Rex melihat sekelilingnya. Pandangannya difokuskan. Pendengarannya cuma menangkap bunyi-bunyi yang mungkin apa yang dicarinya. Dia sedang berdiri di atas sebuah menara jam di tengah-tengah Gohnegm.
" Dimana kau yaa" Rex berbisik di dalam hatinya.
_____________________________________________________________________________
" jadi kita nak guna rancangan yang mana satu" Epi bertanya kepada rakannya Linch.
" Kita guna plan A. Kita berpecah. tempat berbeza. lepas habis kerja kita kembali ke tempat yang kita dah rancang tu" Balas Lich.
" Okey. Hati-hati kau. Ini Gohnegm. ramai orang disini. kita tak tahu sangat selok belok dan orang-orang di sini. bersedia untuk apa saja kemungkinan" Epi mula membuat percaturan.
" kau tak perlu risau ah. memang ramai orang disini. tapi siapa ja berani nak menentang? user sekarang dah tak extreme macam dulu. dorang sibuk dengan kerja harian. takda sapa nak berani gaduh punya" Balas Lich.
" Yalah tu. aku bagi amaran ja. okey lah aku gerak dulu" Epi memulas tombol pintu dan berjalan keluar.
Kakinya melangkah perlahan. Matanya melihat sekeliling. Dia menuju ke sebuah bank yang berdekatan.
Orang ramai berpusu-pusu berjalan. Gohnegm memang begini. Penduduknya ramai dan jalan-jalannya sibuk. lagi ramai orang lagi banyak lah duit. itulah yang difikirkan Epi semasa dia merancang untuk mencuba tempat baru. Mereka sudah bosan merompak pedangang di Stone Market dan di hutan paya.
Epi mematikan langkahnya. dia berdiri di hadapan sebuah bank. Pintu bank itu ditolaknya perlahan. dia berjalan masuk sambil memerhati sekeliling. Seorang pengawal keselamatan sedang berdiri tidak jauh dari kaunter bank bersama sepucuk senapang di belakangnya.
" Hehe" Epi ketawa kecil. senapang sebegitu tak mampu mencederakannya.
Epi berjalan terus ke kaunter.
" selamat petang tuan, apa yang boleh saya bantu" sambut pegawai bank tersebut dengan mesra.
" saya nak keluarkan duit." balas Epi
"boleh tuan. sebelum itu boleh saya tahu nama tuan?"
" saya nak semua. semua duit dalam bank ni." balas Epi lagi, Dia tidak menjawab soalan yang ditanya pegawai bank tersebut.
" maafkan saya?" pegawai bank itu ketawa kecil kerana disangkanya satu jenaka.
KRASSHHH!!
Kaunter bank tersebut hancur dihentak Epi. tangan kanannya bertukar menjadi tangan besi.
" INI IALAH ROMPAKAN! AKU NAK SEMUA DUIT DALAM BANK NI!" Epi melaung sekuat hati sambil membaling sebuah beg kain ke pegawai bank tersebut.
"MASUKKAN SEMUA DUIT DALAM BEG NI!"
" Jangan bergerak atau aku tembak!" satu suara dari belakang. Pengawal keselamatan tadi mengacukan senapangnya ke arah Epi.
Jarak antara mereka berdua hanya 2 meter. tidak mungkin pengawal keselamatan itu tersasar jika picu senapangnya ditarik.
"AHAHAHA! cubalah" Epi berpaling ke belakang sambil tangannya memegang muncung senapang tersebut.
PANG!
satu tembakan dilepaskan. tepat di dahi Epi. Orang ramai mula berpusu berlari keluar dari bank sambil menjerit. keadaan menjadi riuh rendah.
Ting ting ting tingg..
Peluru senapang tersebut bergolek diatas lantai. kemek. Pengawal tersebut membesarkan matanya. tergamam.
DUSHH!
satu tumbukan hinggap di pipinya. Dia melanting jauh kemudian melanggar meja-meja yang tersusun di dalam bank tersebut. Tumbukan deras dari tangan besi menyebabkan dia terus tidak sedarkan diri. Melihat kejadian di hadapan mereka, pegawai-pegawai bank tadi segera memasukkan duit ke dalam beg kain yang dilempar Epi tadi.
________________________________________________________________________________
Rex berbaring kebosanan. hampir 2 jam dia berada di atas bumbung menara jam itu. Tiba-tiba suasana riuh rendah kedengaran tidak jauh dari tempatnya. Rex tangkas berdiri. Kelihatan orang ramai berlari keluar dari sebuah bank.
" huhuhu.." Rex tersenyum keseorangan.
YOU ARE READING
Rex
ActionCerita mengisahkan seorang remaja bernama Rex yang mempunyai kuasa luar biasa dan tinggal di dunia yang lebih luar biasa. Rex ialah seorang User, iaitu manusia yang mempunyai kuasa warisan. Dunia ini dihuni turut juga oleh Zien, iaitu manusia biasa...