Pagi ini, Sienna berjalan pulang dari pasar. Dia membeli sedikit sayuran dan daging. mungkin untuk dimasak tengah hari nanti. Dia tiba-tiba berhenti. terdapat gerombolan orang tidak jauh dihadapannya
Orang ramai mula berkumpul di tempat itu. Sienna juga turut bergegas kesana. Api marak tiba-tiba meletus ditempat orang berkumpul tersebut lalu menyebabkan kekecohan. beberapa orang melambung keluar.
"ARGHHhh!!"
satu jeritan kedengaran dari jauh. suara yang sangat dia kenal. Sienna tiba di tempat kekecohan tersebut namun pemilik suara itu sudah tiada. beberapa orang disitu tercedera. semuanya akibat melecur dibakar api.
Sienna segera meletakkan beg yang digalasnya.
"Saya Healer. yang mana luka saya akan bantu" Sienna mula merawat seorang demi seorang.
"terima kasih cik." kata seorang pakcik yang sudah lanjut usia apabila sienna selesai merawatnya.
"sama-sama pakcik. apa yang terjadi sebenarnya tadi pakcik?" sienna menyoal pakcik tersebut.
" budak tu dia tiba-tiba mengamuk. lepastu bila orang datang nak tenangkan dia lagi mengamuk dia.. dia memang macam api. lagi disimbah lagi besar."
Sienna terdiam seketika memikirkan kata-kata pakcik itu. ada betulnya. Izrael memang panas baran.
Selesai merawat orang yang cedera, Sienna berjalan pulang semula. tiba di sebuah selekoh, ada satu suara yang menyapanya.
" Diorang cakap apa pasal aku tadi."
Sienna sedikit terkejut akan kehadiran Izrael. Sienna menoleh kebelakang.
" Diorang cakap kau mengamuk tak tentu pasal. tu je. apa yang jadi sebenarnya?"
"bukan urusan kau" Izrael membalas pendek. lalu berjalan pergi.
"cehh.." Sienna pon meneruskan perjalanannya.
Dia kemudian melintas dihadapan rumah Max. Suasana agak sunyi.
"pergi mana la dua orang tu. harini dah ahad. harap-harap sempat datang sekolah la esok ."
Sienna berbisik didalam hati. Dia tidak tahu yang Rex digantung sekolah.
tidak lama kemudian dia tiba dirumahnya. Sienna membantu ibunya memasak kemudian dia masuk ke bilik untuk mengulang kaji. kehidupannya memang menghadap buku saja.
selepas sejam mengulang kaji, sienna berhenti seketika. Dia bangun dari meja studynya lalu bergerak ke tingkap biliknya. Dia mengambil nafas panjang.
"Haaaahhhhhh..."
Sienna menghembus nafas. cuba untuk dapatkan fokus semula sebelum menyambung mengulang kaji.
dia kemudian kembali duduk di meja studynya. Sienna menarik laci meja lalu mengeluarkan sekeping gambar. Gambar itu adalah gambar keluarganya. Dia membelek wajah-wajah yang berada di gambar tersebut. ahli keluarga sienna 5 orang semuanya. Dia yang sulung diikuti dua adik lelakinya. seorang daripada adiknya adalah user healer seperti dia dan seorang lagi tidak mewarisi apa-apa kuasa. Ayahnya adalah seorang zien dan ibunya seorang healer juga.
seinna terfikir sejenak, apakah nasib user pada masa akan datang. bilangan user semakin sedikit akibat perpecahan antara zien dan user.
dia meletakkan semula gambar tersebut kedalam laci lalu menyambung ulang kaji.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...