Bab 13

115 10 0
                                    




"nama sebenar aku Alice. Poku hanyalah nama samaran. macam apa yang korang nampak aku User Beast cheetah. korang pon tahu kerja macam aku ni banyak musuh jadi aku tak pakai nama sebenar. ok kali ni aku bawak korang ke the swamp problem. nah 500 kau." Alice memperkenalkan dirinya semula sambil menghulurkan semula 500 shekel kepada Max.

" takpa simpan." Balas Max pendek

"ehh amenda kau ni. tadi cakap kalau dia tipu kita ambik balik duit." Rex bersuara

"dia memang nak tolong kita kalini. 500 ja pon. simpan jela." balas Max

" ohh dengan pompuan lawa kau baik ja kan.?" Rex memerli rakannya.

" cuishh mana ada."

"hek eleh aku mintak 10 shekel pon kau payah nak bagi" Sambung Rex

"masalahnya kau membazir. beli benda pelik-pelik" balas Max.

Alice mendiamkan diri. Dia terasa lucu melihat gelagat kedua-dua pemuda dihadapannya.

"ok takpalah simpan 500 tu. tapi kau tipu sekali lagi.." Rex mengalihkan pandangan dan memandang tepat kedalam mata Alice yang berada di belakangnya.

"ggrrrruurrrrrr"

bunyi guruh dilangit tiba-tiba kedengaran kuat. seolah-olah bersedia melepaskan panahan kilat.

Rex tidak menghabiskan ayatnya. Muka Alice berubah pucat.

"Dah kita jumpa esok dekat sini jugak. pukul 8 pagi." Max memecahkan ketegangan diantara Rex dan Alice.

"Jom gerak" Dia menolak belakang Rex. Rex tersenyum sinis sambil anak matanya memerhati Alice kemudian Rex pon mengikuti langkah Max. Mereka beredar dari tempat tersebut.

User Beast ialah User yang mempunyai kemampuan untuk menyerupai haiwan yang khusus. mereka mampu memanipulasi keupayaan haiwan untuk kegunaan. user beast mampu menukar seluruh badan ke bentuk haiwan sehingga menukar beberapa bahagian badan sahaja mengikut keinginan mereka. jika ingin pendengaran yang kuat, seorang user beast itu boleh menukar telinga sahaja dan begitu juga bahagian badan yang lain. User Beast tidak semestinya mewarisi haiwan yang sama seperti ayah atau ibu mereka. tetapi apa yang pasti mereka akan mempunyai kelebihan seekor haiwan.

ribuan tahun dahulu. semasa manusia masih tidak mempunyai kuasa luar biasa ini, user beast adalah kuasa pertama yang muncul di kalangan manusia kemudian diikuti oleh kuasa-kuasa yang lain. Manusia pada awalnya menganggap mereka yang punyai sifat aneh ini adalah eksperimen tuhan yang gagal. kini, istilah tuhan itu sendiri mula hilang dan kian dilupai. ada yang menganggap tuhan telah mati.

Sesudah makan malam di sebuah kedai makan mereka pon pulang ke yang disewa mereka.Rex dan Max menyewa sebuah bilik yang terletak di Stone Market juga bagi menghabiskan malam tersebut.

"kau rasa Alice tu boleh pakai ka?" Tanya Rex yang sedang berbaring diatas lantai berbantalkan sebuah bantal.

"Ntahlah. sebenarnya aku tak la percaya dia sepenuhnya. tapi aku rasa dia tak berani nak tipu kita dah selepas apa yang jadi petang tadi." Balas Max yang sedang berbaring di atas katil.

Mereka bersetuju untuk menjimatkan wang dengan menyewa bilik yang hanya mempunyai satu katil. Lagipun Rex memang tidak kisah tidur di atas lantai. Dirumahnya pon dia sering tidur dilantai di ruang tamu sedangkan dibiliknya punyai katil yang agak besar dan empuk.

"hurmm. kita tunggu ja la esok." Balas Rex. Dia pon mula memejam mata. tidur.

_______________________________________________________________________________

Mentari naik perlahan di ufuk timur. Rex terjaga akibat silauan cahaya dari celahan tingkap bilik. Dia menjenguk ke atas katil. Kosong. Max sudah tiada. Jam di dinding menunjukkan pukul 7:20 pagi. Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi dihadapan biliknya.

Pintu bilik dibuka. Max melangkah masuk dengan sebungkus beg plastik di tangannya.

"Nah sarapan. pergi siap-siap lepastu makan. aku makan dah." dia menghulurkan bungkusan tersebut ke Rex.

Rex mengambil bungkusan tersebut lalu dibukanya.

"amenda benda tiga segi ni?" Rex menyoal.

"nasi lemak. penjual tu kata ni makanan ni dari tempat asal dia. katanya dia dari Asia tenggara. aku dah makan. sedap. sebab tu aku beli untuk kau." Balas Max.

"Ohhh.." Rex membuka bungkusan tiga segi itu lalu disuapnya ke mulut nasi lemak tersebut.

" mandi la dulu bangang" Max memarahi rakannya itu.

"Makan penting. mandi kejap lagi pun takpa" Balas Rex sambil mengunyah dengan mulut yang penuh.

selesai makan dan mandi, mereka bergerak keluar dari bilik sewa itu. Max menyerahkan kunci di kaunter di hadapan pintu masuk. Mereka lantas bergerak ke tempat kelmarin.

tepat jam 8 pagi. Rex dan Max melihat ke sekliling. mencari kelibat Alice. Satu susuk tubuh kelihatan berjalan perlahan ke arah mereka dari jauh.
"Tu dia dah datang" Max yang terlebih dahulu perasan . Rambut Alice yang berwarna merah keperangan kelihatan jelas akibat sinaran matahari pagi. Rambutnya yang sebelum in diikat kemas tapi harini dilepaskan ke paras bahu.
"Cantik jugak singa betina ni dari jauh" bisik Rex perlahan kepada Max.
"Hahaha singa betina" Max ketawa sambil memegang perutnya.
"Apa benda yang lawak ni pagi-pagi ni" tegur Alice yang sudah menghampiri mereka.
"Tak ada apa lahh" balas Rex.
"Kalau macamtu jom aku bawak korang ke tempat the swamp problem. cepat-cepat sikit setel. Aku dah semak tengok muka korang berdua ni" Nada Alice kedengaran agak kasar.
"Chill chill jangan la marah hahaha" balas Max
"Tak jauh pon tempat tu dari sini" Alice pon bergerak mendahului mereka. Max dan Rex menyusul dari belakang.
Mereka pon bergerak. Mereka berjalan melepasi Stone Market dan masuk ke kawasan hutan. Setelah 10 minit berjalan mereka tiba di kawasan paya.

RexWhere stories live. Discover now