Bab 39 : Jumpa lagi Gohnegm!

15 3 1
                                    


Dua pemuda itu berjalan keluar dari rumah usang Rex. mereka berjalan kaki lalu tidak lama kemudian memasuki pintu kota Gohnegm. Bandar yang dikelilingi tembok besar itu dijaga oleh pengawal di setiap pintu. beberapa peladang dan pekebun melintasi mereka dengan menunggang kuda yang menarik kereta sorong yang dipenuhi hasil ladang mereka. 

Max dan Rex teruskan berjalan dan singgah di beberapa tempat. mereka kemudian membeli beberapa barang sahaja kerana kebanyakan kelengkapan mereka sudah ada oleh kerana mereka sering keluar memburu sebagai Skiptrace. 

Waktu kian menjelang senja. Rex dan Max sedang duduk di sebuah kerusi panjang berdekatan dinding di pinggir kota. 

" Dia dapat datang ka ? " tanya Rex sambil membaling dan menangkap semula buah apple yang dipegangnya.

 " sabar jap. japgi datang la tu. " balas Max yang sedang asyik melihat bintang di langit.

Suasana malam di Gohnegm tidak sunyi walau kota ini digelar dengan pelbagai nama seperti kota terhujung dan kota pinggir dunia. Walau di waktu malam, kebanyakan kedai dan perniagaan masih buka terutama kedai dan gerai yang menjual makanan. Di bahagian elit kota, restoran mewah masih meriah dengan golongan-golongan kaya dan ternama. kanak-kanak berlari-lari di celahan bangunan serta penyair dan penyanyi jalanan masih kedengaran. 

tidak lama kemudian satu susuk tubuh muncul disebalik gelap di celahan bangunan dan datang ke arah dua pemuda itu.

" nah sampai pun " bisik Rex perlahan.

" jadi ke korang nak bertolak esok? " tanya Hana apabila tiba dihadapan mereka berdua. Dia mengangkat sedikit gaun yang dipakainya untuk mengelakkan dari kotor menyeret lantai.

" ya jadi. perlu ka kau angkat gaun begitu? " balas Max

" nanti kalau kotor ayah aku perasan. tak pasal dia dapat tau aku lajak sampai sini. memang tak dapat keluar rumah dah aku. aku tak boleh lama-lama ni" ujar Hana.

"ermm yalah gitu. jadi kau ada apa-apa lagi ka.? " tanya Max

" nah ambil ni. jangan tanya aku dapat mana." Hana menghulurkan sekeping kertas kepada Max.

Max mengambil kertas tersebut lalu membeleknya.

" itu ialah pas. kau boleh guna untuk untuk dapatkan apa-apa servis tapi sekali saja. sebab lepas kau guna dorang akan cop pas ni. lepastu kau tak boleh pakai dah." terang Hana kepada dua rakannya itu.

"kalau basuh hilang la cop tu" ujar Rex.

Max mengerutkan lehernya lalu berpaling ke arah Rex

"apa kau bengap sangat ni. kalau basuh kertas rosak la " ujar Max

" ya kan " balas Rex

Max dan Hana ketawa besar lalu Max menampar-nampar belakang leher Rex.

" haihh kau ni haha. yalah aku kena gerak dulu ni. " Ujar Hana

Max dan Rex bingkas bangun dari duduk.

Hana pun berjalan pergi 

" HATI- HATI KORANG DUA !! SELAMAT JALAN. " kedengaran jeritan suara Hana dari jauh.

Max melambaikan tangannya. Mereka dua pun bergerak keluar dari kota dan menuju ke rumah masing-masing.

setibanya di rumah Rex terus melelapkan matanya. Dia tidak sabar untuk meneroka. Seumur hidupnya di habiskan di tempat yang sama. kini dia punya cita-cita dan semangat baru. selamat malam dunia!. 



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 17, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RexWhere stories live. Discover now