Rex memasukkan beberapa keping wang kertas dan duit syiling ke dalam mejanya lalu berjalan keluar ke koridor kelas. Rex sempat menjenguk ke luar kemudian mengangguk kecil sendirian." Humm.."
Dia berundur kebelakang sehingga rapat ke dinding kelas. Rex kemudiannya mendepa kedua-dua belah tangannya.
'Beezzertt' bunyi elektrik semakin kuat dan cas-cas elektrik bewarna biru keunguan kelihatan di tapak tangan Rex. Cas elektrik itu semakin kuat. Rex segera membuka langkah. Dia memecut sepenuh tenaga ke arah koridor dan lompat melepasinya. Lompatan Rex disusuli oleh bunyi guruh yang kuat beserta cahaya terang dari langit. Kelihatan di dada langit kilat mula bersabung sedangkan sang mentari masih cerah menyinari kerana waktu hanya baru memasuki tengah hari.
"Warghhhhhh!!!" Rex menjerit sebaik sahaja dia mendarat dengan selamat dari aras tiga. Tempat Rex mendarat retak serta-merta. Seorang budak memegang kapak di tangannya meluru ke arah Rex. Belum sempat dia menghayunkan kapaknya satu tumbukan deras dari Rex hinggap tepat di mangsanya. Rex tidak peduli. Semua disitu terus leka. Rex menepis tendangan kencang dengan sebelah tangannya. Dia menghadiahkan sepakan deras di bahagian pinggang lawannya. Menghantarnya jauh ke hujung Petak Avant. Pergaduhan masih berlangsung. Tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti. Rex mengangkat tangan kirinya ke langit. Seperti meminta sesuatu darinya.
Guruh semakin deras disusuli dengan cahaya terang.
"Izzzrrraaaeelll!!". Rex menjerit sekuat hatinya. Kilat mula memanah Petak Avant. Bunyinya sungguh dasyat. Amat menggerunkan. Jika manusia biasa ada di situ tidak mungkin mampu hidup. Mungkin mati hangus atau dibakar rangup. Cahaya terang menyakitkan mata setiap kali panahan kilat menghinggap Petak Avant. Selepas beberapa saat kilat tadi berhenti memanah. Langit kembali tenang. Petak Avant menjadi cacat rupanya. Hancur sana-sini. Berlubang sana-sini. Di situ, hanya dua kelibat sahaja masih berdiri sedangkan yang lain semuanya menyembah bumi. Rex dan Izrael.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...