Bab 16

116 8 0
                                    


'hehe' Rex tersenyum sinis. cas-cas elektrik mula mengalir dikakinya. 

'prakkkk' rex menyentap kakinya. akar yang membalut kaki kirinya hancur serta merta.

 dia menghanyun sekuat hati kaki kirinya lalu menghancurkan akar yang membalut kaki kanannya.

'prakkkkk'

kedua-dua akar yang membalut kaki Max pula yang hancur. Max mendarat selamat dengan kedua tangannya.

Grov tergamam. Mulgogi mengambil beberapa langkah ke belakang.

'bzerrrttttttt.' Rex hilang dari pandangan

' dushhh' 

satu tumbukan deras hinggap di muka mulgogi lalu menghantarnya melambung jatuh ke dalam air paya.

Grov terkejut akan kehadiran Rex yang berada betul-betul di tepinya. 

"Dia aku punya!!" Max menjerit sekuat hati.

'Force Hop!'  Max melompat kearah Grov

" heh. fikir balik budak." Grov mengenggam penumbuknya.

sebatang dahan pokok yang besar menghempas Max semasa dia berada di udara. Max melambung jauh lalu merempuh pokok.

"okey kau setel yang ni. aku cari yang dalam air ni."

Rex menjerit kearah Max yang baru saja melambung jauh.

' bzerrrttttt' 

belum sempat Grov berbuat apa-apa, Rex hilang dari pandangan.

Grov terpinga-pinga mencari Rex namun Rex sudah lesap.

" sial budak elektrik ni" bisik Grov perlahan.

Grov  berjalan di atas akar-akar pokok. memandang sekeliling mencari Rex.

" oi oi! lawan kau kat sini." Max mencekak pinggangnya dari jauh.

Grov sedikit terkejut kerana disangka Max sudah tidak sedarkan diri.

" korang ni sapa hahh? Skiptres ??" 

" ermm takla jugak. kami berdua cuma dua orang remaja yang mencari duit poket sambil beriadhah." jawab Max tenang.

Skiptres adalah panggilan kepada individu atau kumpulan orang yang memburu penjenayah bagi mendapatkan ganjaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

" hehh jadi datang nak tumpaskan kami la ni? budak hingusan haha."

Grov tertawa kecil. Dia mengangkat kedua tangannya keudara lalu digenggam.

" Forest Madness!"

Pokok-pokok mula bergegar. akar-akar pokok mula melibas-libas dari pelbagai arah. Paya disitu mula bagai hilang kawalan.

" nampak macam lambat sikit la nak setel." bisik Max sendirian. 

"Force panel"

Dia mula memecut kearah Grov. Max berlari diatas air. Dia bagaikan berlari diatas lantai halimunan kerana kakinya tidak mencecah air.

"User elemen air ke ni?" Grov bingung. Akalnya sedang memproses kuasa user yang bakal menjadi lawannya. 

RexWhere stories live. Discover now