Bab 31

65 4 2
                                    


Max dan Hana mengekori Marco. tidak lama kemudian mereka tiba di sebuah hadapan pub yang agak usang. 

"kau tahu kita belum cukup umur untuk masuk kan?" soal Hana

"kita layak untuk daftar sebagai Skiptrace tapi tak boleh masuk pub? Peraturan tu mengarut ja HAHAHA!" Marco ketawa besar.

Marco menolak perlahan pintu pub itu.

'KRRIEEEKKK' 

Pintu itu berbunyi. sesorang perlu menukar baru.

"silakan masuk." Pelawa Marco. Hana dan Max berjalan masuk mendahului Marco

Langkah mereka berdua terhenti. Max dan Hana tergamam seketika. suasana di dalam tidaklah seperti di luar. Pub itu jauh lebih mewah dan bersih berbanding luarannya. Barang-barang di dalamnya kelihatan elegan dan berkelas. 

Mata-mata di dalam pub itu tertumpu ke arah mereka berdua. suasana bertukar diam. Hana memegang lengan Max. Dia jelas ketakutan. kesemua manusia di dalam Pub itu memerhati mereka tajam.

"Santai semua. jangan bertindak bodoh. ni kawan aku." Marco muncul dari belakang

Suasana mula berubah dan kembali seperti sedia kala.

"Hovier aku macam biasa" Marco melaung ke arah kaunter. 

"okey boss!"balas  seorang lelaki agak tua yang menjaga kaunter pub itu. 

Pelanggan-pelanggan di dalam pub itu berpakaian biasa namun pub itu terlihat sangat berkelas. Max dan Hana tidak faham. Mereka tidak faham apa yang berlaku. Marco kemudian membawa mereka berdua ke sebuah bilik dihujung pub itu. Bilik itu juga mewah dan berkelas. hiasan di dalamnya sangat berseni dan terdapat gambar-gambar yang dilukis penuh teliti.

"fuhh"

Marco melepaskan keluhan besar selepas menghempaskan badannya ke sofa yang empuk. kakinya disilang.

Max dan Hana masih berdiri tercengang.

"Boss aku memang jenis pecinta seni. Dia sangat berkelas orangnya. " kata Marco

"duduklah. " Marco mempelawa Max dan Hana duduk.

Max dan Hana pun duduk. wajah mereka masih penuh dengan kekaguman bercampur tanda tanya.

Knok Knok

Pintu bilik itu diketuk. Pelayan pub tadi masuk dengan minuman di atas dulang.

"boleh saya tahu cik berdua mahu minum apa?" tanya pelayan itu.

"air sejuk ja" balas Max

"samalah" ujar Hana.

"lagi satu Hozier. tolong panggilkan Kristine." Ujar Marco sebelum pelayan itu keluar dari bilik tersebut

Pelayan itu mengangguk dan beredar pergi.

"jadi Marco, apa sebenarnya jawatan kau dalam Merc ni?" tanya Max

"jawatan?"

Marco tersenyum.

"aku hanyalah orang biasa." balas Marco

"tapi tadi dia panggil kau boss?" sampuk Hana

"dia pelayan bar. semua orang dia panggil Boss." Balas Marco

knok knok. Pintu diketuk lalu terus dibuka.

"kau cari aku ka Marco?" seorang gadis menyuakan kepalanya ke dalam bilik itu.

"Ya Kristine. Masuklah." Balas Marco

"kau tau kan aku banyak kerja." Balas Kristine sambil berjalan masuk dan duduk di sebelah Marco

"kawan-kawan aku disini ada sesuatu yang mungkin kau boleh bantu." Ujar Marco

"apa dia?" tanya Christine

Max dan Hana saling berpandangan. 

"Bulan Sabit Hitam" Ujar Max pendek

"Bulan Sabit Hitam...hurmm" Kristine  seakan berfikir





RexWhere stories live. Discover now