Masa rehat dihabiskan Rex dengan tidur. Masa inilah kelasnya akan sunyi. Pelajar lain kebanyakannya keluar. Ada yang ke kantin dan sebagainya. Selalunya hanya tinggal dia dan Sienna sahaja yang tidak keluar berehat. Sienna adalah seorang pelajar perempuan kelasnya yang paling pandai. Dia akan menghabiskan masa rehat dengan mengulang kaji pelajaran. Rex tidak pernah kisah. Dia tidak pernah kisah akan grednya. Malahan dia tersenarai dalam pelajar tercorot di dalam kelas.
'Boom!'
Koridor di sebelah kelasnya hancur berkecai. Serpihan dinding batu berterabur masuk ke dalam kelas 5 Arc iatu kelas Rex yang berada di tingkat tiga. Suasana diluar mula bising. Serpihan batu tadi terkena tepat di kepala Rex yang sedang tidur diatas meja guru. Rex masih tidur dengan tenang. Sienna keluar dari kelas dan menjenguk ke dataran di sebelah blok kelasnya. Dataran yang diberi nama Petak Avant itu kelihatan berdebu. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri dengan tangan mengcengkam leher seorang pelajar lelaki junior. Seinna mengecilkan anak matanya untuk melihat dengan lebih jelas. " Izrael". Bisiknya perlahan.
"Aku pantang dicabar sial!" Izrael melaung sekuat hati. Tangannya mengeluarkan api berwarna oren kekuningan. Budak tadi melaung kesakitan. Izrael melepaskan tumbukan deras disusuli dengan api yang sedang marak. Penumbuknya yang dilitupi dengan api tadi hinggap tepat diperut budak itu lalu menyebabkannya melayang ke udara.Sienna sedikit pun tidak terkejut. Ini perkara biasa bagi User. Pergaduhan adalah rutin biasa disekolahnya.
Budak junior tadi melayang deras menuju ke aras tiga lalu menghempap dinding kelas 5 Arc. Sienna sempat mengelak. Tapi serpihan dinding yang hancur terkena badannya. Pedih. Tindakan Izrael tadi menyebabkan rakan- rakan sekelas budak junior tadi mula menyerang Izrael. 20 lawan 1. Suasana mula menjadi tidak terkawal. Hampir semua penonton yang kebanyakannya lelaki mula memasuki pergaduhan itu. Uji kekuatan agaknya. Bunyi letupan, jeritan dan sebagainya semakin kuat. Api, batu, bayang, besi, angin, air dan banyak lagi mula berlaga sesama sendiri. Kuasa dengan kuasa bertembung. Sienna segera mendapatkan Rex yang masih lena."Rex bangun. Rex. Woi bangun laa!." Sienna menggoncangkan badan Rex.
"Huh.. Apa jadi. Asal kelas berterabur ni.." Rex terjaga sambil mengusap matanya.
" kat luar bergaduh lagi. Izrael ada sekali."
"Izrael?" Rex sensitif dengan nama itu.
"Ya. Izrael." Sienna menyambung.
Rex bingkas bangun dan menuju ke meja belajarnya.
"Dah lama tak beraksi.huhuhu.." Rex bercakap sendirian
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...