bab 18

88 10 2
                                    

Rex memerhati disekitarnya. 

"mana pergi dia ni? aku rasa aku tumbuk dia melayang ke kawasan ni.."

Mulgogi memerhati Rex dari dalam air. Dia seorang beast user ikan. air adalah tempat permainannya. 

Rex berjalan diatas akar-akar pokok yang tumbuh diatas paya tersebut. Dia masih tercari-cari lawannya.

"ishh tak boleh jadi ni. nanti Max sudah dulu. aku kena awal lagi dari dia." bisik Rex dalam hati.

"keluar la. aku tahu kau ada kat sini.." Rex cuba memujuk lawannya.

"splashh!" bunyi percikan air dari belakang. Rex segera menoleh.

"hehe" 

Mulgogi melompat keluar dari air di hadapan Rex dengan pedang ditangannya. Percikan air tadi hanyalah untuk mengelirukan Rex. Dia menghunus pedangnya ke arah Rex dan sedia untuk menikam Rex dikawasan jantung. 

'pap' tangan Rex pantas menyambar pedang milik Mulgogi. Mulgogi terkejut dengan tindakan refleks Rex yang teramat pantas lalu dia melompat jauh ke belakang.

" Kau siapa budakk!" jerit Mulgogi.

"hehe." Rex tersenyum sinis.

"aku adalah petir itu sendiri"

Cas elektrik memenuhi tangan Rex yang menggenggam pedang milik Mulgogi.

Rex mengangkat pedang tersebut ke posisi seperti ingin membaling lembing. lalu dia mensasarkan ke arah Mulgogi.

" cehh kau ingat aku tak boleh nak mengelak setakat nak baling pedang macamt-.."

"zzapppp"  " krushhh" belum sempat Mulgogi menghabiskan ayatnya.  pedang tadi  sudah menembusi dada Mulgogi. darahnya terpancut deras. Dia mati serta merta.



RexWhere stories live. Discover now