pemenangnya sudah ditentukan.
" Dah berapa orang kau bunuh hingga ke harini?" Jerit Rex.
awan yang tadinya cerah mula berkumpul menjadi gerombolan hitam. padang rumput yang luas itu ditutupi awan. bunyi guruh mula kedengaran. tiada helah yang mampu menyelamatkannya. bisik linch dalam hati
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...